Friday, July 31, 2015

Family Lunch Buffet di Lemon Gardens, Shangri La Hotel, KL

Assalamualaikum…

Time puasa lagi kata Bapak, nanti lepas Raya kiter pergi lunch sama-sama. Celebrate birthday Mak on 27 Jun last time sekali dengan kitorang punya wedding anniversary. Ala, sajer jer makan-makan. Lagipon dah lama tak makan sama-sama dekat hotel. Last haritu makan sama masa birthday Sazli 20 April. Dah 3 bulan lebih la kan? Mak memang dah lama sebut nak makan dekat KL Tower. So kitorang decide nak makan la dekat KL Tower this time. And I sebagai setiausaha kehormat (yang poyo yakin tak melakukan kesilapan) telah membuat kerja penempahan. I call KL Tower to book lunch for 4+1 person on Saturday 25 July, 1st session 11.30am – 1.00pm. Dekat KL Tower if lunch ada 2 session, satu lagi 1.30pm – 3.00pm. Dorang buat 2 session maybe sebab limited seat tapi ramai yang nak makan. Harga lunch buffet tak sampai RM100.00/person (excluded tiket nak naik ke restaurant).

So, dengan yakinnya tanpa check back my booking lmacam yang I biasa buat, kitorang pon menuju la ke KL Tower. Kata Bapak, keluar pukul 10.45am sebab taknak kalut. Masa sampai KL Tower orang memang ramai. Ada one group tourist nak lunch dekat sana jugak. I dengan yakin pergi la cek, sekali receptionist buat muka cuak. Kata dia tadek booking atas nama I. I pon sama cuak sebab tengok orang lain book through Agoda or yang ada reservation semua print out dari email. Receptionist kata nama I tadek tapi dia cakap, dia cuba dapatkan jugak tempat untuk kitorang. Come back after 15 minutes. I nak nanges dah this time, rasa bersalah pada Bapak, Mak, Shein and Sazli. Padahal semua orang excited dah nak makan atas awan kononnya.

Masa datang balik after 15 minutes, Receptionist kata memang tadek slot dah. If nak kena masuk slot 1.30pm – 3.00pm and time tu jam baru 11.30am. Ko Ghaser ok tak nak melilau dekat KL Tower lelama macam ni?

Nak marah pon tak guna. I pon silap sebab setakat call, leave henpon number jer. Tadek mintak reservation number or call balik to check my reservation macam yang I buat sebelum-sebelum ni. I YAKIN buta-buta jer yang I punya booking dah secure. Bapak and Sazli memang tadek blame I apa pon. Bapak cakap, takpa lah kita pi hotel lain. Su call Mandarin. Sana pon syok. I call MO, lunch and dinner fully book and Sazli suggest kiter makan dekat Shangri La jer la, since hotel tu kat bawah Bukit Nenas ni je. I call sana and luckily ada table. So kitorang gerak la ke sana. Pheeewwwww lap peluh. Tapi seriously I rasa bersalah giler. Taktau nak cakap macam mana. Mata I mengecik je secara automatic sebab feel guilty. But naseblah masa makan dekat Shang, semua puji kata makan kat sini lagi sedap. Lepas tu takyah dok kalut. Restaurant bukak 12.30pm – 3.00pm so boleh makan sampai pengsan. Haha. (I tau dorang cakap macam tu banyak-banyak kali sebab taknak I rasa bersalah)

Dah. Takyah cakap banyak, jom tengok gambar makanan. Dulu masa sebelum datang Shangri La, I rasa dekat Renaissance Hotel paling sedap. Tapi rupa-rupanya dekat Shangri La lagi sedap hoi! Sini ada segala mala jenis makanan. Dari Chinese, Indian, Malaysian, Japanese, Western, Dessert, Bread, Ice-Cream and semua pon sedap. I paling banyak makan Oyster. Ada la 12 ketul kot? Memang fresh giler baby nak mampos. Sapa suka Oyster, I suggest korang datang la sini, makan barang sebaldi. Baru puas hati. Dah jom tengok gambar makanan yang I sempat snap. (Nampak je makanan, hilang terus rasa bersalah) Haha.


Yang ni I punya first trip. I ambik dimsum (Sedap gilers), roasted chicken, udang dengan ikan. Zup zap zup zap.  Less than 5 minutes setel. I hebat.

Mak time ni dia tawaf lagi. I masuk 2 round setel, dia still empty plate sebab taktau nak makan apa. Boleh tak? Hahaha. Bapak ambik Oyster, Sazli layan Shein makan. Lepas tu babysit Shein sampai Shein tertido baru la dia makan. Time tu I dah kenyang pon. Dah slow down makan. Kata Sazli, 'Bubu, you just enjoy your food, I jaga Shein. It's ok'. Takde tanya dua kali, pantang kena offer macam tu, zaaappp berdesup I bangun dari kerusi ambik makanan. Haha.


Tengok la Shein, orang sebok nak guna pisau, dia pon sebok nak berpisau jugak. Hesh!


Dalam 30 minutes after, Shein pon tertewas. Tido sampai la kitorang siap makan. Ingat tadi dah nak siap makan, kitorang nak bagi dia makan eskrem. Tapi sapa suruh tido, so tak dapat la makan eskrem. 


Ni I punya jugak. 2 ketul Oyster, salmon dengan tuna sashimi. Sedapnyaaaaa. Oyster tu memang fresh! Perah lemon and tabasco sos, korek-korek and sedut. Perrrghhhh. Korang nak tau tak, kalau makan Oyster, korang akan ghairah untuk mengawan. Rrrrrraaaau. Hahahahaha. Tapi tengok gambar ni telan ailio. Tingat Oyster tu. Slurp.


Trip yang ke 3 dan ke 800 juta, I still ambik Osyter. Pastu try makan udang ketak tu. Geli pulak tengok sebab rupa macam Ulat Gonggok. Rasa dia pon tak manis macam udang biasa. Lepas tu I ambik ketam jugak.


Tak ingat trip yang keberapa, I ambik Tuna Pizza dengan roti, buah, grilled eggplant and some dessert. Time ambik ni, I dengan Mak berdiri dekat chocolate fountain makan fruit stick. Makan dekat situ je. Baru feel. Hahahaha. Fruit stick chocolate dia tu sedap hoi!


I dah dessert, Sazli baru nak start makan. Dia ambik semua yang rare kata dia. Turkey slice la, lamb, duck belaka.


Yang ni ice jagung dengan vanilla ice cream yang I buat sendiri. Actually I buat Ice Jagung dekat ABC Counter. Vanilla Ice Cream sedap, sebab rasa fresh vanilla. Nampak vanilla seed sebab dorang buat ice cream ni guna vanilla pot. Sedapnya lahai.


Penutup, Mak makan Nasi Beriyani.


Cantik kan Apple Bouquet ni?


Kat sini la I dengan Mak berdiri makan fruit stick + chocolate ni. Ada dragon fruit, strawberry, melon, marshmallow etc


Time ni masa nak tunggu Lemon Gardens Restaurant bukak. Dorang bukak at 12.30pm, kitorang sampai at 12.00pm so sempat la Shein baring guling-guling dekat lantai. Dia bajet dia Shah Rukh Khan tengah buat video nyanyi kot?


Mak and Bapak. Sweet kan?

Sazli and Mak. Kekononnya makan ni meraikan kitorang la. Tapi yang tukang belanja Bapak. Kata Bapak, 'Rugi bisnes Bapak macam ni, sebab sini lagi mahal dari KL Tower'. HAHAHAHA


Shein sebenarnya kalau boleh nak masuk dalam kolam ni. Macam taktau.


I lantakkan ajer masa dia baring-baring. Malas nak tarzan-tarzan sangat. Suka hati kau la Shein, janji bahagia.

Dalam pukul 3.00pm bila semua dah kenyang, kitorang pon balik. Puas hati sebab makan rilex and tak kalut. Kalau dekat KL Tower macam limited time. If kat KL Tower, I suggest korang datang malam la. Scenery pon cantik + masa lama, tapi harga jadik mahal sikit. Dekat Lemon Gardens ni, makanan semua sedap. I highly recommend if korang tak pernah datang sini. Sini pon selesa and boleh nak makan dalam garden jugak. Tapi air-cond takdak la if dekat luar, dah nama pon garden. Ko dah kenapa nak air-cond segala? Sesuai for family. Harga for Lunch Buffet is RM135nett/person. Shein dapat complimentary. Overall, lunch sangat la best. kebetulan Shein tidur so dia tak kacau and jadik double best. Tenkiu Bapak, Mak and Sazli for this lunch. Lain kali kiter pergi lagi ok? Bapak belanja. Hehe.

Shangri La Hotel Kuala Lumpur, 
11, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

-eNd-

3 comments:

emmadianablogspot said...

Buah apple ngan coklate tu , huhuhu

adda syuhada said...

bestnyer...

Alia said...

Hoh. Memang menyesal bukak your blog pepagi buta ni. perut dgn secara tiba tiba berdendang sayang.