Friday, July 31, 2015

Naik Basikal Dekat Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum..

Masa weekend bebaru ni, kitorang sekeluarga ada plan nak lunch dekat KL Tower, tapi sebab ada technical problem, so tukar venue ke Shangri La Hotel. Lunch buffet dekat Lemon Gardens. Naseb makan sedap, so hilang la kekecewaan tak dapat makan dekat KL Tower. Gambar nanti la I share bebila free eh? Ni I nak citer pasal petang tu lepas Asar, Sazli ajak pergi Tasik Titiwangsa. I memang dah lama giler tingin nak bawak Shein naik basikal macam orang Korea tu. Bubuh anak dekat dalam kerusi dekat belakang lepas tu kayuh basikal keliling taman. Omel sangat. Parking kereta dah jauh. Tapi takpe sebab kiter enjoy mengejar Shein all the way dari parking nak ke tempat sewa basikal *tangan kebahu. Haha.

Time tu, ada 1 je basikal yang boleh Shein bonceng. Basikal untuk Sazli tadek. Sazli kata takper, dia boleh lepak minum teh tarik, I boleh bawak Shein naik basikal ronda-ronda. Malangnya kecintaan Shein pada Abah sangat tinggi, so dia nak duduk sekejap je dekat kurusi belakang tu. I pusing-pusing ronda area Sazli je. Kalau jauh je dia tak nampak Abah dia, nanti dia jerit. I saspen takot dia keluar dari kerusi lepas tu guling terjun masuk tasik. Hahaha. Tapi kira ok laaaaaaaaaaaaaaa dapat jugak bawak Shein naik basikal yang macam I impikan setelah sekian lama. Sewa RM10.00 sejam, naik 15 minutes jer kot? Selebihnya park dekat tepi lepas tu Shein tengok Upin Ipin sesambil minum teh ais. Boleh? Baik takyah pergi park. Tapi I ok jer, lepak minum macam ni pon dah syok sangat dah. Janji tak duduk dekat rumah sampai kepam. I rimas la sebab rumah ni apartment. Lain la landed house. Boleh lepak-lepak depan rumah (alasan).


Sewa basikal dekat Taman Tasik Titiwangsa, RM10.00 sejam. Cukup masa nanti dia call suruh pulang. Tengok la Si Shein dekat belakang tu. Ngam-ngam je dengan badan dia.m InsyaAllah selamat untuk bebudak debab macam Shein ni.

Shein kalau minum air teh ais, package celup tangan. Tu kalau mintak air dia ada rasa masin sikit.

Suka sangat Shein bila Sazli dukung dia macam ni. Habes semua daun pokok nak dicapainya. 

Dalam pukul 7.00pm macam tu kitorang gerak la balik. Thank you Papa bawak I dengan Shein jalan-jalan! Macam ni pon dah syiok sangat dah. Nanti kiter datang awal sikit la, so that semua orang dapat basikal. Baru syok ronda-ronda keliling tasik. Tapi dengan Shein ni jangan put too much expectation. Nanti kecewa. Sebab dia ni bukan boleh kira. Kena mood tak ok, memang harapan la nak buat apa-apa. Tapi lately ni kurang dah tantrum ni. In-control la semua, Alhamdulillah. Kena pandai tackle dia macam mana. Shein now, if dia merajuk jenis teresak-esak tu menanges. Memang belas sangat bila tengok dia.

Tapi Shein kekadang drama. Kata la kalau baru lepas kena marah dengan Sazli, sekejap je nanti dia gurau-gurau dengan Sazli. Pandai dia ambik hati Abah dia. Kejap kang nak salam, kejap kang peek-a-boo, kejap kang dia kutil ibu jari kaki ajak gurau. Cuba dengan I? Dah la kalau marah pon dia tak heran walaupon I dah jerit tarzan. I hep dia, dia hep I balik. If merajuk dengan I ke memang lama. I ajak salam taknak. Eksyen. Takde der dia nak bodek macam dia bodek Sazli. Perangai sangat kan Shein? Mana la keadilan dalam dunia ni. Nyampah.

-eNd-

3 comments:

Mommy Cici said...

gagah kak su carry Shein 0.0 hari tu kat Taman Layang Layang, kita nak naik bukit pun kena turun basikal and sorong je inikan pulak carry anak. paksa jugak bapak dia yang carry

http://mommycici.blogspot.com/2015/02/lepak-di-taman-metropolitan-kepong.html

tetiba teringin pulak nak suruh anak kita tu berkawan. my son 2 tahun. suka berkawan semua orang dia tegur. tapi lasak ya Rabbi -,- memang tak boleh handle sorang.

adda syuhada said...

nk g jgk la..nak kayuh basikal smbil bonceng bdk 2org tuh..sorg bpk dia bonceng.....hihiih

Zack Nizar said...

T.kasih support kami..kalau ada apa2 boleh contact kami di
www.facebook.com/klccbicyclerental

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...