Wednesday, May 27, 2015

Nasik Ayam Goreng Kunyit + Netball + Motor Shein

Assalamualaikum…

Harini Intan kata dia taknak makan dekat luar, sebab nak buat projek paper menda entah, so dia nak duduk dekat office jer.  Tak habes-habes pasal study dia tu. I cakap pada Intan, berenti jer la belajar. Kawen jer la. Lepas tu jadik Lady of Leisure. Kata Intan dia ok jer, tapi masalahnya sapa nak kawen dengan dia. Hahahaha. Sebab Intan taknak makan dekat luar so kitorang tapau la Nasik Ayam Goreng Kunyit dekat depan Public Bank Jalan Yap Kwan Seng. Sedap gilerrrssss!! RM5.00 jer korang. Kalau nak telur kena tambah RM1.00 also boleh delivery if beli more than 10 packs. Sapa yang duduk area sini mesti familiar dengan nasik ni.


Nasi Putih + Ayam Goreng Kunyit dengan kicap. Purrrfect! RM5.00 jer. Depan Public Bank Jalan yap Kwan Seng yer adik-adik. Dia bukak lori.

Ok. Sambung cerita pasal Intan. Sian I tengok dia tu, tak habes-habes dengan assignment. Hari-hari tido pukul 2.00am nak baca buku. Dia memang jenis bersungguh. Dulu masa tak study, sebok tolong Mama dia jual perfume dekat Uptown (Ke Downtown) Danau Kota, now sebokkk dengan study. Haritu ada budak HR baru masuk. Izah nama dia. Muka baik jer. Lepas tu kata Intan, dia suruh Izah buat assignment dia. Si Izah pulak mengikut jer. Hahaha. Dia tolong Intan buatkan. Intan pon aci boleh jer. I agak, sapa nama Izah semua jenis lurus la. Sebab last time kitorang punya account exec nama Izah jugak, tu pon budak lurus tahap nak beli eye-shadow pon taktau dekat mana. Selenga habes. Geram jer I nak tunjal.

Semalam kitorang dah start training netball. Seronok! Semua turun yang I bagi email. Sporting sangat. I semalam jadik captain. Sampai-sampai padang, semua kena lari 2 pusingan padang. Tunjuk dengan tangan jer, ‘You lari dua pusingan. Now!’ Semua mengikut jer. I nak ketawa, tapi I tahan. Yang paling poyo Intan la, sebab dia konon-konon senior laaaa. Lari paling depan ok? OMG Poyo.  Imagine la macam Si Dyba baru first time main netball tahap selenga dia macam mana. Orang cakap kaki bila landing jangan gerak, dia lompat terus pose landing. Ko mampu? Haha. Time main pulak, bila bola dia orang lain dapat ambik, dia marah. ‘JANGAN LA AMBIK BOLA DYBA!’. Wow. Garang giler. I like. Hahahhaha.

Tengah syok main, hujan pulak. So court dah basah kitorang berenti la. Tak puas main. Nanti esok ada training lagi, baru I amek gambar and share dengan korang eh? But it was fun! Seronok gilerrr!! Izah yang kena buat assignment Intan boleh main netball dengan terror ok? Dari GA, Intan terus turun pangkat jadik GS. Izah la main GA sebab dia terror. Esok kalau ada orang lain lagi terror, Intan turun pangkat lagi jadik simpanan. Kitorang punya coach is one of the boss dekat sini. I panggil dia En. K la eh? Semalam petang I call dia, ‘Coach! Semua budak dah ready kat padang’. Hahahha. Poyo kan? Naseb baik la En. K yang select player mana yang dapat main. Ni nak main 9 orang jer nanti. Yang datang 13 orang. Ajer mampos nak memilih. I dah promise dengan dorang, terpilih or tak semua I belikan baju. Pandai-pandai la I adjust nanti. I sayang bebudak ni. Semua jenis mengikut kata.

Ok. Habes bab training netball. Tadi Sazli update dalam FB dia. Dia letak gambar motor Shein dah tercabut tayar. Caption ‘Superbike Shein masuk workshop pulak dah. Harap jangan ribu-ribu sudah’. HAHAHAHA. Sazli siap repair tayar tercabut tu dekat workshop betul ok? Padahal motor Shein tu, motor plastic jer. Dah lama belikan dia. Bebaru ni dia mengamuk hempas motor tu, so skru dia dah lose and each time dia naik, nanti tayar tu tercabut. Sazli dah sorok, tapi Shein mesti jumpa. I cakap pada Sazli pagi tadi, kalau dia tak repair motor tu, I beli lain la (tapi dia bayar of coz). So Sazli pon bawak la repair ‘motor’ Shein tu. Gam jer pooonnn. Tengok macam mana balik karang. Tahan ker tak.


Abah so comel hantar repair tayar motor plastik Shein dekat workshop betul. Haha.


Dia memang suka motor tu. Suka giler. So bila nampak dia besungguh-sungguh nak, I macam tak sampai hati. Tadi masa dia pegang peha I, mata puss-in-boots mintak motor tu, walaupon I dah lambat giler nak pergi kerja, I repairkan jugak and boleh la dia main 10 saat sebelum berderai. Shein is such a sweetheart. Dia kalau appreciate thing membawak ke tido. Sanggup peluk. Sama macam Abah dia punya perangai. Sangat appreciate apapa yang orang bagi. Jenis pandai hargai pemberian orang. I love them both.

Hope esok cuaca ok and tak hujan. Tak sabar nak main netball!

-eNd-

3 comments:

juelee said...

kak su.. nsi goreng ayam kunyit tu sy pernah makan, mmg mabeles....

anyss said...

assalamualaikum,
memang sangat comey pi repair motor huhuhuhu

Alueyah said...

Kaksu kita mkn sama lah harini...lap u..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...