Thursday, May 21, 2015

Trifle Magnum - Magnum Cafe

Assalamualaikum...

Kemain semalam ramai yang bongokkan I dalam entry pasal deodorant yang I jadik Penasihat Ketiak Sedunia tu. Kan? Hahahah. Siap taip balik 'selet ketiak and syiummmm'. Hahahah. I baca balik pon rasa bangang jugak. Tapi tak sangka ramai jugak yang sama geng hidung sensitif sama macam I. 

I nak bagi tips. Kata la kalau korang dah tak boleh lari dari masalah bau ketiak dekat mana-mana. Contohnya cubicle sebelah korang memang orang yang ada masalah bau ketiak, pasang la air purifier barang dua jenis. Lepas tu selang 5 minit sembur air freshner, I bet member sebelah yang badan berbau tu dia mesti tak banyak, sikit akan jadik saiko jugak. Nanti bila dia angkat ketiak and cium sambil pandang korang, korang senyum and angguk berterusan sampai 5 6 kali angguk. For me, it's work! Hahahha.

Udah-udah la cakap pasal ketiak. Harini I nak belanja korang dengan gambar eskrem Trifle Magnum. If korang nak makan dengan ketenangan please avoid pergi Magnum Cafe dekat Midvalley sebab dekat situ weekend or weekdays sama je kena beratur. Semua orang tak kerja ke apa? Korang pergi yang dekat IOI Putrajaya. Bukan jauh pon dari KL. 15 minutes je. Jalan lengang, orang pon tak ramai. Order sekejap dah sampai.


Trifle ni harga dia RM29. Cukup untuk dua orang. Dalam dia ada  cashew meringue, mascarpone cream, honey balsamic cream serve with chocolate dipped vanilla magnum topped with freeze dried raspberries and fresh strawberries.. Absolutely insane!!



Oklah. Up lagi satu baru annoying. Hahahahha. Takyah nak maki-maki I. I dapat rasa ok?

Seumur hidup, sekali kena try makan dekat Magnum Cafe ok? Memang sedap. Tapi mana yang tak suka makan manis tu memang tak berapa enjoy makan dekat sini tapiii kalau nak melayan wife or girlfriend takpe je. Sini pon ada makanan-makanan lain macam pasta, burger soup semua. Makanan lain yang I makan nanti I share lain kali ok? Kepada semua, selamat terliur diucapkan. Sekian terima kasih.

-eNd-

3 comments:

InaYusoff said...

dulu penah je beli penyembur tuu..

bos kuat isap rokok...iolss sembur bawah meja iolss taknak kasi nampak..

sekali dia sound...siapa yang sembur sembur ni..wakakaka..

tabah je diam2 dok kat tempat..tak berkutik..

Chooyaya! said...

InaYusoff : patut datang kat dia, tunjal je. hahahahhahahha. (eh jgn buat tau?)

Mommy Cici said...

yummy yummy, dulu masa one day before warded untuk czer kita gigih ajak mak and my son naik tren . teringin sungguh mak buyong. nak tren sebab kami tak reti bawak kete =.= balik baru laki amek. hahaha . perut dah ngeras ngeras macam nak terberanak kat midvalley tu jugak semata mata sebab nampak member post natang ni kat IG ler.

tapi manis nak matik 0,0 anak pulak tak reti behave dia nak g balingkan pinggan Magnum tu. ya Rabbi =.=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...