Wednesday, July 1, 2015

How I Become A Part Of Bloggerati Team

Assalamualaikum…

Apa kabar semuaaaaaaa? Puasa tak harini? Segar semacam je tu? Terutama Dyba dengan ‘Izzah. Pagi ni lain macam je ceria. Macam tak puasa jer? Bukan boleh harap dua orang tu. Hahahaha. Gambar makanan nanti tengah hari sikit la I share. Share pagi apa barang?? Korang bukan lapar lagi pon. Kan? BTW, harini I nak cerita pasal I punya experience bekerja dengan Nuffnang and jadik a part of Bloggerati Team. Heee. Time taip ni rasa macam kembang kempis hidung sebab rasa bangga sikit (padahal banyak sebenarnya) sebab Nuffnang select I untuk jadik Featured Blogger Of The Month of May and automatically become a Bloggerati. I rasa happy giler sebab finally ada jugak pihak yang recognize hasil penulisan I dalam arena blog ni setelah sekian lama walaupon menulis kekadang macam syok sendiri. Aku tulis, aku gelak. Tapi takpe. Haha.


Bloggerati Team. Ada ramai lagi. Lebih kurang dalam 50 orang semuanya. They will expand this team, so semua orang still ada chance! Banyak kelebihan if jadi a part of this team. Boleh attend branded and exclusive event, networking, win prizes, to grow as a blogger and independent publisher and most important to earn cash from campaign. Kacingggg!!! $$$$$

I start menulis blog sejak tahun 2008 lagi. Zaman letak gambar pon quality setarap longkang. Guna camera phone Nokia Daun. Ko Ghaser? Hahahaha. I cerita banyak pasal Wedding Preparation. Lepas tu pasal I punya activity macam sukan, travel semua tu, but most of the time pasal makan la. Makan dan Chooyaya berpisah tiada konsep dia. Bila dah ada Shein ni, I banyak share pasal parenting pulak. I tulis santai-santai jer. I anggap bila I tulis entry, I tengah bercerita depan nkorang semua. And semua readers tak kisah la yang kenal atau tak, I anggap tu semua kawan yang kenal I personally. Sebab tu ramai readers yang cakap, walaupon tak kenal I and tak pernah jumpa tapi bila baca entry-entry I, macam dah kenal lama. I tau, ramai yang silent reader termasuk ehem ehem. Ampun Tuanku. Nak Hermes Birkin satu please? Hehe.

I nak ucapkan terima kasih pada korang semua sebab sudi mendengar celoteh I selama ni. I hope ada la entry I yang menceriakan hari korang. Lepas tu kekadang memasing kemain melayan I punya berangan. I kan cita-cita nak jadik Pembaca Berita? Lepas tu kemain bila ada casting Pembaca Berita, memasing nak tag I. Hahahaha bunguks. Tak cukup dengan tu, ramai yang suggest I jadik Pengacara Jalan-Jalan Cari Makan. Ko dah kenapa? Kang cerita makan-makan tetiba jadik program Maharaja Lawak tak pepasal jer. Lagi-lagi kalau co-host Intan. Haha. korang ni kalau I berangan, melayan bukan main kan?

Ok. Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana pembabitan I dengan Nuffnang kan? I punya first job dengan Nuffnang ialah Astro-On-The-Go Ola Bola. Masa dapat email dari Nuffnang team rasa macam happy giler! Yerla, selama ni dok baca-baca kekawan blogger lain pergi event, meleleh jer air liur. Bila dapat invitation ni sebenarnya bukan it’s all about payment (bagi I la) tapi more to rasa happy sebab orang recognize kerja kiter. So I dengan berkobar-kobar pon join event tu. Datang dengan Intan. Naseb la ada Intan teman, kalau tak memang terbongok-bongok la I sorang-sorang. Time tu duduk semeja dengan Abang Nara. Tapi I tak kenal dia pon. Ashman cameraman tanya, ‘You tak kenal ke ni sapa?’ Lepas tu I cakap. ‘Sapa?’. Haha. Ngek! Siapa Blogger tak kenal Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Maria Elena, Abang Nara dengan Budiey memang patut kena tunjal. Tu semua otai kot?

Lepas pada event Astro-On-The-Go I ada decline 3 event dari Nuffnang. Semua sebab time date tu, I tak free. Either balik kampong or I tak boleh nak cuti sebab ada kerja dekat office. Time tu I rasa, that’s it. Mesti lepas ni dorang taknak ajak dah I. Sebab I perasan Diva, asyik tolak job jer. Kalah Diva AA Azwan Ali. Hahaha. Tapi dah namanya rezeki, lepas tu I dapat jugak lagi invitation dari dorang. 9 job yang I buat dengan penuh semangat I suppose sebelum join Bloggerati Team. Yang paling semangat mestilah entry Astro-On-The-Go. Nuffnang tak bagi lagi point nak tulis apa, date line bila, I dah publish. Haha. Naseb entry memenuhi spec. Kan bodoh lagi time tu? Mana la I tau after event Nuffnang akan bagi date bila nak publish etc. Tapi tu sekali je la, lepas tu dah terror. *flip hair

Untuk sesapa yang masih belum ada chance bekerja dengan Nuffnang, usaha lebih gigih if nak jadik a part of their team. Kena rajin update. Biar konsisten. Jangan give up. I teringat lagi masa memula Nuffnang keluarkan program Bloggerati, ada a few readers yang concern email I and komen spam dekat entry cakap dorang sedih I takde dalam list. Alololo omel sangat. Memula I rasa macam ‘Ala, takper. Takde rezeki lagi’, Jangan la nak gebang kata tak kisah ke apa. I kisah sebenarnya and sedih jugak. Sobs. But lama-lama I put target dekat blog I. I bagi masa setahun (time tu dalam Mei 2014) dengan I punya traffic macam ni and I punya commitment as a blogger, if masih tadek pihak yang recognize, I nak back off. Kira macam merajuk la. Cecece.

So lepas tu. I work hard. Work hard tu bukan la dengan cara kotor macam menempel dekat Blogger-Blogger yang popular or buat entry kontroversi nak bagi orang kenal or what not. I keep on writing and kekalkan momentum. Never give up. Sebab I ada masa setahun untuk proof something yang blogger also berguna pada society. Gitu. Undilah Suraya untuk calon PRU Zon Jengka. Hahaha. Ok tak kena time cakap pasal PRU time harga minyak naik ni.

Macam I, lepas 6 tahun baru dapat chance. I kekalkan I punya momentum. Supaya orang akan keep track and tak lupa I. I bukan Celebrity Blogger pon. Follower IG pon tak sampai 5k. Tsssk Tsssk. Maksudnya dekat sini, if Celebrity Blogger, dorang tak perlu nak selalu tulis sebab dia memang dah ada dia punya own follower. So I kena kerja keras sikit la. Selalu update supaya orang tak lupa. I make sure entry I bukan entry yang update ala kadar. Asal ada. I put an effort for each entry yang I tulis. Sebab tu bila ada yang nak iklan percuma je dalam blog ni, rasa macam nak jerit je. Lepas tu compare-compare cakap blogger tu FOC etc. Eeee tau tak kalau nak tulis entry tu kena berfikir and nak dapatkan 10,000 view sehari tu sangatlah cirit? Dah ter emos.

Pada yang dah selalu joint event Nuffnang pulak, if dapat apapa job kena disiplin. Datang on-time, submit draft sebelum dateline and respon pada semua Email and WhatsApp. Tak kira lah level apa dah korang sekarang ni tapi kalau nak kekal dalam apapa arena yang korang ceburi, kena ada disiplin. Kalau tak, nanti lama-lama orang tak suka. Kena ingat balik macam mana masa memula nak menapak dulu sampai la level korang sekarang ni. I pon bagi nasihat yang sama pada diri I jugak. Macam Sazli selalu pesan, if dah dikenali jangan sombong or belagak. Kena layan semua orang baik-baik. Jangan jadik orang yang I pernah benci.

Frankly, I ada la tak bekenan dengan seorang dua blogger yang dia rasa diri dia popular, lepas tu sombong tak tentu hala. Chill la. Blogger jer kot? Bukan Menteri ke, Anak Raja ke. Rilex sudah la. Jangan ada sikap tak senang hati all the time dengan orang tak tentu hala.  Rezeki tu Allah yang bagi. If dia nak tarik, anytime boleh. So jangan tamak. Bekerja dengan landasan yang betul, baru la rezeki yang dapat tu di rahmati Allah. Kekalkan hubungan baik sesame blogger. Jangan rasa diri hebat sangat or sentiasa ada perasaan negative yang orang dengki dengan korang. Selalu muhasabah diri. Lagi-lagi dengan orang yang buat baik dengan nkorang. Kena layan elok-elok. Jangan jadik macam Azwan Ali. Orang tegur elok-elok habes dihanjingkan semua orang. Dia rasa dia boleh hidup dengan supporter dia sampai rasa macam dekat akhirat sana tadek hari pertimbangan kira amalan buruk baik.

Hoi, panjang giler dah tulis ni! Hahahaha. Memasing dah menguap. Sebelum ada yang tertidur, I kasik penutup la. Terima kasih kepada semua readers yang selalu sokong I. Yang selalu komen yang kekadang I tak sempat nak reply sebab bizi menyelamatkan dunia. If korang nak berinteraksi dengan I, I prefer dekat IG or FB. Dekat situ InsyaAllah I akan reply komen. Walaupon tak 100% tapi I cuba. Dekat blog ni memang jarang I dapat reply. Mintak mahap. But doesn’t mean I tak baca. I baca, lepas tu reply dalam hati. Korang je la yang tak dapat dengar. Hahaha. I appreciate every single komen yang korang bagi. Nak Uweeeeettt!!

Terima kasih pada kawan-kawan blogger macam MimyHamid, Dayuyuna, Ayue Idris sebab selalu buat baik dengan if bump dekat mana-mana event. Special thanx to Illy Ariffin yang selalu kongsi tips blogging and selalu layan soalan-soalan bodoh I pasal blog. Last but not least, terima kasih tak terhingga pada Fillanie sebab link I pada blog dia and expend readers I sampai this level. Elly Yusnita pon. Semoga success dengan Ellfie and kaya lepas tu kalau kaya sila belanja makan. Aku nak sushi mahal. And finally, thank you very much to Nuffnang team for this opportunity. Especially to my manager, Samantha. I promise I will work hard to proof to you, Chooyaya Secret Garden is different than other blog and one of a kind. Cececece. (Kasik chance please)

Yes. This part memang nak mempromosi diri sendiri. So terimalah!




I punya portfolio. Nak baca detail, click sini. Tapi jangan nak muntah. Kena redha ok?


-eNd-

15 comments:

Miss Moon said...

terbaikla Sue....nak duettttttttt n nak sign jugaks

Ayue Idris said...

hahahah..akk! lawak tau. selalu baca diam2 je..kali ni nk komen plak sebab ade sebut nama ayue tu..hehe..proud of u kak! "Selalu buat baik masa event" Dekat event je eh ayue baik??? huahuahuha :p

Chooyaya! said...

Miss Moon : Moon!!! Takyah nak sign sangat. Ko tu dah duta Sarah Huges Globe dah. Kalau Rozita Che Wan. Haha.

Chooyaya! said...

Ayue Idris : Eh tak.... Masa lain pon Ayue baik. Nak Uweeeeet!!

safiyyah osman said...

Ioll baca entry ni dgn intonasi laju gilaaaaaa...hahahha..taniah kak su.. Kipidap!!kipidap!!

Aimi Muhamad said...

suka je baca...sempoi. May Allah bless you always =)

Chooyaya! said...

Safiyyah Osman : kaksu pon kalau entry panjang memang baca macam ketapi. bahahahaha. tq piyah!

Aimi Muhammad : Tq Aimi. Nak Uweeeeet!!

ease elias said...

thumbs up..me baca jumpa blog ni dari link kak pila and kak elly..then start follow..tulus ikhlas dari pemilik http://pashpetals.blogspot.com/ suka kak su time promote brg..meleleh je baca..

Chooyaya! said...

Ease Elias : thank you :)

Anil Wanina said...

tahniahhh kak Su.... Kipidap kak su.... ^_^

Illy Ariffin said...

kak su, illy happy sangat for you :) congrats sekali lagi..

ape lka soalan bodo-bodo..mana ada.. illy punya ilmu pun tak banyak mana, apa yang ada sharing2 la... sharing is caring gitew :)

Anyway, semoga kak su continue success meletup-letup Amin! kim salam kat Shiendong

cerita cik ema said...

kak su!! saya la di antara yang tag kak su utk contest pembaca berita tu. hihi. Btw, tahniah kak su..syok baca blog kak su. semoga cita-cita kak su untuk jd pembaca berita tercapai. hihi <3

Farzen Fasihah said...

keep it up kak su..hari2 ushar blog nih...silent reader...huhu

Mimy Hamid said...

mak touching..baca nama disebut...genang air mata okeh...tak tipu ....sobssssssss....tq sayang sebab sudi jadi kawan aku walaupun aku tau dah femes amos......uwet bg shiendong je la ehhhhhhhhhhh bye

Intan Saffyna said...

hi sis, seronok baca blog ni.. terus semangat nak jadi blogger balik.. saya da follow sis:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...