Wednesday, May 27, 2015

Chooyaya Secret Garlic

Assalamualaikum...

Pagi tadi ada sorang reader email I,  nak tanya berapa I charge kalau dia nak mintak I review Telekung Cotton. Yang tak menahan, bagi salam lepas tu confident je cakap, 'Assalamualaikum Choyaya Secret Garlic', time baca tu bersembur air milo I. Hahaha. Sesuka-suki je nak tukar nama blog I tau? Dah la I issue giler dengan bau ketiak yang macam bawang, dia bagi terus garlic setepek dekat muka. Hahaha. Chooyaya Secret Garden la awak! Kalau Secret Garlic tu macam nama IG nak jual barang dapur jer. Hahahahahha.


Choyaya Secret Garlic pon boleh


Actually, jadik blogger ni I deal macam-macam ragam reader. Seronok! Dulu ada sekali, reader ni email cakap teringin sangat nak jumpa sampai membawak ke mimpi. Entah macam mana, masa dekat KLCC, dia nampak I tengah makan kek sorang-sorang dekat Bisou. Lepas tu dia kata nak tegur, tapi segan. Padahal sebelum ni nak sangat-sangat jumpa. Sudahnya dia email jer, lepas tu hope one day nanti dapat jumpa lagi. Alahaaai, patut tegur jer la time tu. Bukan Kaksu nak gigit pon!

Ada jugak yang cakap, selalu weekend keluar dekat mall, mata melilau je tengok keliling. Mana tau dapat jumpa I. Sebab ada sekali, pernah ternampak I dekat Nu Central, so each time pergi sana carik I, padahal tu je la sekali je I jejak dekat sana. And a few yang terserempak dekat mall macam Setia City Mall, dekat Pavilion, dekat GE Mall masa nak masuk kereta, dekat KLCC, tengah drive and berenti dekat Trafic Light pon ada. Makan meja sebelah la, dalam toilet la, dekat Hospital tapi among all, semua email and mesej dekat FB lepas tu bagitau nampak, tapi segan nak tegur. Masa dulu I punya office dekat Jalan Semarak, ada a few time jumpa reader time makan dekat JJ Setiawangsa. Macam dengar orang panggil 'Suuuu' tapi cari-cari tadek. Lepas tu dia komen kat FB cakap dia yang panggil tapi segan nak tegur. Eee sabar jer la.

Yang paling tadek kena mengena macam Intan, Sazli, Kaklong and De pon ada yang approach. Sazli time dia solat kat Masjid KLCC tetiba ada orang nak ajak amek gambar. Lepas tu Intan masa queue dekat bank ke apa entah, I also cannot remember and masa I, Kaklong and De shopping baju dekat Ampang Point, ada yang tegur siap tau De, Mak (GF) and Kaklong. Hahahaha. De dah merah-merah muka tahan malu. Kaklong pulak, ada reader perasan masa dia dekat Lumut. Kata dia, lain kali tegur jer la. Boleh perasan artis sekali-sekala. Boleh?

A few readers yang cakap nampak Bapak and Shein dekat Kayu Ampang. Sazli pon ada a few yang report cakap nampak dekat Cyberjaya, dekat Menara TM, etc. Kak Hani kerja kat Sime Darby baca blog I, tetiba dia deal dengan Sazli so lepas tu terus kenal rapat. Tapi sebenarnya if ada yang kenal Sazli best jugak, sebab ada yang tolong report kalau nampak dia dekat mana-mana. Haha. Sazli bergurau cakap, 'Hadoi, susah la macam ni I nak pasang girlfriend'. Hahaha. tumbuk baru tau!

Korang lepas ni, kalau jumpa dekat mana-mana, tegur jer la, ok? InsyaAllah I tak sombong. Blogger jer ponnnnnn. Bukan artis, bukan minister poooonnnnnnnnnnnn. If korang pernah deal dengan Blogger  poyo perasan Diva duluuuuu, jangan serik dengan blogger lain. Tu la orang cakap, 'Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga'. I peramah orangnya. Lagi-lagi kalau tegur lepas tu hulur makanan, lagi la I happy. Hahahahahhaha

Ni Aisyah. Reader yang banyak kali terserempak dekat Gleneagles (sebab Shein pergi check- up dekat Dr. Adrian) yang finally jadik kawan. Get well soon awak, semoga lekas sembuh ok? Ni waktu I visit dia masa dia buat dialysis dekat Gleneagles. Baik orangnya.


Kak Yus kesayangan. Dia dating masa Cukur Jambul Shein, (Really appreciate it Kak Yus!) English Teacher ni. A few times dah jumpa masa dekat rumah Huda and dekat Fikcles jugak. Kak Yus kata nak kawan sampai Shein and Muna kawen. Sampai ada hayat. Thank you Kak Yus!
Ni Aisyah jugak. Semua nak nama Aisyah ni kenapa? Haha. I panggil Chah jer. Engineer yang decide to be WAHM. Salute Chah!


Kepada haters yang dulu pernah komen cakap I and reader I have 'mediocre mind' you better take back sebab I punya readers is a doctor, engineer PETRONAS, lawyer, PTD, cikgu, lecturer yang ada Phd, GM etc ok? Semua pon hebak-hebak. Kalau nak tuduh I bodoh, tuduh I sorang jer. Dorang semua baik-baik and bijak-bijak. (Tetiba emos). Haha. So korang, nak uweeeettttttttttttt!!


-eNd-

10 comments:

Afidah Azmi said...

ramai peminat ni...hahaha

Mimy Hamid said...

aku pernah teruja jumpa saz kat menara tm..hahaha masa tu tak kenal ko lagi ....

aisha said...

betul betul betul..... siap sampai negara ultraman boleh jumpa sue ni... if tak sure nak tegur sue ni ke tak, baca jampi ni
"nak tegur tak nak tegur nak tegur tak nak tegur....."
dari jarak masa nampak su, pastu jalan sampai kat dia.. perkataan last sekali tu kita amik.. if dah dekat dengan su, giliran jampi "tegur", maka tegur la.. if jatuh pada " tak tegur", maka amik korner baring la kamu.... hahaha

Mish Syura said...

Belog kak su lah yang terbaik.. dah lah selalu updet. Suke sangat!!

Diana Din said...

nak tersembur baca bab garlic tuh..hihih

Norhidayu Abdullah said...

Nasib first time jumpa dulu tak segan-segan.. sbb yakin kak su tak diva..lps ni jumpa lagi nak amik gmbr peluk ketat-ketat

sofiana1704 said...

Pernah jmpa su dekat restoran nasi lemak cinta sayang sek 13,shah alam...lama dh zaman xde budak comel shein lagi....hihi...intai2 dr jauh je...nk tegur segan...

Alueyah said...

Hahha..slalu jumpa sazli dekat fickles..kita kerja kt ttdi

NaZa Luv said...

i tak segan pun nak tegur u.
eh suraya sulatin je kot??
rita rudaini pun i sound2 je masa kt cafe klia.
hahahaampon su...
su blogger yg humble, ada thing yg dia hidden sbb low profile.
ada thing yg dia heboh.kecoh. hahaha..balance2.
blog bagus.slalu buat org sewel,senyum soang2.
cara dia interpresi word, terbayang mcm dia depan muka kita je.
ada good tips, rajin update.
sbb suka makan sama mcm i tu yg paling sgt terpenting!
eh pendek kata mmg no.1 dlm list blog wajib baca lah.
1 fine day kita having a coffe together k...
and bila umah berswimming pooool u dah siap,
i nk menumpang mandi.. :)

su,nak uwettttt...hahahha

Alia said...

I would have tegur you if I saw you. Sebab aku ni Mmg jenis tak tau malu sikit hahahah

Though I have a problem on remembering a face...jalan pun menunduk je, mana nak nampak orang keliling!
I have a problem on remembering a name as well....Hahahhaha eh Mmg I jenis cepat lupa!

Ada banyak Kali jugak lah my readers terserempak and some of them are so nice to tegur! sambil borak Tanya khabar, sambil to la otak aku bermarathon fikir kat mana aku jumpa dia. Hahahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...