Tuesday, May 12, 2015

Wedding Yoyo and Fiqah

Assalamualaikum…

Selamat Pengantin Baru untuk Yoyo and Fiqah. Semoga bahagia sampai ke anak cucu dan keakhir hayat. Amin….. Yoyo ni cousin Sazli belah Mak. Few months back wedding Amir, Abangnye Yoyo. Selang 3 4 bulan jer tak silap I. Yang selalu I nanti-nantikan time kenduri dekat rumah Paklang and Maklang ialah catering dorang. Lauk memang sedap giler woh! I makan 2 trip. 1 trip makan nasik minyak dia dengan ayam masak merah + dalca + ayam goreng berempah + rendang daging. Amek nasik sikit jer. Cecece. Second trip I makan nasik putih + Sambal Hitam only. Mana la tak debab. Makan kenduri sampai 2 trip. Sabar jer la.

Sambal Hitam ni wajib ada sebab Maklang kan orang Kuala Lipis? Memang area sana popular la sambal hitam ni. Kira macam original recipe come from there. I tunggu-tunggu jugak dorang offer I suruh bawak balik ke apa, tapi tadek pulak. Sentut betul. Hahaha. Sian I. I memang hantu sambal hitam ok? Tapi ada jugak version sambal hitam yang I tak suka yang I pernah rasa. Yang too dry tu. Langsung tak berminyak. That one I tak suka. Well biasalah onggemok, makanan kena la berminyak selagi boleh. Baru la sedap. Tak gitu?

Kitorang gerak dari Kuantan dalam 9.30am (Sebab kitorang dari Labor Day trip to Kuantan). Jalan smooth je. Sampai-sampai sedang elok dorang tengah ready nak berarak. I take turn jaga Shein dengan Sazli. I makan dulu sebab I lapar. Lagipon tak tahan sangat nak makan. Haha. Shein ni dia kalau nampak pelamin menggeletis ok? Dia suka giler pelamin. Tu yang kena peratikan. Kang semua menda dia nak usik. Haritu masa wedding, habes semua orang dia renjis dengan air mawar. Sebab Shein jenis perati apa orang buat. Nanti dia akan tiru.

 

Cantik cuaca haritu. Welcome to Bentong! Kata Sazli dia suka pekan kecik macam Bentong ni. Sejuk jer.. Tak busy macam KL. Macam I, I suka KL. Sebab KL senang nak dapat makanan sedap-sedap. (Makan jugak yang dia fikir).


Cantik kan awan? Sazli dia memang suka ambik gambar awan. Gambar pokok. Gambar bangunan. Berbeza dengan I, I suka ambik gambar makanan, gambar Shein and gambar diri sendiri. Hehe.


Shein sebok nak merenjis pengantin jugak. Lepas dia, dia lagi. Sapa kenal wife Yoyo ni? Fiqah nama dia. Mana tau kawan satu sekolah ke, satu Uni ke?


Gambar family pengantin both side. I kidnap dari IG Ezzaty.


I dengan Pengantin. Yoyo and wife, Fiqah.


Gambar ni I kidnap pulak dari IG Safia. Tema family is Emerald Green. Gigih I carik warna ni tapi tak jumpa. Jumpa kain je. Belasah la. Janji hijau. Lepas tu pakai baju hitam, rantai kaler hijau. Aci la kan? Shein pulak hijau mint terus. Janji hijau. Lain la kalau dorang cakap, 'Wajid emerald green, kalau tak pakai kena tangkap polis'. Tu lain cerita. Haha.


Ezzaty adik si Yoyo and Amir. Dia banyak jugak berlakon drama skarang ni. Filem pon ada. Korang kenal ke tak?


Daler Yusuf ni kawan baik Aty. Baik giler budak ni. Dah la hensem, kids lover. solat tak tinggal. Orang Uzbekistan kacuk Kelantan.


Shein selfie dengan camera phone Auntie and Uncle dia. Semua orang dok kerumun dia. Macam la best sangat Shein ni. Haha. Shein harini masam giler ok? Kepam nak mampos. Dah bau macam kencing kerengga dah. Mana tak nyer. Lari sana, lari sini. Dia memang jenis suka berkawan.


Safia diapit oleh Azwan Kombos and Daler. Padahal boipren ada dekat sebelah. Kemain eh kau Safia? Haha.

Kitorang gerak balik petang dalam pukul 4.30 kot? Time dalam kereta I dah gone sebab penat mengejar Shein. Shein seronok sangat main lari-lari dengan friend dekat wedding. Main nyorok dalam kotak la apa la. I kena peratikan dia jugak. Budak tu kalau main mana nak ingat dunia dah. Habes kepala orang tengan tido pon dia langgar. Tu yang penat tu. Jalan jem ke tak, I pon tak tau. Tau-tau dah sampai dekat depan rumah Mak. Hahahahaha. Malam tu jugak I laundry siap package lipat kain. Hebat giler I. Bangga sangat dengan diri sendiri.

Lepas ni turn Aty, Balqish dengan Hadi punya wedding la pulak. Tengok keadaan macam tak lama lagi je Paklang Maklang nak bermenantu. Heeee. Cousin-cousin Saz ni semua umur dalam 20-25 macam tu. I agak lagi 2 3 tahun memang setahun ada 2 3 wedding apa. And ramai perempuan pulak tu. I suka attend family wedding. Boleh kumpul ramai-ramai. And rasa sebaya je dengan dorang. Padahal tua dekat 10 tahun kot? Haha. Ala. Kasik chance please?

-eNd-

2 comments:

!EFIL said...

Mcmana bau kencing kerengga ni. Curios gila nak tau hoi..😅

Jan@Afzan said...

biasalah budak debab dan comel serta handsome mcm tuh memang kena kerumun walaupun macham dan melekit. hehehe..

hehehe, Su.. tak kenal lah pelakon tu (adik pengantin) even Daly dan Azwan kombos tu pun tak berapa kenal.. just tahu2 gitu je,, hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...