Wednesday, June 3, 2015

Resepi Masak Lemak Ikan Patin Salai Campur Batang Keladi

Assalamualaikum...

Dah petang baru I update resepi Masak Lemak Ikan Patin Salai Campur Batang Keladi ni. Kang I upload tengahari, korang meroyan pulak. Ikan Patin Salai ni perrrrghhh sedap dia cenggini! (Letak thumbs up dekat peha, peha bengkok skek). Apa? Mana nak carik Ikan Patin Salai ni? Yang ni I carik dekat Pasar Malam Bandar Jengka haritu. Tempat lain, I tak sure mana nak cari. Pada yang tengah mengandung and terliur, I mintak maaf ok? Memang tak boleh nak membantu sebab I taktau dekat KL ni mana nak carik. Sian korang, tengok je la gambar ni....

Anyway, I now, kalau balik kampung ada Kaklong, memang request dia masak ni. Teringat lagi peristiwa makan nasik memasing mengadap dinding sebab takot lauk dengan nasik kena curi. Memang kelakar giler kalau ingat. Orang dekat rumah ni pesen kalau makan sebelah-sebelah, agak malas nak cedok nasik dalam periuk, cekau je yang orang sebelah punya. Dah macam kucing berebut-rebut tapi tu la yang buat sedap and kelakar. Sambil makan, sambil gelak. Seronok!

Bahan-bahan
  1. Ikan Patin Salai - Direndam sekejap
  2. 5 ulas bawang merah
  3. 1 inchi kunyit hidup
  4. Segenggam cili padi. Cambiaso I guna cili burung
  5. Batang Keladi, dicelur sekejap. Jangan sampai lembik
  6. Santan Kelapa
  7. Asam keping
  8. Garam dan Serbuk Perasa (Optional)
Cara Membuatnya
  • Mula-mula tumbuk kunyit hidup dengan garam untuk bagi cepat hancur
  • Masukkan cili padi and tumbuk sampai lesung batu pecah. Haha.
  • Masukkan bawang merah 5 bijik. Bawang putih tak payah
  • Masukkan santan, bahan yang ditumbuk, ikan patin salai dan batang keladi sekali harung
  • Batang keladi tadi tu korang celur sekali dengan asam keping
  • Batang keladi and asam keping tu pon masukkan sekali tau?
  • Sebab tadi dah masukkan garam, korang adjust la rasa dengan serbuk perasa
  • If guna santan segar, tak payah dah bubuh gula sebab santan fresh dah rasa manis
  • Jaga api, timbuk-timbuk jangan pecah minyak
  • Goyang tetek dengan gembira sebab masakan sedap! Siapppppp!!


Bahan tumbuk ni lepas tumbuk kunyit hidup baru ingat nak ambik gambar, sebab tu secoet jer dia punya kunyit hidup. Haha. Ko tengok la cili burung tu banyak mana. Konsep dia, tak buasir bunga kelopak 8, tak keluarga Sulatin nama dia.




Ikan patin Salai.


Ikan Patin Salai direndam. Jangan lama-lama. Sekejap jer. Nanti hancur pulak.


Batang keladi dicelur sehingga lembut. Masuk sekali asam keping at this point.


Masak Lemak Ikan Patin Salai Campur Batang Keladi. Seperiuk setel ok? Harap maklum.

Sedap menggila la lauk kampung macam ni. Lawan dengan sambal belacan, memang Shah Rukh Khan lalu belakang pon tak perasan. Makan pulak bersila, pasang kipas dengan adik-beradik dekat dapur sambil rebut-rebut. Memang best sangat. Family kitorang ni bab makan, memang muhibbah. Jenis Kaklong pulak kalau masak, sedapnya MasyaAllah. Sebab maybe dia masak dengan penuh kasih sayang kot? Nanti esok lusa I share pulak resepi Rebung Masak Pajeri. Tapi kitorang haritu bukan masak rebung, tapi masak buloh. Kah kah kah. Naseb baik sedap kuah dia. Redha jugak la makan.

-eNd-

3 comments:

Diana Din said...

terliiur aihhh

Ummu Aflah said...

Sesiapa yang minat memasak try
http://amazing-tm5.blogspot.com/
pasti Terbaik

Afidah Azmi said...

sedapnya...nanti boleh la try buat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...