Friday, May 29, 2015

Mee Celup, Ayam Goreng Kunyit and Tart Nenas Terpaling Sedap!

Assalamualaikum...

Pagi tadi Dyba whatsApp tanya. 'Kaksu ok ke?' I cakap 'Ok jer, naper Dyba?' Dia cakap, 'Dyba ingat Kaksu MC sebab semalam beria main netball'. Berani dia tanya I macam tu? Hei, helloooo athlete kot? Takkan la main netball sentut gelak-gelak guling macam tu pon nak MC? Jatuh la kredibiliti I sebagai athlete opis I ni. Hesh! Hahaha. Tapi sebenarnya semalam masa sampai-sampai rumah, Shein tengah mandi dengan Abah dia. Lepas tu bila dia siap mandi, I nak pakaikan baju, Shein ajak ber Ultraman barang seround dua, I buat bodoh jer. Memang tak larat sangat rasa. Penat sebab stamina tak berapa nak ada and sebab dah 2 tahun tak main netball. Lepas tu kalau main ada Kaklong paham-paham jer la, dia suka ketawakan orang dan nanti penat nak ketawa lagi, penat nak mengejar bola lagi. Tu yang bila galak sangat ketawa, sssshhhhhh kencing dalam seluar. Hahahaha. Siap main nanti, jangan la duduk dekat Kaklong sebab bau hancing! Hahaha. 

Pasal netball nanti petang I share ok? Sekarang ni sebab pagi lagi and kebarangkalian untuk lapar sangat tinggi so I nak share dengan korang beberapa gambar makanan. Bukan apa. saje nak bakar korang. Biasala Chooyaya. Tak carik pasal sebab makanan tak la Chooyaya nama dia kan? Hahahaha.

So, kiter mulakan dengan Maggi Celup! Ni first time I makan dengan Kaklong dekat restaurant area blakang JJ AU/Setiawangsa tu. Kedai Thailand. Kat situ ada banyak gerai, kalau korang biasa pergi, carik 'Kerisik', dekat situ memang pure Thailand punya masakan. Kway Teow Goreng dia sedap. Dia masak dengan nampla. Songtam pon sedap. I biasa mintak lebih masam, lebih pedas. Lepas tu Kaklong ajar pulak makan Maggi Celup. First time I makan terus jatuh cinta. Tu yang meroyan dekat dalam IG tanya mana nak dapat, so ramai yang bagi suggestion. I prefer area Hulu Kelang/Ampang jer la of coz. Kalau suggest sampai dekat Nilai memang harapan tipis la kalau nak pergi.

Korang pernah makan tak? Kalau tak pernah tengok dekat sini. I bagi link blog dari DuniaCikguWan. Dia share resepi buat Mee Celup ikut Thai style. Kot korang rajin masak ker, boleh la try. Kalau korang duduk area Ampang, email I. Nanti I kasik alamat rumah I boleh la hulur barang semangkok dua. Hehe.


Ni la rupa Maggi Celup. Gambar dari Google jer. Yang ni paling nampak similar dengan I makan last time dekat Kerisik. Ni kalau I makan, memang 2 bowl. Tak cukup kalau 1 jer. Makan dua baru balance. Hahaha bongok. Lagipon I hantu sup. Makan dengan sambal kicap, perrrghhh. Tau kan macam mana nak buat sambal kicap? Tapi Maggie Celup ni dia makan dengan chili flakes. Rasa sedap masam manis rempah dia semua. Sedap sangat! Susah nak describe. And I suka daun ketumbar. Perrghh layan giler babi la! Sebelum makan, perah dengan limau nipis. I taip ni pon telan air liur 2 3 kali. I tengok kalau resepi original Thailand, dorang guna sos ikan/nampla ganti garam and guna gula kabung ganti gula. Itu yang buat bertambah sedap. Blardihel. Aku yang taip, aku yang terliur. Kau aperhal????


Dua hari berturut-turut kitorang layan makan Nasi Ayam Goreng Kunyit. This time kitorang try yang dekat bangunan Jaguar, sebelah Bangunan LTAT Jalan Bukit Bintang area Pavilion sana tu. Sajer jer nak try selain yang dekat Public Bank Jalan Yap Kwan Seng. Skali bila makan keciwa. Bukan tak sedap tapi ayam dia tak garing macam dekat Public Bank tu. And sambal dia macam banyak sangat bawang putih. So bila lepas makan, mulut rasa kuda. Ternyata Public Bank punya Nasi Ayam Goreng Kunyit lebih sedap!


And ni lagi satu siang terbayang malam merindu. Tart Nenas Terpaling Sedap. I dah ada review last time. Sedap giler kot tart nenas ni? Tak sabar nak dapat lagi 2 balang. I agak, memang tak sempat raya kot? Kena dengan tekak I. Seriously sedap!

Kata Tauke Tart Nenas Terpaling Sedap ni, dorang dah close untuk minggu ni punya delivery batch. But order still open untuk hari raya and minggu depan punya delivery. Tak menang tangan! I dengar pon tumpang seronok. Kalau korang nak, dorang still open for order. Tapi minggu depan punya delivery ok? Minggu ni dah full. Check out dorang punya official Instagram. If anything, korang boleh call/whatsApp tauke dia dekat [017-6851714]. Sedia maklum Tauke both ialah lelaki hensem. Tukang buat tart ni Mak dorang sendiri. Takkan nak tengok jer? (Ayat bakar). Hahaha.

-eNd-

2 comments:

Alia said...

I hate you Yayayayayayayaya (hahah, comel tak I'm calling you "yayayay"??)

You make me crave for some Malaysian dishes :(

Mana nak cari kat sini?!!!?!?!!

Shahira Abd said...

Kak su, pernah try nsi ayam kunyit kamal? Yg dkt public bnk ni org pngil matrock, yg kamal sedap jgk kalau dging and sotong kunyit. Sedappp kak su

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...