Assalamualaikum..
Esok Hari Wilayah I ingat nak bawak Shein pergi Jungle Trekking dekat KL Forest Eco Park - KL Tower. Tapi tu cita-cita la. Biasa cita-cita di hari minggu yang melibatkan kena bangun awal ni, takkan menjadi kenyataan kalau tak besungguh-sungguh. Shein pulak jenis kalau pagi, nak kan I peluk dia and tak bagi bangun. Dia cakap 'Mama, The Sun is tired'. Dia yang taknak bangun, dituduhnya Sun is tired. Hahahaha. Kekadang kalau dia yang bangun awal, Mama liat nak bangun still begolek-golek dekat katil Shein akan cakap 'Mama wake up, The Sun is coming'. Hahaha. Cute la Shein ni tau? Dah la bontot debab. I geram time dia brush his teeth bontot goyang-goyang kiri kanan. Dia dah tinggi sangat and grown up soooo fast. I saspek, Darjah 5-6 ni nanti memang dia akan either sama tinggi dengan I or lebih tinggi dari I. Actually Shein suka ni buat outdoor activities macam ni. Trekking, jogging semua memang dia suka sangat. But yang menyampah bila dia penat and start cranky nanti mintak Mama dukong. Dia ingat dia ringan? Now kalau dia nak dukong pon I buat bodoh je sebab berat sangat rasa macam nak pecah dada. Ni gambar I share ni dah 2 bulan dah. I datang sini dengan Souma, Abdou Rahmen, Azeez, Kanik, Simaa and Shein. Kitorang datang sini sebab nak outing dengan Abdou Rahmen sebelum dia meninggalkan Malaysia. Abdou is classmate Shein masa dekat BBI dulu. Dia dah left Malaysia for good and back to their country dekat South Africa. Sedih sangat masa ni sebab dah dekat last-last di Malaysia, baru la kitorang keluar sama-sama. Sebelum tu takde pulak. Si Abdou ni masa dekat BBI is Shein punya shadow. Kemana-mana berdua je. Si Abdou selalu cakap 'Shein is my very best friend'. Dia selalu hug shein kuat-kuat and Shein macam biasa je, takde la beria sangat pon. Ni esok kepada bakal GF Shein, I ucapkan Good Luck lah. Please expect your BF jenis heartless OK? Hahahaha. Kalau tanya dia sapa best friend dia cakap la Abdou tapi gitu-gitu je la hahahahaha. But Abdou nampak sangat sayang Shein. Nampak je Shein, berlari dia nak hug. Shein pulak tak abes-abes cranky sebab dia ada masalah tak boleh tengok mainan. Dia akan nak jugak walaupon mainan yang sama dah ada dekat rumah. Masa dekat KL Tower ni pon banyak jugak I spend. Nak masuk Mini Zoo, nak masuk Upside Down House. Situ je berdua dah almost RM200++ kot? Mahal jugak fee's dekat sini taaaaaaaapi Lunch sedap! I suka. Kedai makan simple je, lauk pon sikit je tak banyak tapi semua sedap. Ko tengok, pusing-pusing dia declare tempat tu sedap sebab makanan jugak. Hahahaha.
Cantiknya Souma dressing nak buat Jungle Trekking hehe. Dari Kiri : Azeez, Soumayyah, Abdou Rahmen, Siti Nohaliza and Shein yang penjeles mama pegang Abdou. Ni masa half way, ada tempat buloh macam ni. Cantik sangat. I suka giler tau KL Forest Eco Park ni sebab memang bersih. Rasa fresh dapat hirup udara segar dekat sini. Tengah-tengah City tetiba ada hutan...
First of all, kalau korang nak datang sini jangan confuse dengan tempat parking. Dekat kaki bukit Nenas tu kan, nampak macam ada parking and tulis besar tulisan KL Forest Eco Park kan? Situ bukan entrance. Nak masuk entrance dia, korang pergi naik je ke KL Tower. Park kereta dekat situ. Kalau nak buat Jungle Trekking I suggest pakai pakaian yang absort peluh and pakai kasut lah. Lepas tu takyah beria bawak bag bagai sebab sapa nanti nak pegang? If nak pon, bawak botol air je untuk minum. Topi pon tak payah. Semak. OK? Sini bukak everyday 7.00am - 8.00pm but kalau Public Holiday, maybe tutup awal. I tengok ada day yang tutup at 6.00pm. Nak complete the walk, takes about 40 minutes macam tu je. Track takde la extreme sangat and sesuai for kids 5 years old macam tu but if cuaca OK la. If cuaca hujan, maybe muddy and licin sikit.
Lesgooooo! (Kata Shein). Si Abdou ni kenapa ni cranky ni? Dia dengan Shein main pass the baton, sorang OK, sorang lagi cari pasal tapi apa la sangat cranky si Abdou ni berbanding Shein. Si Azeez lagi la super baik. Langsung takde cari pasal. Ikut je...
Shein, Abdou and Azeez. Ni nak masuk dekat starting point, macam ada renovation but don't worry, sini bersih. Seriously bersih. Takde sampah semua dekat jalan. TQ Malaysian people. Sini macam civilized sikit la. You know, ada je recreation park yang penuh dengan sampah jugak sometimes. Anyway, nak masuk sini takde charge apapa. Its FREE.
The Nanny. Hahahah. Simaa and Kanik pon ikut jugak. Kata Simaa, 'Kita takyah beria masuk gym Nik, ikut je Shein pergi park, confirm kurus'. Shein is so energetic kan? Dalam buat trekking ni pon, still boleh main kejar-kejar and all. Buli je Kanik and Simaa ni.
Track dekat sini OK. Semua ada laluan macam ni. So takyah risau. I can say its 95% OK. Yg reput-reput kayu ni sikit sangat.
Imagine dalam City, ada tempat yang macam ni. I rasa macam fresh sangat dapat hirup udara segar.
Berpeluh-peluh Shein. Jangan lupa pakaikan mosquito patch OK? Elak dari nyamuk and pacat hinggap. I pakaikan Shein seluar panjang, incase kalau dia terjatuh, so dapat cover lutut dia.
Jangan lupa try naik Forest Canopy Walkway. Tak tinggi mana and takde seram pon. Shein can do it, takkan la korang tak boleh kan?
Steady Abdou and Shein. The kids really enjoy the walk here.
Azeez and Souma. Kasut Azeez tu macam licin sikit, banyak kali dia tergelincir. Sian dia.
Cantik sangat Souma ni. I duduk sebelah, rasa macam Bibik.
Kanik sayang...
Siap satu pusingan, nanti sampai dekat sini semula. Cantik dapat backgrond KL Tower.
Perfect timing kalau nkorang nak pergi sini is 8.00am - 11.00am macam tu sebab time ni matahari still tak mencanak naik atas kepala. Still OK. 1 complete round tak lama, dalam 40 minutes je and tak yah risau akan sesat ke apa sebab orang ramai and sentiasa je berselisih but tak pulak sesak. Bagi I, just nice dia punya crowd. Most important sini memang bersih sangat. I sukaaaaaaaa.... Abdou kan, dia memang rasa kitorang tengah sesat dalam hutan and keep telling us to keep on going. Duduk berehat sekejap pon taknak. Hahahahaha. Comel sangat dia ni. Shein OK je. Ada la a time yang dia mintak dukong sekejap time nak sampai tu so I buat-buat la lari, by the time dia dapat tangkap I, dah sampai pon dekat starting point semula so selamat la takyah dukong. I rasa nak buat Jungle Trekking ni OK cuma saspen Shein mesti lepas tu nak ajak masuk Zoo pulak. Dia kan kalau dengan binatang pantang jumpa. Sini Mini Zoo dia I rasa macam a bit mahal la. Tak berbaloi nak bayar. So, kita tengok nanti dalam IG story I esok, adakah misi nak buat Jungle Trekking ni akan tercapai? Tungggguuuu!!
KL Forest Eco Park
Lot 240, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur,
50250 Kuala Lumpur
-eNd-
1 comment:
menarik.. lama tak play tourist kat KL. hehe..
Post a Comment