Kurang dari 3 hari, kitorang akan gerak ke ILKAP
Bangi untuk sukan tahunan Syarikat. I target untuk Netball, ATLEAST masuk semifinal.
Untuk barisan pemain tahun ni, I rasa separuh akhir tu InsyaAllah la dalam
tangan, ceeeeeeee. I ada Izah untuk jadik GA yang akan bantu Intan as a GS
untuk menjaringkan gol. Macam Intan, if dia dapat bola, chances goal is 80%.
Intan memang sharp shooter tapi dia nak dapat bola tu memang akan susah skek
la. Except kalau boleh main bola golek ikut celah kangkang. Yang tu dia terror
la tangkap. Hahaha.
Tadi I dah pergi Pertama Kompleks untuk beli jersey.
Nak Adidas dengan Nike je. Taknak kalah. Well. I selalu pergi satu kedai hujung
dekat Ground Floor ni. Nama kedai tu Perfect Sports Sdn Bhd. I memang lupa
giler kedai tu tingkat mana. Melilau cari. Last-last I call Kaklong. Kata dia,
kedai tu dekat tempat orang jual bahulu and ada kerusi urut. Sekali jumpa!
Seronok giler. Woo Hooo..!! Tauke Cina yang nama Carrie tu dia dah lupa I
(berani dia lupa I), sebab I pon last pergi tahun 2011 kan? Dah lama tak jejak
kaki dekat sana. I panggil dia Kelly Clarkson. Pastu yang pembantu kedai nama
Rudy tu, I panggil dia Syahrul. Hahaha. I main petik je panggil, and budak tu
pulak bila I panggil Syahrol dia menjawab pulak. Dah. Nama ko Syahrol mulai
dari harini. Hahahaha.
Ada sorang lagi Makcik Cina tu, I panggil dia Amoi.
Saja bagi dia syok sikit. Dia kata, ‘Hei
cantik, panggil saya Makcik la. Saya sulah tuaaaa’, pastu I kata ‘Takper la, I panggil U Amoi. U belanja I
kuih baulu sekarang lekas’. Lepas tu
dia dah gelak-gelak. I cakap, ‘E, orang
suruh belanja baulu ketawa pulak’. Masa dia busy carik size baju yang I
nak, I pergi la beli sendiri baulu. Sedap giler woh! Panas-panas keluar dari
oven. RM3.00 dapat 10 bijik. Lepas beli, I offer dekat Kelly Clarkson, lepas tu
dia taknak. I cakap, ‘Ambik!’ Terus
dia ambik and makan. Lepas tu ketawa. Hahahaha. Dia cakap I garang. Bila I
duduk depan dia, dia nak kira pon jadik tak reti. Si Izzah dah gelak-gelak
dekat tepi. Haha.
Lepas beli jersey, I tertengok sandal Adidas Shein.
Comel pulak. Kena beli yang jenis zap-zap tu. Sebab Shein, dia ada semacam
perangai yang akan buang selipar kalau dia tak puas hati. Haritu dia nak buang
blanket dia keluar dari kereta. Sesuka-suki hati kau je kan Shein? Dia taktau
kalau tadek blanket tu, dia tak hidup. I selalu beli selipar sepit dekat Shein.
Nampak omel. Crocs yang ada tu dah kecik. Dah tak boleh nak masukkan kaki and
secure dekat belakang. Nak sarung macam tu je, dia tak suka. Geram jer. Selipar
sepit pulak I taktau la kenapa selalu hilang. Tinggal sana, tinggal sini. So
this time I beli la yang jenis zap-zap tu. Maknanya lepas ni, kalau dia nak
tanggalkan selipar time merajuk, jadik susah sikit la. Dia ingat dia bijak? I lagi
bijak. Wahahahahahahha.
I tengok dekat kedai-kedai dekat situ, harga dia
RM115.00 lebih kurang. Mahal la. Try tengok dekat Sogo kot-kot ada selipar
zap-zap yang murah. Naik tingkat 6 bila tengok kasut-kasut zap-zap tu banyak
yang cartoon macam tak berkenan pulak. Makanya I beli jugak yang Adidas. Oooo
murah dari yang dekat Pertama Kompleks! RM90.00 jer. Jimat RM25.00! Woo hoooo!!
Dengan hati yang gembira, I pon pergi bayar. Rasa macam happy giler dapat carik
kasut yang sama, tapi harga lebih murah.
OTW nak pergi kereta, Izzah ajak singgah dekat
Al-Ikhsan sebelah Restoran Ayam Penyet depan Pertama Kompleks tu. Sekali tengok
kasut yang sama, harga dia RM80.00 jer, lepas tu yang design lagi satu yang
RM115.00 dekat SOGO, dekat Al-Ikhsan cuma RM65.00 memang sipet nak mampos!!
Hangen pulak tetiba. SOGO PENIPU. KO KATA KO LAGI MURAH?!! I ban SOGO selama 18
tahun. Dah la harini is my first time pergi after 3 years tak jejak kaki dekat
sana. Hahaha. Tapi I nak ucapkan padan muka jugak pada diri sendiri sebab bila
mana I yakin I untung RM25.00, tapi sebenarnya kalau I bernasib baik, I boleh
untung RM50.00 kan? Definitely today is not my day. Cais!
Sandal zap-zap ni dekat SOGO RM90.00, dekat Al-Ikhasan RM80.00 jer.
Yang ni pulak dekat SOGO RM115.00, dekat Al-Ikhsan RM65.00 woo hooooo!! Padan muker ko kena tipuuuuuu
Bagi pakai boot je la ko Shein, susah sikit nak tanggal.
Dah la parking kena RM12.00, dah la jem. Eeeeee I
benci Jalan TAR! Apa menda la parking mahal macam ni. Dah sama tarap macam rate KLCC kot? RM12.00 tu boleh buat
makan Nasik Ayam Goreng Kunyit + Telur depan Public Bank Jalan Yap Kwan Seng
selama 2 hari kot? Nyampah! Kbe.
-eNd-
No comments:
Post a Comment