Thursday, June 25, 2015

Ikan Merah Goreng Vs Kari Kepala Ikan

Assalamualaikum…

Semalam petang, Mak gorengkan I Ikan Merah Goreng garing, and I buat kicap+bawang+cili. Makan panas-panas dengan nasik yang tak lembik, BAPAK la sedap! Tenkiu Mak and Bapak sebab paham tekak Su yang tak boleh nak terima gulai/kari hari-hari. Pening aku makan kari hari-hari. Bapak la ni. Dia memang wajib ada gulai EVERYDAY untuk bulan puasa ni. Si Sazli pulak everyday MURTABAK. Hahahaha. Tadi Bapak call, tanya I nak kirim apa ke sebab dia nak pergi Kampung Pandan. Nak beli Kari Kepala Ikan kata dia. I cakap ‘Taknaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk’. Lepas tu Bapak cakap, ‘Hang pi la makan ikan bilis dengan ikan goreng hari-hari’. Lepas tu I menjawab. I cakap, ‘Bapak tu kari je hari-hari. Pening!’ Lepas tu Bapak cakap, ‘Hang tu yang takdak taste. Tak pandai appreciate kari’. Jawab dalam hati : WHATEVER. Haha. Orang tak suka makan kari macam dia, lagi tak puas hati dekat orang.

Ikan Merah Goreng dengan Kicap+Bawang+Cili. Nanges la kau dekat situ sebab terliur.

Memang tak la I nak makan kari kepala ikan pekat-pekat tu. Nanti tangan habes bau kari. Banyak spice sangat dalam kari. I fenin la. Biar la walaupon makan kering-kering, ikan bilis goreng, ikan goreng, tadek kuah, nampak miskin janji bukan kari. I makan ikan goreng dengan kicap+bawang+cili tu lagi best. Sepinggan lincheeeeen. Lawan pulak dengan Sambal Ikan Bilis goreng yang Mimy Hamid bagi tu, lagi best! 1 je gulai Bapak yang I suka. Pajeri terung yang Mak masak. Sebab I suka la makan terung panjang tu. Terung bulat pon I suka. Asal namanya terung memang layan. Pernah makan terung bakar, cicah dengan budu+tempoyak? PERRRRGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!! Cukupla penyiksaan sampai disini. Okbye! 4 more hours to go. Chaiyok!


-eNd-

2 comments:

Shuriana Khamisan said...

simple n just nice, lebih mengenyangkan.... :)

do foolow me back ya sis.. :)

Aznorlita Zainuddin said...

salam kak su,

saya suka betul la baca blog kak su ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...