Monday, May 18, 2015

Hati Perempuan Ke Hati Batu?

Assalamualaikum…

Woo Hooooo!!! Finally habes jugak cerita ‘Hati Perempuan’ ni. Suka giler I! Semalam kata Sazli, I dah boleh delete yang dah rakam tu, terus I ambik remote and delete SEMUA. Don’t bother to watch pon. Tak kuasa. Menyakitkan hati kot? I rasa, I boleh tahan tengok sampai episode Yuhanis kawen dengan tengku Zaril tu jer. Ingatkan lepas tu dia berubah la jadik lembut hati, tapi makin menjadik-jadik perangai terus I menyampah dah nak tengok. To be frank, I salute dekat sesapa yang boleh ‘tahan’ tengok cerita Hati Perempuan ni sampai habes. Korang memang hebat. Perrghhhh.


Sorry to say, penulis novel Hati Perempuan Berhati Batu ni menggarap cerita ni secara keterlaluan. Dah la dengan perangai Yuhanis musibat nak mampos. Dengan ego tahap langit ketujuh, tak hormat Mak dia, tak hormat suami dia, curiga keterlaluan dan selalu fikir buruk pasal suami dia, lebih percayakan orang lain dari suami sendiri, kuat merajuk, garang, tak pernah cakap lembut, muka 24 jam tak pernah nak senyum, kaki drama and you name it semua perangai jilake perempuan ada kot pada Yuhanis ni? Nama je pakai tudung and belajar tinggi. Ko dah kenapa yang emos 24 jam? Tak pasal-pasal orang pulak judge, ‘perempuan bertudung pon perangai macam ni ker?’

Lepas tu, Tauuuuuuuuuuuuu ler ko tu Kerabat. Tapi ada ke kerabat sampai all the time nak pakai pangkat dekat baju?  Yang ni lawak. And dekat rumah memang panggil Ayahanda Bonda ke acane? Errrr. Dah la konti lari. Kot kalau kaya sangat dah kenapa pakai BMW Z4 jer? Kereta tu bukan sampai sejuta pon harga. Bagi la kereta yang power lagi macam Bentley ke, Ferrari ke, Lamborghini ke. Baru la KAYA sangat. Kan? Rumah pon tak cukup kaya tu. Kalau dah kaya sangat rumah kena la besar macam rumah dalam Teman Lelaki Upahan tu. Ruang tamu macam lobby hotel. Baru kena. Kan?

Sazli pulak cakap, Tengku Zaril ni memang ada karakter. Memang pandai la dia berlakon. Poyo dia kena la dengan watak dia tapi as a man dia lembik. And Yuhanis sangat la annoying. I taktau la in real life ada ke orang boleh tahan kalau bini perangai macam ni. Naseb baik la I tak dapat bini macam Yuhanis ni, kalau tak memang heart attack. Lepas tu, muka tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, pernah ke nak senyum? E! Sakit jantung I kalau ingat. Dalam pada dah berbaik laki bini, panggil ‘Bi Bi’ segala, boleh pulak emos nanges kunci bilik air lepas tu mandi pakai tudung. Ya Allah memang I urut dada. Ko nak drama pon agak-agak la woi.

Sampah la cerita ni. Sorry. KETERLALUAN. Alang-alang nak buat cerita tak logic, baik buat drama macam Bawang Putih yang sinetron Indonesia tu. Itu baru ada akai. Tak logic pon orang tak marah. TV3 pon come on la. Slot Akasia kot? Kasik la naskah yang bagus and berkualiti skek. Kalau taknak memberi pengajaran pon jangan la sampai menjatuhkan martabat perempuan sampai macam ni sekali. Hesh. Semak aku. Semak!

P/s: Nak pecah keyboard ni kena ketuk dengan I. Punya la marah. Hahahaha.

Yang emos,
Hati Mama Shein

-eNd-

13 comments:

Che kem said...

aku igt aku sorang je yang mental ttg cte ni..
aku pun tak fhm..cerita yang segala mala yang tak kena..dari hero-heroin, sampaila adik beradik tengku zaril tu..muka pun tak nmpk mcm ank org bangsawan.mcm buka budak kampong je.

yang heroin, kelebihan dia..ckp mcm meneran dan kembang2kan idung..aku tgk takat episod 3 jelps tu..aku lebih rela repeat tgk teman lelaki upahan..dlm part ni..segala yg ko cte kat atas tu sgt betul dan aku sokong..*sambiltepukbahuchooyayaya*

Irfa said...

X DPT NAK KOMEN SEBAB X TENGOK
BAIK LAH LAYAN DRAMA KOREA, DAH TENTU2 X KENAL PELAKONNYA, NAK KUTUK PUN X RASA BERSALAH SANGAT, HAHA

Jueliza Jamani said...

me too sakit mental tgk citer ni.. ya ampun awat tak bersyukur dapat laki hensem + kaya.. tp perempuan selenge giler.. mcm nak kasi lempang laju2.. pehtu yg nyampah dengan ku lin tu.. aduyaii muka dia memang saja nak kasi kita sepak ker.. geram giler.. hahahaha

FadMN said...

tengok ending ja.tu pun 30 mins terakhir and my comment : mujuq la aku tak follow dari awai.bahahahahha.

FAD

Raisah @ echah said...

hehehe boleh rasa api kesemakan su..

Mar Mansor said...

tak tengok drama ni..tak best lah

Alyza Fisol said...

tak tengok sangat cite ni sebab ramai kata tak best and menyampah tengok...pelakon pn mcm x best...so skip tengok benda lain je ler..

http://www.lyzafisol.com/

siti suhaila shahbudin said...

terima kasih sebab sampaikan isi hati i.. ekekee....

lagi satu...dengan laki sendiri konon kental ego semacam, bila org lain provok sikit terus emo....

Pink Mama said...

Dik,

Awak dah meluahkan semua yang terbuku dalam hati Akak tentang cerita Hati Perempuan ni. Hari-hari Akak berdoa cepatlah habis cerita ni sebab buat menyakitkan jiwa jer. Udahlah pelakon pompuannya tu keras kejung berlakon tak ada perasaan langsung. Napelah TV3 ambik cerita ni isi slot Akasia.

yoorin melacolea said...

hahhaa.. nasib baik cerita .. btw waktu cerita tu nak abes, ada je kawan2 kat fb mengaku diorg macam yuhanis.. "syukur dapat asben yg memahami..penyayang , pemaaf..bla bla bla"... so? tak tau lah nak gelak.. harap i tak tergolong dalam kumpulan perempuan macam tu... hehehe

Wizana Arbain said...

Sue dorang nk wat Hati Perempuan Raya utk raya taun ni haha ko jgn tercekik lemang kot tertengok nti hahaha bertabah k

Dealer Xiddig said...

Yang hati kering je boleh tgk....ha3

~ Huda Qamar~ said...

Laki saya mmg tak bg tgk slot akasia sejak cite rindu awak 200% dulu. Dia kata kalo bini biadap ego nk mampus cmtu bkn kata laki cari bini baru, mau kena cerai pakej lempang sepak terajang semua. Mana ada suami blh sabar kalo sikap cmtu.
Kwn2 u tu better hati2. Laki ni diam tp dlm hati pendam luka yg amat parah. PendAm yg blh bawak jd dendam.silap2 dpt adik honey dlm diam =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...