Wednesday, May 20, 2015

Kisah Durian and Durian Crepe Huda

Assalamualaikum…

Bengkak jer hati I bila sekarang ni ramai pulak yang share gambar durian. I pandang dengan pandangan sayu jer. Sian sangat I. My favorite durian is Musang King or D24. I suka yang kaler oren-oren tu. Ada orang suka durian yang pahit kaler putih. Yang tu I tak suka. Biasa la ongkampong belagak, durian nak yang mahal jer. Kahkahkah. Tapi now  Musang King mahal giler kot? Ada yang sampai RM60.00 sebijik kecik. I ada 2 kali bad experience beli durian. Sekali masa beli durian dekat simpang rumah I yang dia bagi durian buruk and sekali lagi kena tipu penjual claim durian tu Durian Musang King tapi balik  rumah dapat durian mangkau (bukan durian mak engkau yer Upin)

Kes pertama. I jenis pemalas nak turun kereta untuk pilih durian and harap semua orang jual durian dalam dunia ni jujur (Walaupon at that time I nampak penjual tu siap ada tattoo bapak besar dekat lengan, muka memang menakotkan tapi takpe. Kiter bagi dia chance. Kena ada trust). Dia yang pilihkan. Kata dia D24, 1 bijik besar, 2 bijik kecik. RM80.00 kesemuanya. Semangat kemain berkobar nak makan sampai kembang-kembang idong bernapas. Skali bila sampai dekat rumah Bapak, masa nak kopek, 3 3 tu busuk/buruk ok? Masa yang tukang jual durian tu tunjuk pada I yang duduk dalam kereta, dia tunjuk part yang elok je. Tak puas hati, I pulang balik. I cakap pada Abang Tattoo tu, ‘Bang, tak baik buat customer macam ni, naseb rumah saya dekat boleh datang balik. Mana yang duduk jauh Abang rasa macam mana? Berkobar nak makan durian sekali SEMUA buruk. Bukan murah bang saya beli’.

Abang bertattoo masih jugak nak menegakkan benang yang basah, dia ambik durian pusing-pusing tunjuk pada I cakap mana ada buruk? I turun kereta and show to him direct tepat dekat muka dia mana yang buruk. Dia pon dah malu-malu alang kot? Dia cakap ‘Ok la. Takyah cakap banyak. Tukar yang lain’. Ewah kau eksyen. Dia ingat I takot kat dia? Dia taktau Sazli rambut panjang Abang Kawasan Ampang. Haha. Tapi kata Sazli, I berani sangat. Naseb tak kena takok dengan Abang Durian tu. Hahaha. Takper la, janji dapat tukar. I ambik 4 bijik kot? Kecik-kecik tapi semua ok. Nak dijadikan cerita, dalam lift yang I masuk sekali tu ada 2 beradik kecik-kecik cakap dekat Mak dia, ‘Mak, nak makan durian. Nak durian nak duriannnnnnn’. I tak sampai hati, hulur je semua durian tadi dekat budak tu. SEMUA.

Keluar lift I senyum. 1) Sebab puas hati dapat tukar balik durian buruk and sekolahkan Abang Penjual Durian Bertattoo. 2) Sebab dapat bagi budaK-budak happy by give them my durian. ALL. 3) Sebab sepatutnya I ambik la sebijik durian tu buat rasa. Tapi I bagi semua. Sudahnya aku makan kaki je haritu. Hahahahaha. Typical sangat perangai.

Kali kedua pulak, I pergi beli durian dekat area Ampang Waterfront. Masa tu Shein baby lagi. Beli la sebijik kononnya Durian Musang King. Almost RM80.00 kot harga untuk sebijik. Sebijik besar. Walaupon nak makan sorang tapi tamak kata kau. Yang display memang isi lawa. Balik rumah masa nak makan, durian mangkau. Mangkau eh nama dia? Yang keras macam tak masak tu. Sedih. Nak pulang balik, rajin sangat Sazli nak layan. So berjujuran la air mata jatuh meratapi naseb tak dapat makan durian. Semenjak 2 kes tu, I memang serik dah nak beli durian. If tingin sangat nak makan pon, I rather beli yang dah siap kopek macam kat Jusco tu. Puas hati. At least kiter tau yang isi dia memang elok.

Susah giler kan nak dapat durian yang betul-betul sedap. Dalam 20 bijik pon belum tentu ada yang ok. I tak suka yang masak sangat sampai lembik. I suka yang fresh and manis, and oren, and wangi. Pernah la sekali je dapat makan time dekat Jengka. Beli 3 bijik, but sebijik je yang ok. I dengan durian definitely tak boleh jadik kawan baik. Always bad luck. Sedih giler. Tapi, only ada 1 jer durian yang tak pernah kecewakan I sepanjang hayat. Durian Crepe Huda. Hahahahaha. Aci tak? Hadoi. Dalam banyak-banyak durian crepe yang I pernah makan, nothing can beat Huda punya Durian Crepe.


Durian Crepe Huda. Tengok la sendiri macam mana. Menitis la ailio ko kat keyboard.


Semua dah jadik kenangan. Haha.

Kulit dia nipis, warna pon cantik berkilat sebijik macam kulit durian sebenar. Whipped cream dia tak manis sangat and just nice also tak muak. Isi durian yang Huda guna sangatlah berkualiti and tak berair. It just perfect! Cumanya yang menjadik masalah, Huda dah tadek buat dah durian crepe dah sekarang. Kata Huda, Durian yang elok susah nak carik, lagipon mahal. Susah nak untung kata dia. Takkan nak jual 4 ketul RM15.00 pulak. Huda memang macam tu. Produk dia memang berkualiti. It’s either buat yang berkualiti and puas hati, or never. So I agak, Huda memang taknak buat dah la kot Durian Crepe.

Nyampah.

-eNd- 

8 comments:

NaZa Luv said...

Su..i kan pnh mkn durian terus kt kdai.bila x elok.kita picit2..cium2.tekan2 n mnta tukar. Nnt ongjual tu tukar lain n yg kita picit2 td kan..dia wrap mcm kt jusco tu n letak tpt jual tu. Dpn mahata i ok. Mebi rare la kot yg beperangai huduh gitu..adoii..kang smua x ok..apa plak suraya sulatin ni mkn? Mkn kopok jajan durian dlu 20sen tu je la eh..hehehe

Mila Hilas said...

sy skrg tgh ngidam durian, tp sb mhl so sy tukar ke durian crepe.hehe..tp xjupe lg..arap arini ad lah jual kt jualan opis tu...

Emy Tak Kecik said...

ada sorang jual kat fb -- norhayati ahmad...keramat...dia nye pon sedap...kulit nipis just nice je...tapi tapi tapi.....kecik sikit...kalau makan mesti nak makan banyak....heehe

sy pon beli durian xpenah nye dpt elok...style skang memang buka siap2 kat kedai n masuk dalam bekas....tak pon makan situ je...kalau buruk terus dpt ganti

Zarina Taharim said...

on the way balik dr jengka tu singgah kat karak su...kat situ durian semua ohsem....sedap gilerrr....

adda syuhada said...

sedapnyer..

Wizana Arbain said...

Yg kaler oren ko suka tu durian udang merah la sue, kat ampang dpn sket dari shopping mall horror yg ko sesat dulu tu ade gerai jual durian. Situ not bad rege pon ok slalu i beli 2 bijik baru Rm70 murah mak enon isi pon kuning tebal lemak2. Musang king uncle tu ckp bulan 6 nti baru musim. Cekidout la yer

eda said...

eda kenal kak huda pun sbb durian crepe !! ohohohoho

Chooyaya! said...

Naza Luv : eee yer ker ada yang perangai mcm tu? susahnya la kan nak dapat org yg jujur meniaga. haih. tp keropok durian jagung tu cool jugak ape? haha

Mila Hilas : kata huda nanti dia nak bukak order. ktier tunggu mcm mana

Emy Tak kecik : Nak try la. mcm dekat je keramat dengan ampang

Zarian taharim : balik lagi skali ingat nak singgah la. sazli suka nyakat buat2 terlepas. nyampah

adda syuhada ; ko giler tak sedap?

wizana arbain : ok tau tau. situ mmg banyak org jual durian. udang merah eh nama dia? ok noted

eda : ko kenal huda dari kaksu. jgn nak mcm2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...