Tuesday, June 30, 2015

Happy Birthday Mak Tok!

Assalamualaikum…

Hari Jumaat lepas birthday Maktok yang ke 61. Kata Mak, birthday dia yang ke 16. Hahahaha. I selalu cakap, ‘Mak, Mak lawa lagi. Tak macam 61 pon. Nampak muda. Oghang mesti ingat Mak kerja lagi. Padahal dah pencen’. Pastu Mak tanya, ‘Betui ka Su? Tu la. Mak makan supplement banyak. Dari umur-umur macam Su, Mak memang jaga makan’. Lepas tu zaaaaap dia bawak I buat lawatan muhibbah dekat almari supplement dia terus. Haha. Kata Mak, dia never failed makan EPO every day. Sebab tu la kulit dia halus je. Memang cantik kulit Mak. Actually EPO memang bagus untuk perempuan. Nanti kalau makan, kulit memang extra lembut. If ada masalah period pain pon, dengan pengambilan EPO boleh kurangkan sakit.

Lepas tu Mak makan supplement product Neelofa dengan Mak dia tu, Bellavita. Memang dah lama dia makan and tak pernah putus. Makan tahun jugak la dia makan. Harga Bellavita tu RM179 untuk 15 sachet. Sehari 1 sachet, so maksudnya sebulan kena beli dua kotak. RM179x2=RM358.00 Gulppp boleh beli handbag Nine West. Hahaha. Lepas tu Mak also makan Collagen. Sekejap kan Qu Putih, haritu Qu Putih coklat, now I suruh dia makan Zenia Collagen pulak. Lepas tu Mak minum susu Anlene untuk umur 50 tahun keatas. Haritu Bapak melilau carikkan Mak susu Anlene yang 60 tahun. Memang la takdak. Haha. Tu supplement dia. Ada lagi yang lain dia makan, I pon tak berapa nak ingat. So untuk supplement je memang tak kurang dari RM600.00 sebulan dia maintain. Mana la kulit tak cantik. Kulit dia padat and bounce kalau pegang. Mana nak ada gelebeh.

Product muka? Ok. Yang ni pon Mak memang titik beratkan. SKII dia pernah pakai. Lepas tu now dia pakai Dermalogica. Harga pencuci dia jer RM179. I pon tak sampai hati nak pakai. Hahaha. Tak masuk toner, moisturizer belaka. Semua above RM200.00 each. I pernah la teman dia shopping skincare. Telan ailio tengok total bill. Tapi dia memang la suka share dengan I, dah ni je anak perempuan yang dia ada. Kata Mak, dia memang menitik beratkan kesihatan dalaman dengan kulit muka dia. So, no wonder at her age, kulit dia masih cantik. Nanti bila I dah tetua, I hope I also jadik macam Mak. Tak pernah ambik mudah soal kecantikan. So, nanti suami sayang lebih kalau pandai jaga badan. Bila dia happy tengok kiter cantik, so dia pon nanti akan bagi uweeeeettt banyak-banyak. Hahahaha.

Birthday Mak kali ni jatuh pada hari puasa. Sama tarikh dengan Adik Dyba. 27 June. So kitorang tadek la nak makan sama-sama dekat hutel macam biasa. Sebab Bapak and Sazli takmau tinggal trawikh berjemaah dekat surau. So kami share duit, bagi Mak shopping. Bapak tinggalkan dia dekat Ampang Park, lepas tu dia beli la baju raya dia. Ampang Park kan baju cantik-cantik? Nasib baik Ampang Park. Kalo Pavilion, ko ghaser???? So, disebabkan tak makan dekat hutel, kata Mak dia nak makan sedap sikit. Kata dia nak makan Spaghetti Seafood dengan Pizza dekat Alexis. Sazli pulak nak makan ribs dekat Menate. Kitorang take away je, bawak balik rumah and makan sama-sama. 

Ni baru betul pizza nama dia! Makan gitu saja takyah cicah sos pon. Kulit tak tebal. I makan 2 keping. Muahahahaha. Nama dia Pizza Ai Fungi. Dalam dia ada mushrooms, tomatoes. mozarella, feta dengan white truffle oil. Harga dia RM33.00. Kalau pergi Alexis, memang wajib order Pizza ni.


Birthday girl dengan Sheindong!

Yang nak take away kat Alexis tu, tak plan pon. Memula Mak cakap nak tapau lauk dekat Haslam. So I pon pakai la t-shirt buruk-buruk, lepas tu pakai seluar track yang siap ada cat dekat vontot. Muka memang selebets giler, dengan rambut cuci sendiri so ada la kembang-kembang sikit dekat atas tu, I tengok I ada iras Rosmah Mansor dah time ni tapi confident jer pergi Alexis. Hahahaha. Konsep dia, muka tak siap/ala kadar takpe janji time order confident. Cakap omputih slang-slang skek kalau boleh biar nampak belagak. Haha. Sementara nak tunggu makanan siap, kitorang window shopping la. Shein pon sangat la gembira sebab Abah dia belikan Otomen dekat Toys R Us lagi.

Untuk Mak, Happy 61st birthday! Semoga Mak panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, tambah cantik and tambah kaya. Kalau kaya nanti jangan lupa bagi anakanda uweeeet. Hahahaha. Nanti lepas raya, kiter makan sedap-sedap naaaa. Kata Bapak double celebration. Untuk birthday Mak and untuk Anniversary Su dengan Sazli jugak. Tapi yang paling happy and huru-hara nanti tak lain tak bukan, mestilah Sheindong! Dia kan sekarang memang subject utama tak kira la in whatever condition? Takper Shein, Mama bagi chance. Lepas ni kalau dah ada Adik, Mama sayang Adik lebih, you jangan jeles. Kbye!


-eNd-

2 comments:

eda said...

eh adik ? eh adik ?
heheheh .. bg hint ke ape kasu ? hehehehhehehe

Akak Kembang said...

Happy befday makcik. Smg panjang umur