Tuesday, May 19, 2015

Video baby dicampak, dipusing-pusing dengan kejam yang tengah viral di FB sekarang

Assalamualaikum..

Harini dah keluar dalam newspaper and dah jadik viral dalam FB pasal kes penderaan baby lagi. Baby kena campak and kena gonjang dengan Mak dia sendiri. I’m pretty sure ramai yang dah tengok video ni. And memang dah berkandang dah babi keluar harini dari mulut orang ramai sebab semuaaaaaaa orang marah dengan perlakuan Ibu muda yang tak bermoral tu. I pon macam out of words tiba-tiba.  Speechless. Macam tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadik disebalik rakaman video tu? Mana Mak Ayah Ibu muda tu? Apa bantuan yang Ibu muda tu dapat? Mungkin dia ada masalah mental? Entah eh? Apa pihak berkuasa buat untuk setel kes ni?

I sedih bila tengok baby tu kena lambung-lambung, kena goncang badan sampai menggigil-gigil menanges. I terus peluk Shein. Tak dapat bayangkan kalau perkara yang sama jadik pada Shein. Dan yang paling menyedihkan lagi, yang dera baby tu ialah Ibu dia sendiri. Ibu... Yang bawak baby tu dalam perut selama 9 bulan 10 hari. Ibu…. Yang sakit melahirkan. Ibu…. Yang menyusukan. Ibu….. Yang bersengkang mata menjaga baby tu dari kecik. Ibu….. Yang sepatutnya menjadi pelindung. Ibu….. Yang sepatutnya tebal dengan perasaan kasih sayang. Tapi Ibu tu jugak yang sanggup buat anak darah daging dia sendiri sampai macam tu sekali. Nauzubillah.


Video baby dicampak, dipusing-pusing dengan kejam from Youtube. Kredit to Siakap Keli for this video.


Ni status Mak Baby Erin. Oooo. Anak dia susah nak tido malam. So dia stressed out kena stay overnight sebab anak taknak tido. And gambar dekat sebelah tu sebagai bukti yang pemilik account FB ni ialah individu yang bertanggungjawab dera Baby Erin. Main-main sangat dengan rakyat Malaysia. Sekejap je dah dapat detect. Tengok pada gambar macam tadek yang silap pun. Pity you Baby Erin. Macam mana la bila dia besar nanti and orang tunjukkan pada dia video Ibu dia buat dia macam ni. I wonder, apa perasaan dia.


So baby ada problem taknak tido malam. Kalau taknak tido malam, so kena la dera anak? Macam tu? Dalam video kalau korang perasan orang yang tukang ambik video tu ada sebut, 'Bi.. Bi...' Tu nickname Maknyer Baby Erin ni. People called her 'Baby'.


Orang snapshot gambar dari video and gambar Baby Erin dalam FB Mak dia to sebagai bukti.


FB Mak Baby Erin


FB Ayah Baby Erin


Check out dia punya bahasa. Pada yang paham, korang memang terror.

Mana yer hilang perasaan kasih sayang, pertimbangan, hati dan perasaan Ibu baby malang tu? Info yang I dapat dari Group FB yang I join, Ibu Muda ni memang still young. Baru 17 tahun. Husband same age. Now dah divorce dah pon and baby malang tu (Baby Erin) dibawah jagaan keluarga suami dia. AT LEAST we know that Baby Erin sekarang is in good hands. Alhamdulillah. Tengok bahasa-bahasa FB dia dan FB suami dia pon naik berpinar mata I nak pahamkan. They r just too young to be a parents. Masih terlalu mentah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang Ibu dan Bapa. Bila terlalu mentah, ilmu kurang, kesabaran tipis, kurang pertimbangan, tu yang jadik kes yang macam ni.

And kita as a society selain dari marah-marah, maki-hamun segala. Apa lagi sumbangan kita untuk membantu orang-orang yang macam ni? And dalam menangani masalah ni, apa tindakan Pihak Berkuasa untuk membendung kejadian ni dari tidak terus berlaku? Ada tak sediakan any sesi kaunseling untuk Ibu-Bapa muda? Ada bantuan dari segi kewangan? Ada rumah perlindungan? Apa yang boleh dibantu? So now, I think someone out there memang dah kena mula start ‘bekerja’ supaya kita dekat Malaysia ni dah tak payah dah dihidangkan dengan kes-kes penderaan dari Ibu muda yang macam ni. No?

Both FB Mak Ayah Baby Erin ni dah deactivate. Tapi I ada check IG Mak Baby Erin ni (which I decide not to share here. Pepandai la korang carik sendiri). Normal IG bebudak muda yang penuh dengan gambar selfie muncung-muncung. Bahasa-bahasa yang susah nak faham and ada gambar Baby Erin dengan caption, ‘Mummy rindu Erin. Nanti Mummy datang tengok Erin lagi ok? Mummy and Daddy sayang Erin’ or something like that. Takyah nak Mummy Daddy sangat la.. !! Geram pulak aku. Dari tadi tahan diri nak menyumpah ni. Fuh!

-eNd-

8 comments:

Wizana Arbain said...

Aku kal tgk vid gini yg paling aku maki selain yg mendera tu ialah tukang amik video tuh! Mcm jilake! Tergamak nye la ko nk rakam, kal aku kat situ betina tu dh lama aku lempang ganyang2, byk kes mcm tu la, siap amik video sembunyik2 pastu konon bagus share kat social media, bongok! X kira la sape kal dh nmpk mende yg slh intervene la if not wat police report kol mana yg patut. Dah la nyampahs plak aku!

Ruhill Fahima Mohammad said...

Saya mmg x buka langsung video tu takut trauma jadinya...allah comelnya bb erin tu...sampai ati sanggup mak dia buat camtu...hanya mampu doa moga anak2 kecil x bedosa ni dijauhi dari penderaan...yg patutnya disayangi..

BeLLa de ViE said...

Tak bukak pun video tu just dgr suara baby tu nangis je dari jauh sbb mak yang bukak, tak sanggguuupppp nak tengok anak besar tu kene macam tu. for the parents u both a bodoh + mental otak akal semua letak bawah tapak kaki. Gila!

Mummy Ayu said...

berpinar mata baca ayat2 budak zaman sekarang

ASLIZA said...

kuang ajar mak bapak dia nie...dah satu hal setiap bulan kena buat story pasal depa...dah saya juga kena buat tetiap bulan...cehhhhh

bettyboops said...

malam tadi start je tv3 news, level carutans i adalah maximum.. first pasal baby yang kena kerat ala mona fendy, second pasal baby ditunggang-terbalikkan ni n yang seterusnya adalah current issue..

terlungkup langit ke-tujuh lah korang yang buat anak-anak rupa gini..

tak payah nak quote married till jannah la hoiii.. till jahanam hell i wish u..!!

!EFIL said...

@Nadiatiramisu98 sakit hati terus carik ig komen terus kat gambar dia kata rindu anak dia.. Rindu apak kau. Rindu nak lambong lagi??

misz sheyla said...

xtgok betul2 videonye..xsanggup tgok...sedih bile org buat anak mcm tu...ape la budak kecik tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...