Tuesday, May 12, 2015

Nasi Lemak Cupcake. Dare To Try?

Assalamualaikum…

Bebaru ni masa dekat wedding Yoyo, Aty suruh I try this Nasi Lemak Cupcake. Kata dia, dia order dari kawan dia. Bakery from Singapore. Harga seketul SGD2.00, maknanya kalau convert duit kiter dalam RM7.00 seketul la kan? I rasa macam Fear Factor giler ok? Imagine cupcake tu rasa pandan and manis, inti sambal dia pedas, lepas tu on top ada butter cream frosting and atas dia ada ikan bilis goreng berenang-renang siap ada kepala lagi. Manis + Pedas. Ko ghaaser?

Tapi bila makan actually tadek la ngeri mana. Sebab sambal dia bukan yang ada bawang segala tu. Rasa sambal la tapi pedas manis. Boleh la diterima tekak lagi cuma ikan bilis siap ada kepala tu a bit creepy la bagi I. Kalau dia improvise skek macam guna ikan bilis goreng tapi dia blend jadik macam red velvet punya crumble tu, yang tu ok. Lagipon presentation elok la skek rupa dia. Lagi satu, kalau letak ikan bilis sekor-sekor macam tu, bau dia kuat giler. Boleh potong selera nanti. Ni I punya personal opinion I.

Kalau Chef Gordon Ramsay rasa cupcake ni entah segala makian macam tenuk, badak, babi guling semua keluar dari mulut dia agaknya. Hahahaha. Tapi entah-entah dia suka sebenarnya. Acane? Haaaaaaa….


Photo taken from #nasilemak cupcake from Instagram. Yang ni  elok la skek rupa dia. From @onecupcakeaday. Ada kesungguhan nak decorate.



Also taken from Instagram. This one korang boleh dapat from Wednesday Cafe, Singapore.


Kredit to @suriati_mdnor for this photo. Macam ni la rupa keratan rentas nasi lemak cupcake ni.


The one yang I makan masa wedding Yoyo. That ikan bilis with kepala yang I cakap tu. Ngeri. Haha.

Korang kalau tingin nak rasa, boleh la check #nasilemakcupcake dalam Instagram. Dekat situ ada bagitau kat mana boleh cari cupcake ni. Check sendiri, jangan nak pemalas sangat. If korang suka cabar diri sendiri and fe-feeling Fear Factor well this is the time. I rasa lepas ni boleh jadik viral kot Nasi Lemak Cupcake ni? Kalau ada chef yang pandai buat kasik rasa umpppphhh and sedap, memang berebut orang nak try. Kan? We never know. Dulu zaman Durian Creepe and now Nasi Lemak Cupcake pulak. Savory Dessert ni sebenarnya kalau kena gaya memang sedap tapi idea letak ikan bilis goreng sekor-sekor dengan kepala tu for me is a bit turn-off.

Mana-mana tukang buat cupcake, you guys can do better than this kan? Savory cupcake bukan senang nak buat… Tapi kalau dapat recipe and idea yang sedap, seriously korang memang boleh jual product korang? Malaysia ni, makanan with new idea memang cepat jadik viral. So Bakery? Taknak amek Nasi Lemak Cupcake as an idea to create your own cupcake? I cabar ni. Sapa dapat buat savory cupcake, boleh bagi I rasa. Nanti I promote dalam blog korang punya product. Ada brannn????

-eNd-

3 comments:

Suhana Mohd.Diah said...

Rare nasi lemak macam ni...
Kompem sayang nak makan...hihihi

https://blogmummyrifqiy.blogspot.com

Ainul Mustafa said...

1st time dengar.. mesti cupcake rasa manis masin :)

http://jalanabadi172784.blogspot.com/

eda said...

dulu femes kat ig @cikkiah buat savoury cupcake neh kasu ..
selalu dia buat limited pcs . onde onde cupcake la, ABC cupcake , APAM BALIK cupcake , BOM bijan .. tak slh dia declare dia nye cupcake is Pasar malam cupcake ke gtu la ....
now dia kat over the sea dh rasanye .. balik mesia dia amek order ...
oo ade website www.cikkiah.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...