Tuesday, June 23, 2015

Cerita Shein dan Puasa

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa yang ke-6! Tak sangka dah 6 hari puasa. Maknanya lagi 24 hari nak raya. Lambat lagi tuuuu. Cis! Jap, I nak pergi timbang. Tengok berapa kg yang dah turun. Jap eh? Ok dah. Turun almost 2kg. Amboi-amboi. Sengaja je nak bagi harapan palsu pada I. Sesuka-suki turun 2kg walaupon puasa baru 6 hari. Biasa bulan puasa I boleh lose 4-5kg. Tapi nanti lepas raya, selamba dia naik kepada berat asal dalam masa seminggu, lepas tu bonus naik pulak lagi 2kg. Time tu mula la meroyan. Sebenarnya I rasa turun ni sebab kandungan air dalam badan je yang kurang. Bukan turun betul-betul pon.

I usually bulan puasa ni, makan nasi time berbuka. Lepas tu sahur makan burger. Tapi Sazli kata tahun ni buat cara lain. Berbuka jangan makan nasik, makan la mee and kuih-muih. Lepas tu sahur makan nasik. Masuk hari ke-6 sahur ni, akhirnya I pudat-pudat jer nasik dalam mulut. Nak muntah pon ada. Tu yang I sekarang tengah giler order macam-macam jenis sambal kering buat makan untuk sahur. So far, masih tadek lagi sambal yang kena betul dengan tekak I. I nak sambal dia kering, ikan bilis garing. Macam tu. Yang banyak I try ni bukan tak sedap, tapi macam berair sangat. I nak makan kering-kering jer time sahur. If lembik-lembik I meloya tekak la. If sesapa ada jual sambal kering guna cili padi, ikan bilis rangup tag I ok? I nak beli 40. Haha.

Kitorang hari-hari bukak puasa dekat rumah Mak dengan Bapak. Routine memang macam tu. Mak masak lauk hari-hari sebab Bapak nak makan nasik lepas trawikh. Sazli pulak wajib dengan murtabak. Hari-hari ok? Sampai muka dia pon dah macam Murtabak je I tengok. Lepas maghrib, baru kitorang balik rumah sebab Sazli nak trawikh dekat bawah rumah kitorang tu. Nanti lepas trawikh, dia lepak la makan dengan Abang-Abang. Nanti pukul 11.00pm dia balik rumah. Sazli memang suka bulan puasa. Memang macam tu la routine dia tiap-tiap hari. Trawikh tak pernah miss setakat ni. I pulak dengan Shein, kalau rumah semua dah settle. By 9.30pm I dah masuk bilik. Lesu sangat badan rasa. Kekadang I dulu tido sebelum Shein. Pepandai la dia bawak diri.

Bulan puasa ni, Shein masuk sekolah pukul 8.00am balik 4.00pm. Tapi tadeknye dia masuk pukul 8.00am sebab dia bangun ikut mood. Kekadang bangun pukul 8.45am so by 9.45am baru sampai sekolah. Lepas Zohor, Bapak ambik la dia. Lepas tu duduk la dekat rumah Mak Tok dengan Baba. Biasa lepas 20 minutes sampai rumah, dia akan tido. Nanti petang kitorang datang, Sazli akan mandikan Shein. Lepas tu dia layan la Upin Ipin sementara nak tunggu bukak puasa.


Ko tengok, macamkan dia yang puasa. Suap eskrem macam tak makan sebulan.

Tapi I tengok Shein, walau kusyuk macam mana pon dia dengan tv, pukul 7.00pm dia mesti akan sebok duduk dekat meja. Dia la makan dulu. Makan agar-agar ke, makan buah ke. Ikut suka yang dia nak makan. Dah la I tengok selera jer dia makan. Lepas tu siap nak suap orang sekali. Semalam mengamuk sebab tak dapat hirup kuah gulai daging. Lepas bagi eskrem, diam la sekejap. Lepas tu dia cedok kuah gulai tu masuk dalam buah anggur dengan pear. Lepas tu makan. Tak pernah dibuat orang makan buah dengan kuah gulai. Sabar jer la.
Nak umpan suruh dia senyap, kena bagi eskrem milo je la. Baru tenteram orang lain nak makan.

Dia pulak tu yang paling last bangun dari meja makan. Macamkan dia yang puasa. Hahahaha. Shein ni sangat la energetic ok? Lari sana, lari sini. I yang tengok pon penat. Now hobby main telur. Hari semalam, dia ambik telur lepas tu merangkak masuk bawak meja. I tarik kaki dia. Sebab nak ambik balik telur tu. Takot pecah. Dah la bawah meja tu carpet. Sekali dia serah diri, keluar dari bawah meja belah sana lepas tu dia baling je telur tu dekat I. Tak sempat nak tangkap. Naseb tak pecah sebab jatuh atas carpet. Masa kat kampong haritu, diam-diam dia pergi dapur. Ambik telur, masukkan dalam lesung batu lepas tu tumbuk macam I tumbuk bawang+ikan bilis untuk buat dia punya Nasik Goreng. Apa lagi, tarzan la I. Shein jenis perati je apa orang buat.

Okla. Tu je la nak cerita pasal Puasa kami sekeluarga setakat ni. Kepada yang dah try Cucur Udang Resepi Kaklong semalam, tahniah ok? Now ko tau la macam mana punya sedap Cucur Udang yang buat sendiri dekat rumah. Lepas ni dah boleh la poyo dengan Makcik jual Cucur Udang dekat kedai tepi simpang. Jap lagi waktu lunch, I nak keluar pergi Avenue K. Nak tapau dimsum dekat Dolly Dimsum and nak tapau Krispy Kreme’s Donut. So that will be my menu or berbuka. Ada lagi 9 jam. Chaiyok!

-eNd-

No comments: