Wednesday, May 20, 2015

Pasal Deodorant (Pon Boleh)

Assalamualaikum…

Pagi tadi I dapat komen dekat FB dari blog reader. Dia tanya pasal Deodorant Lady Speed Stick yang I biasa pakai tu. Kan I memang selalu kompang-kompang dalam blog pasal ketiak bau apple banyak-banyak kali kan? Rupa-rupanya dia pon tukar deodorant and pakai yang sama lepas baca blog I tapi kata dia, yang jenis Apple macam dah discontinue dia punya production. So I pakai jenis apa sekarang? Haha. Korang ni jangan comel sangat boleh tak? Mampos. Haha.

Actually I pon dah perasan lama yang perisa (perisa?) Apple macam dah lama takde. So I pon ambik je apa yang ada. Kekadang Wild Freesia, kekadang Orchard Blossom. Mana dan jer. No specific dah. Bau dia lebih kurang jer. Yang penting bau pon wongi jugak. And Lady Speed Stick ni actually memang jenis bau buah-buah manis sesuai la dengan wanita manis macam I (pui). Memang tak pernah mengecewakan. Balik kerja pon, celet ketiak bau buah jugak lagi. Tapi buah masam skek la but still tak busuk. Haha. Walaupon seharian punya activity. Woooongiiii… Tapi I tengok dalam Google ni, Wild Freesia pon dah discontinued jugak la. Maybe lepas habis dekat kedai, dorang tak produce lagi dah kot bau ni. Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Lady Speed Stick - Orchard Blossom. Bau wangi-manis-bunga. Fresh!



Yang I pakai sekarang. Lady Speed Stick - Wild Freesia. Patutla wongi. 48 hours protection. Sesuai di pakai di negara sejuk yang bila nak mandi pon rasa malas. Haha.



Hahahahaha. Seriously made my day! Hope this entry menjawab persoalan awak. Hehe. Nak Uweeeet!

Since I pakai yang jenis ni, I tak pernah dah tukar jenis lain. I memang setia. Takot nanti tetiba ketiak I refuse dengan deodorant lain lepas tau bau macam ketiak bangla or kepak ayam Pizza Hut, sapa nak jawab? Ko nak jawab ker?

Dah la I memang ada issue dengan orang ketiak busuk. I punya hidung ni kalo orang bau ketiak, laju je mencari. Haha. I tak perasan, tapi Sarah la yang cakap semalam. Semalam kitorang pergi KLCC, ada la 3 aweks cun lalu, sekali salah sorang kot, dia tinggalkan angin ketiak pahet perrrrgggghhhh. Muka dah lawa, baju taknak kalah macam dekat runaway, tapi ketiak busuk failed!!  Terus I terkeluar dari mulut, ‘Eee ketiak busuk!’. Hahaha. Tapi wei seriously I memang paling tak boleh dengan bau ketiak. Memang tak boleeehhhhhhhhhhhhhhhh wei please la arrrrghhhhhh.

Tapi I perasan, dalam setahun or dua tahun, akan ada sekali waktu I imbalance hormones or apa entah, nanti akan ada sehari yang I bau ketiak. Hahaha. Puas tenyeh dengan sabun, dengan limau nipis pon nanti ada jugak lagi bau dia. Tu la orang kata jangan benci sangat. Nanti kena dekat diri sendiri baru padan muka ko. Tapi yang jadik pada I tu, tak kekal lama. Paling lama pon sehari jer. Hahahah. Lepas tu mula la perangai tak senonoh keluar, asyik nak celet ketiak lepas tu cium. Hahhahaha. Busuk sangat perangai ok? Seiring dengan bau ketiak aku jugak. Kah kah kah. Kata Kaklong, kalau nak lagi power, jangan celet tapi picit terus. Macam picit jerawat bau mariiiii. Hahahahahhaha. Bongok sangat.

Sazli pulak, dulu masa memula kawen, dia tanya I. ‘You kena pakai deodorant ke? Kalau tak pakai jadik apa?’ I cakap I takot ketiak I busuk. Pastu dia gelak-gelak cakap ketiak dia takyah pakai deodorant pon tak bau. Tapi memang betul woi! I sejak kawen dengan Sazli, tak pernah sekali pon I bau badan dia. Lepas bersukan pon badan dia tak bau.  Kalau ada pon, sebab dia pakai baju kepam yang sidai tak kering tu.  Ishk. Tak adil la macam ni.

Actually pernah je ada hari yang I terlupa nak pakai deodorant. Tapi ok jer takde bau apapa, cuma I je yang rasa tak confident. Nanti masuk lift, terkepit-kepit ketiak. Lepas tu tak bercakap langsung. Senyap jer. Padahal yang tak pakainya deodorant, I saiko terus rasa tak boleh bercakap jugak sebab nanti mulut sekali bau kuda. Hahaha. Bodoh ni!

So dekat sini I suggest sapa yang ada masalah kegelian nak pakai deodorant jenis berair roll-on melekit-lekit tu, or ada yang rasa tak confident dengan deodorant sekarang, marilah beramai-ramai menukar kepada Lady Speed Stick! Dijamin wangi and macam yang dia tulis dekat depan, tahan selama 48 jam. Ko dah kenapa yang tak mandi sampai 48 jam kan? Apapa pon boleh la try. Ok? Good luck!

Sekian, terima kasih

Yang Emangnya Benar,
Penasihat Ketiak Sedunia


-eNd-

9 comments:

Jueliza Jamani said...

heheh lawak tau.. skrg ni jue addict dengan deodorant amway.. dah tak boleh tukar yang jenama lain dah..

Natrah Norlin said...

lawak..penasihat ketiak sedunia,kena recommend benda ni kat bangla... bau ketiak pahit nak mampus... pendek kata bole loya bila tengah makan kat tesco kajang, sekali bangla angkut pinggan tu datang kat sebelah..choiii

Mimy Hamid said...

ketiak apple pun boley...winnnnnnnnn hahaha

Anok Pok Mat Kapok said...

saye pun gune brand ni jugak kak sue tapi yang invisible dry. memang best guneee tapi punye la susah nk dapatkan stok. kalu terjumpe kat watson or guardian, cepat cepat borong banyak banyak

edlidza said...

hahhahahahhah hadoi betul sangat... kalau bau ketiak tuh memang idung ni sangat peka... ya ampun... rasa nak pengsan sebab terpaksa control napas.. gelak baca ur blog ni... anyway i pun sama macam u setia yang 1 pakai deodorant.. huhuhuhu...

eda said...

hahahaha demi mu ketiak ... ~~

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Sazli tu mcm my hubby lah
mmg tak pakai deodorant pun.
Sue, my mom used to say nila mana hidung kita terlalu sensetif pada bau, masa tu adalah hari subuq kita...
MMg betoi apa yg dia kata, cos I buat fertility test mmg tepat :P

Illy Ariffin said...

lawak tul la baca entri ni.. penasihat ketiak pun boleee hehehe :P

Chooyaya! said...

jueliza Jamani : kiter pon pakai yang tu jugak. memang wangi. it jz, amway ni mcm susah nak dpt kt area ampang. nak beli online malas.

Natrah Norlin : I feel youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Mimy Hamid : eb betul la mimy. haha. ko try la. nanti manis wangi jer bau

Haris Zuhaina : kalau mcm tu su subur everyday la sebab hari2 pon hidung sensitif pada bau. especially bau ketiak. hahahahah

Anak PokMat Kapok : invisible dry ni ketiak tak basah ker? Memang kena cari la kalau mcm tu.

Edlidza : u pakai deodorant apa?

eda : ketiak ialah salah satu menda yang penting eda. jgn pandang enteng

Illy Ariffin : kan? kaksu semua pon boleh jadik. termasuk penasihat ketiak sedunia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...