Tuesday, June 16, 2015

Resepi Pajeri Rebung Madu by Kaklong Yang Mengundang

Assalamualaikum…

Tetiba teringat Kaklong masak Pajeri Rebung Madu last time. Sedap nak mampos ok? Cumanya kitorang yang baru pertama kali masak rebung madu, so macam ada bebal sikit. Hahaha. Yang tukang siang rebung madu tu, I dengan De. Habes sampai ke batang-batang kitorang ambik. Masa rebus rebung tu, kata Kaklong, ‘Korang ni aku suruh ambik rebung, bukan buloh’. Hahaha. Sebab masa siang tu, nampak sikit jer so tu yang I ambik sampai ke batang-batang. Untuk korang yang taktau apa beza rebung madu dengan rebung biasa, beza dia ialah rebung madu ni dia tadek lubang dekat tengah-tengah dia. Yang rebung biasa tu dia ada lubang macam ring. Eh. Apa bunyik lucah je ni? Haha.


Ni la rupa 'raw' rebung madu. Lepas siang rebung terus kena mandi sebab miangggg. Padahal tu alasan malas kemas dapur. Haha.


Untuk yang baru pertama kali masak rebung, I suggest takyah la korang beria nak siang ke apa macam kitorang. Sebab salah cara nanti dah la pahit, pastu keras. Nak senang, beli je yang dah siap proses dekat Pasar Malam or rebung dalam tin yang ada jual dekat hypermarket. Tapi kalau nak cuba jugak proses sendiri rebung, korang kena pastikan rebus 2 kali. Rebus kali pertama, masukkan air dan garam. Rebus lebih kurang sejam. Cukup sejam, buang air yang pertama tu and guna air baru. Masukkan gula sesudu dia and rebus lagi selama sejam. Lepas tu baru la hilang rasa pahit rebung ni. Leceh kan? Sebab tu I cakap beli je yang dekat kedai. Lagi senang. Dah la kena rebus sampai 2 jam. Bila yang boleh makannye? Haha.


Ko tengok la tu, hijau-hijau rebung yang dah nak jadik buloh. Haha. Habes kena melingkup oleh QC (Kaklong). Nak masak pajeri rebung, rebung kena potong seinci lebih macam ni. Tak boleh potong bulat. Lepas tu cara potong dia, sekerat dikelar tak putus satu bahagian, lepas tu dikelar arah yang berbeza pada satu bahagian lagi. Paham tak?

Try la buat Pajeri Rebung ni. Sumpah sedap ok? Jom tengok macam mana Kaklong masak yang boleh jadik sedap nak mampos ni. Guna resepi ni ok? Kalau masak kari or pajeri, if ada leftover tinggal kuah je, isi semua dah gone, I suka panaskan kuah and pecah telur. Makan dengan nasik + kicap manis. Perrrghhh pergghh perrrghhhh!!

Bahan-bahan
  1. Rebung madu (yang dah siap diproses)
  2. 4 sudu besar kari daging baba’s
  3. ½ sudu serbuk ketumbar
  4. ½ sudu serbuk jintan manis
  5. 4 sudu besar cili kisar
  6. 1 liter santan
  7. 400 ml pati santan
  8. 4 sudu kerisik
  9. 1 keping asam gelugor
  10. Garam dan gula secukup rasa (nak sedap guna gula gerek)


Bahan Kisar Halus
  1. 8 biji bawang merah
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 1 inci kunyit hidup
  4. 1 inci halia
  5. 1 batang serai dihiris
  6. ½ inci lengkuas


Bahan-Bahan Tumis
  1. Setengah cawan minyak
  2. 5 biji bawang merah
  3. 2 ulas bawang putih
  4. 3 tangkai daun kari
  5. 1 batang kulit kayu manis
  6. 1 kuntum bunga lawang
  7. 5 kuntum bunga cengkih
  8. 3 biji buah pelaga


Cara-cara Membuatnya

  • Memula panaskan minyak. Lepas tu tumiskan segala-mala bahan tumis tadi. Jangan sampai hangus, kena perati api sentiasa. Guna api sederhana.
  • Bila bawang dah perang dan wangi, masukkan pulak cili kisar. Tumis sampai pecah minyak and cili masak. Masa ni api pon kena kecik jugak. Nak masak pajeri sedap, kena sabar skek ok? Jaga api. Tu la rahsia masakan yang sedap kata Kaklong. Sesuai la Kaklong masak masakan macam ni. Kalau I, tak kuasa. Haha.
  • Sementara cili masak, korang bancuh serbuk kari dengan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih and bahan yang dikisar halus tu.
  • Masukkan rempah yang dibancuh kedalam periuk. Tunggu sampai rempah garing and pecah minyak. Masa ni bau dia pon memang dah mengundang
  • Lepas tu masukkan santan cair dan air jika perlu
  • Masukkan rebung yang dah siap diproses tadi.
  • Masukkan asam gelugor
  • Tuang pati santan
  • Masukkan kerisik (ni untuk memekatkan kuah) – Kaklong kalau masak ANY gulai, dia akan masukkan kerisik.
  • Perasakan dengan garam dan gula
  • Biarkan mendidih. Guna api sederhana/kecik
  • Lagi lama masak, lagi sedap. Makesure selalu kacau sebab nanti hangit dekat bawah
  • Sedia dihidang! 




Pajeri Rebung Madu yang Kaklong masak. Amek gambar dalam kuali je. Hahaha. Sedapnyeeerrrr!!

Dalam resepi kalini memang tadek acara goyang tetep, sebab masak pajeri is zeriuz bisnes yo! Memang kena sabar kalau nak hasil yang sedap. Berpanas dekat api, tu tak kira lagi kalau ada kuah menggelegak tu merecik dekat tangan. Sekandang babi keluar. Hahahahaha. Tapi hasil dia memang superb! Ishk. Aku yang tulis, aku pulak yang telan ailio. Blardihel. Kaklong please la masak lagi Pajeri Rebung ni. Aku naaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!

-eNd-

2 comments:

Wizana Arbain said...

Tgk pon dh merecikkk! *telanailio* resepi ni kal derhaka guna daging pon kompem sedap hehe

Chooyaya! said...

pon bolehhhhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...