Friday, May 22, 2015

Salted Egg Spaghetti and Magnum Cafe. Terbaik!

Assalamualaikum…

Hi korang, cuti ni kalau taktau nak buat apa korang boleh la pergi IOI City Mall dekat Putrajaya. Sini best sebab ada DipnDip, Magnum Café, Wondermilk, Johny Rocket, Fat Burger, Texas Chicken and many more kedai makan sedap-sedap (Sebab dia best yang utama because of the foodsssssss). Uniqlo, H&M pon ada…. And Ice Skating Ring ada, Bowling pon ada. Yang takde, cuma Mak bapak jer. Hahaha. Orang pon tak berapa ramai kalau weekdays, tapi weekend a bit pack jugak la tapi still tak la ramai macam dekat KLCC. This is one of my favorite shopping mall so far, cumanya yang buat tak best sebab dia bukan dekat Ampang. Tu je. Yang lain Nora bagi 4 bintang!

Semalam I dah share Trifle dekat Magnum Café kan? Harini I nak share dia punya Salted Egg Spaghetti. Korang seriously kena try this. Memang sedap gilerrr!! Dalam dia ada ayam sgoreng luar rangup dalam lembut, gravy dia tak muak. Ada rasa masin telur masin and lemak-lemak manja cheese. Ada kulit ayam goreng rangup rasa macam keropok (ini paling win la) lepas tu ada cili padi ketuk so pedas dia ngam-ngam ho. Kalau nak Fear Factor, boleh kunyah cili padi ketuk tu (tapi lepas tu kalau buasir bunga tanggung sendiri)  and nak balance semua rasa dia, dia bagi  lemon slice. So sebelum makan kasik perah dulu. Sedap. Tu je I nak cakap. Memang brilliant la Fusion Food yang macam ni. I suka sangat!


Salted Egg Spaghetti dekat Magnum Cafe. Nyummmmsss!!


Semalam I ada share 1 gambar dalam Instagram. Yang ada 4 sebab kenapa kawan lama kontek balik. 1) sebab nak ajak kawen, 2) Sebab nak pinjam duit, 3) Sebab nak usha makin cantik/hensem, 4) Sebab nak ajak join MLM. Dalam banyak-banyak ni, ramai yang cakap dapat number 4. Hahahaha. Orang terapat dengan I pon pernah kena ni. Kawan sekolah lama yang dah berbelas tahun tak jumpa kontek balik, ingatkan nak reminiscing back memory lama skali bawak keluar file ajak join MLM. Bengkak je hati. Tak pon nak jual insurance. So inappropriate kan? Kiter ni dengan besar hati rasa macam orang carik sebab dah lama tak jumpa skali member nak ajak join MLM. Lepas cakap taknak join, terus tarik muka and blah. Hahaha. Loser giler.


So korang punya yang number berapa?

I ada je kawan yang only text sebab nak pinjam duit. Sebulan sekali text. Memula tanya kabar la apa la. I tunggu jer dia sebut cakap nak pinjam duit. Lepas 2 3 jam cakap nak pinjam duit. Hahahaha. Dang!!! Lepas dah dapat, that’s it, kau sekarang dah tak berguna. Kalau sekali dua takper la. Ni almost every time conversation akan berkisar sebab nak pinjam duit. How frustrated bila kawan yang kiter sangka kawan rapat only carik kiter untuk pinjam duit and that is the only reason to text pon. Bukan sekali dua eh? Makan tahun. So kiter ni adakah sejenis kawan yang ‘friend for benefit?’. Sedih kan? Yang bodoh ialah diri sendiri sebab still keep this kinda friend.

Lepas tu now ada je kawan-kawan yang PM dekat FB sebab number 3 (Ehem-ehem). ‘Hi Su, dulu ko kan kening straight, hitam, langsung tak menarik. Sekarang lawa pulak aku tengok. Menyesal dulu tak ngorat. Agak-agak kalau ajak skendel nak tak?’ Memang sejenis pantek ok? Ooo sebab aku dah elok sikit rupa, then baru la ko nak meses? Orang macam ni patut letak dalam rumah berhantu macam citer Conjuring jer and paling kesian ialah isteri-isteri mereka. Dapat suami yang dah ada bini still nak flirt around dengan kawan sekolah lama. I paling benci orang nak berkawan sebab fizikal. Busuk ok perangai? Paling best ialah Ex-Cikgu yang dulu masa I sekolah kemain poyo tak pernah nak layan elok-elok ni tetiba sekarang cakap, ‘awak one of my favorite student’. Go die.

Number 4, yang ni memang paling banyak ok? So random. Tak payah nak kata kawan sekolah, even orang yang I  baru kenal sebab beli baju online tetiba meses cakap  jom jumpa, ada benda nak cakap pasal masa depan. Tanya taknak hidup senang ker tak? Sampai bila nak makan gaji and so on. Boleh tak wei? Like seriously kiter pon takde la kenal rapat sangat but how on earth boleh bagi random meses sebab nak ajak join MLM. Bila cakap tak berminat, terus clock dekat WhatsApp. Hahahaha. Lawak. Orang-orang MLM seriously korang jangan la selalu buat macam ni ok? Lagi menambahkan menyampah orang ada la..

So lunch nak makan mana?

-eNd-

8 comments:

Cik Siti Hajar said...

nak pitam tengok gambar ni kak Su!!!

eMMe said...

Assalam Suraya... sihat ke?
bila baca kat blogger dashboard terus masuk blog Su... sbb su ade mention DipnDip, hahaha.. antu coklat eMMe ni... rasa nk gi lagi sbb coklat dia sdap sgt, walaupun mahal...hehehehe... bila la dpt jalan ke IOI City Mall ni yea...

Chooyaya! said...

cik siti hajar : jangan la pitam. nanti susah orang nak angkat

eMMe : salam eMMe. Sihat al-hamdulillah. minggu depan gaji dah boleht ry makan kt dipndip. hjgn order yang fancy2 sangat? asal dapat merasa cukup. ok? :)

Wizana Arbain said...

Uols kal suke choc , try Mad Abt Coco kat publika it's waaaaay better & tastier than dipndip ;)

Hani Othman said...

terasa lapar pulak tengok spageti tu...huhuu

http://www.travelwithhani.com/

tenku butang said...

Huhu.. Teman pilih no.5.. Hehehe.. Kwn lama yg contact balik tanpa sebab semata mata hanya sebab nak korek dan bz body hal kita.. Haha

!EFIL said...

Dah rasa jugak.. Sedappp.. Tak tahu nak luahkan mcmana kesedapan tu nasib baik kak su memahami

kisah earty said...

mcm2 ragam kawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...