Tuesday, June 23, 2015

Dolly Dimsum, Krispy Kreme Doughnut, Pizza Hut, Durian Crepe and Brownies Huda, Sambal Mak Long and Sambal Garing Che Nor. Hamek ko!

Assalamualaikum..

Untuk harini I dah tapau Dolly Dimsum untuk berbuka. Yang paling penting, Egg Custard Bun 2 set (Tamak. Ko ghaser?) dengan dimsum. Tak banyak sangat this time I tapau (cecece). I just beli Dolly Mozza Roll (Saz’s favorite), Siew Mai dengan Beef Ball each one set jer. Tak sampai RM50.00 pon tadi. Heeeeee. Tapi I terbeli jugak Krispy Kreme’s Doughnuts half dozen and ada pulak jual passion fruit tart dengan cheese tart from Encore. Sebab dia nampak sedap, so terpaksa la beli. Kiter kena membantu peniaga-peniaga Melayu. Tak gitu?

Lepas tu tadi I baru dapat Sambal Belimbing Maklong, 3 packet. Thank you Chuya Sham hantar dekat office. Nampak macam sedap. I tanya Chuya, ‘Ni pedas level berapa ni?’ Kata Chuya, ‘Kiter tau awak suka makan pedas. So ni memang pedas kena dengan selera awak’. Bagus! I up gaji you! Hahaha. Lepas tu Mimy Hamid also dah pos sambal kering 3 bekas. So semua sambal ni, I plan nak buat mandi sebab banyak sangat. Takyah buat makan, buat mandi terus. Ni tekak I loya ni, teringat pagi tadi makan tak pedas, dengan nasik terlembik. I hate nasik lembik! Tak sabar okeh nak sahur? Sebab nak makan sesambal ni. Orang tak sabar nak berbuka, kau tak sabar nak sahur. Hahahaha bongok.

Semalam teringin nak makan Pizza Domino’s, so I pergi Ampang Point. Rupanya dah tadek Domino’s dekat situ, dah pindah ke Ampang Waterfront 18 tahun dah, I tak perasan. Tak kuasa nak pergi ke sana so pergi je la Pizza Hut. Sebenarnya I teringin nak makan Pizza Ikan Bilis tu. Kat Domino’s kalau mintak thin crust, dapat crust yang nipis sungguh. Krup krap makan. Semalam I beli Pizza dekat Pizza Hut, dah kata nak crust nipis, dapat jugak tebal. Degil la dorang ni. Bukan sekali dua jadik. Dah banyak kali. I tak sukaaaaaaaaaaaaaa crust pizza tebal-tebal. Rasa macam makan tepung jer. Beli 2 jenis, BBQ Cchicken dengan Spicy Seafood. Sudahnya makan 2 slice jer. Biasala tamak. Jom la layan gambar-gambar makanan yang I beli. Jangan nak nanges ke apa pulak tengok gambar ni, aku tampar kang. 4 jam setengah jer lagi nak berbuka.




Chicken Wing ni sebab terpengaruh dengan Mail dalam Upin Ipin. 2 singgit 2 singit 2 singgittttttttttttt. Dah I yang terliur. Haha. Beli dekat simpang rumah I. 7 pcs RM10.00. Kepak ayam sedap, kuah cicah sedap. Boleh beli lagi. Except for tukang jual peramah terlebih. Malas nak layan. Dah la perut tengah lapar time beli, dia peramah-peramah citer macam-macam.


Favorite Si Intan ni. Pizza. Yang ni BBQ Chicken. 


Yang ni Spicy Seafood
Half dozen Krispy Kreme Doughnuts. 4 pcs original Glaze untuk 1, 1 Chocolate dream and 1 Choco Custard untuk Sazli and Shein. Haha.
Brownies Huda. RM10.00/pack. Sapa nak order boleh. Dapat hari Jumaat.

Semalam dapat makan Durian Crepe ni sampai pejam-pejam mata. Sedapnyaaaaa. RM12.00/pack. Kata Huda hari Jumaat boleh la nak collect dekat rumah dia or delivery if more than 10 packs. Call/WhatsApp Huda. 019-7165687


Sambal Belimbing with Petai. RM10.00/pack. Kalau tadek petai RM8.00/pack. Postage untuk pembelian 3 pack keatas. Visit Sambal Sambal _Maklong IG. Call/WhatsApp 013-7478044. Made to order. So sentiasa dapat yang fresh. 


Dia pack macam ni. So senang tadek meleleh-leleh. 

Yang ni pulak Sambal Garing Che Nor. RM6.00/pack. Beli dari Mimy Hamid. If korang nak order boleh Call/Whatsapp Mimy 012-2056935 ok?

Hamek ko, segala mala jenis makanan ada dalam entry ni. Semua info ada dekat situ. I tak sabar nak tunggu Jumaat ni sebab nak makan Durian Crepe Huda lagi. Sebab sedapnyaaaaaaaaaaaaaa lahai. Semalam Eliss makan sampai pejam-pejam mata. 3 kali ngap dah gone. Dulu eksyen orang suruh order dari Huda dia kata boleh buat sendiri. Now you know kan? Hahahahahahaha. Hoi! Tak sabar nak sahur esok pagi. Nak makan segala mala jenis sambal yang ada dalam dakapan I ni. Tenkiu kepada semua yang menyumbang. Majulah sambal untuk Malaysia!

-eNd-

4 comments:

Mimy Hamid said...

KO DAH KENAPA MANDI SAMBAL KEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

Unknown said...

Su,
sambal goreng tu.. terus makan aje ke.. kena masak semula.. ermm mcm sedappp...
terpancut air liur... tgk segala mak nenek makan kat sni... grrrr

Anil said...

pergh sambal dia.. bukan takat wat mandi.. wat SPA terus ni.. SPA sambal sampai raya.. hahaahaha

!EFIL said...

Pilihanyg tepat untuk jenguk blog kak su tgh malam.. Terlior oii haha