Assalamualaikum..
How GST mempengaruhi hidup korang?
Kalau macam I, mana yang I perasan harga beza tu I
bising la. Mana yang I tak perasan I diam je. Diam bukan tak kisah tapi tak tawuuuu
memang la aku diam. Hahaha. I bukan jenis kira every single cent yang keluar
dari I punya purse. Bukan la nak kata kaya sangat tapi I jenis malas nak
fikir-fikir sangat. Apa yang ada depan mata zaaapppp amek je. Sebab tu I tak
berapa nak tau kalau orang cakap, ‘Mamy
Poko dekat Giant murah’ or what not even sampai sekarang pon I tak tau
berapa harga murah, berapa harga mahal. Lulz. Sebab I jenis main ambik je.
Janji ada pampers dah.
Tapi semenjak Malaysia dah ada GST ni terbukak la
skek mata I nak compare price barang-barang yang I biasa beli. I ada je kenal
orang yang jenis compare price gila-gila. Contoh : Nak beli kicap dekat kedai A
RM4.10, dekat kedai B RM3.80. Padahal dah sampai kedai A, tapi sanggup je
keluar balik, amek kereta lepas tu menapak jauh sebab nak carik parking payah
just for the sake of tigaposen different tu. Kalo I, memang tak la macam tu.
Hahaha. Nak bawak kereta pon dah pemalas, ini pulak nak pergi 2 3 kedai. Kirim
salam. (Waalaikumslam).
Bebaru ni I pergi Kedai Kek Popular yang I namakan
sebagai Kedai Kek A. Harga 1 slice brownies dulu lebih kurang dalam RM6.70++
tapi haritu masa I nak beli kek, dah jadik RM8.00. Masa bayar I tanya casher,
tadek GST ker? Time tanya tu happy la
sebab ingatkan Kedai Kek A tu baik sebab tak charge GST pada pelanggan. Skali
kata Casher tu, dia dah absorb masuk dalam kek tu. Ooooo kisahnya. Tapi yang
naik sampai RM1.30 dah kenapa? Kalau 6% dari RM6.70 tu kan ke Cuma 0.40? Ko
tengok how peniaga amek kesempatan? Itu yang I tau tu. Yang I taktau melambak
kot? Tak baik la dorang amek kesempatan buat pengguna macam ni. Grrrrr…
Berita bebaru ni I tengok, Jaya Grocer ialah
syarikat peruncitan pertama yang kena saman sebab menaikkan harga Kacang Bendi sesuka-suki
tak ikut harga yang dah ditetapkan. Klik sini untuk baca. Harga asal RM3.10
sekilo naik kepada RM9.70 sekilo. Melampau kan? Tiga kali ganda kot? Tapi now
dah kena saman so diucapkan padan la muka ko.
Nasi + Ayam + Bendi + Sambal. RM15.50. Ni I makan dekat Food Court Pavilion. Mahal giler kot? Ni mesti sebab dia beli bendi dekat Jaya Grocer. Menyampah! |
I nak KITER SEMUA sebagai pengguna kalau nampak ada
kedai yang sesuka-suki naikkan harga ni, report je dekat KPDNKK. Korang click
sini untuk isi borang untuk buat aduan. Kiter jangan kasik chance dekat peniaga
yang suka buat onar mengenakan kaw-kaw pengguna yang macam kiter ni. Biar dia
kena tangkap dengan polis sebab dia jahat. And kepada KPDNKK kena la selalu buat
rush dekat kedai-kedai ni. Kesianlah kami rakyat marhaen ni. Gaji tak naik,
bila GST belanja naik. So every month akan miskin la 25% sebab GST punya pasal.
Lepas tu, kalau korang rajin, boleh Google barangan
apa yang sepatutnya dikenakan GST and mana yang tak dikenakan GST. Yang I tau,
sepatutnya barang keperluan bayi 2 tahun kebawah macam susu, diapers sepatutnya
tak kena GST tapi mereka nampaknya lebih pandai dari kiter. Mereka naikkan
harga. Lepas tu kata tadek charge GST. Pundek la. Dalam kes I pulak, Sazli la
paling kesian sebab kata dia, perbelanjaan isi rumah naik 25% every month. Gaji
pulak tak beza. Dia kata memang dia terasa sangat-sangat. Hurm. Syian Papa.
I ingat I pon kena la mintak Sazli naikkan
allowance 25% depi mengurangkan beban I jugak. Hahaha. Tak membantu langsung
kan? Gurauuuu jer la Papa.. Papa, Nak Uweeeeettt!!!!
Sekadar Gambar Hiasan (Yer, Intan memang berseri-seri dan cantik)
Kata Intan, amalkan la minum Pati Prune Innershine! Tu la rahsia kejelitaan Intan. Sebarang soalan boleh direct tanya Intan. Sekian terima kasih. Kbye.
-eNd-
5 comments:
ayat bwh pic tu, choo yaya mcm dengki je kat intan..
to : intan, bersabarlah, org cantik berseri mmg mcm tu,selalu ada yang memcemburui..
p.s : hhahaahahahahahahahahahahahaha
NAk buat macam mana kita rakyat kena buat ikut kemampuanlah....gst mendesak kita tertekan..kena bawa bekallah kalau nak ke tempat kerja...
kak, sila beli pampers anak kat LAZADA. berbaloi2 harganya compare to hypermarket!!! trust me!!
Che Kem
kak su memang suka sakat Intan.. ada je dia nak mengomen intan itu la intan ni la..
Che Kem... nak berseri seri tak? Jangna lupa minum Innershine Pati Prun ok?
Hehehehe
Ni gambo k.su paling comel setakat ini.... umur berapa ni..? 15 tahun..? Hehehehe
Post a Comment