Wednesday, April 3, 2019

Resepi Begedil Sedap

Publish : 16/7/2015
Re-Publish 2/4/2019


Assalamualaikum...

Harini masih ada yang bekerja ke? 'Izzah, Abang Yut and Zalman ialah 3 orang sahabat I yang I tau masih lagi bekerja harini. Bertabahlah korang bekerja sehari sebelum raya eh? I ni bila fikir balik, rasa bersyukur sebab cuti raya routine I and waktu kerja I normal. Takde kena kerja malam raya, also takde kerja shift. Kalau tak nanges la ko dekat tepi cubicle situ. Orang lain mengadap ketupat, ko mengadap gambar ketupat. Haha. Anyway, terima kasih diucapkan kepada anggota keselamatan negara yang bekerja di hari raya bagi memastikan negara kita berada dalam keadaan selamat. Salah sorangnya ialah anak buah I la. Dia kerja sebagai askar-askar pergi berperang terjumpa A Aminah B Budak C cantik. Aminah Budak Cantik.

Anyway today I nak share dengan korang resepi nak buat bergedil untuk makan dengan soto. Kata Bapak, 'begedik'. Haha. Ni my version. Since forever inilah resepi I. Tak pernah ubah. It's either guna kentang sahaja atau masukkan ayam/daging kisar. Ikut suka korang punya selera. Yang I buat ni sebab Bapak request. Kata dia harini I kena buat 1 menu untuk berbuka. Bapak chemuih la nak makan ketupat waktu berbuka, sebab esok hari raya nak kena makan ketupat lagi. So I suggest la nak buat Soto Ayam. Bapak kata ok. Perrghhh tingat Kaklong punya resepi Soto Ayam. Sedap nak mampos kot? Nanti bebila I share dengan nkorang resepi dia eh? Kuah Soto Ayam Kaklong memang thorrrbaek. Kuah dia keruh sebab guna serbuk sup, buah keras and susu cair. Si Sazli semenjak dia makan Soto Ayam Kaklong dia memang memandang sepi la Soto Ayam orang lain. Lagi-lagi yang kuah jernih yang guna Sup Bunjut semata-mata. Siot la. Taip ni pon ailio I dah menjejes.

Bahan-bahan untuk membuat Begedil


Kentang dihiris nipis macam ni lepas tu digoreng. I suka goreng sebab rasa lagi sedap berbanding rebus. Lagipon kalau rebus nanti lembik la jadiknya begedil tu walaupon dah tos lama. Ni I guna 5 bijik kentang. Cukup la untuk kami makan 4 orang. Ni kalau buat 5 bijik kentang je dekat Jengka memang kuali kena terbalik dek Ayang and Along. Dorang kalau sekali ambik bgedil mau 10 bijik dalam mangkok. Jangan lupa letak garam sikit.





Bawang goreng. Ni saja I goreng lebih sebab esok tak payah buat bawang goreng dah. Bawang hiris nipis, basuh and tos. Masa goreng kena sentiasa kacau lepas tu guna api sederhana. Nampak garing je terus angkat. Tak payah nak tunggu bebetul garing dalam kuali. Kalau tak nanti hanget.


Lepas tu dalam bekas besar masukkan kentang yang digoreng lepas tu ditumbuk, bawang goreng, daun sup dan daun bawang dipotong kecik, sebijik telur, cube ayam dan lada sulah. Smalam tadek cube ayam so I masukkan serbuk cukup rasa. Pon boleh. This time kalau nak masukkan ayam/daging kisar also can. I tak masukkan sebab takde stok. Gaul hingga sebati. 


Bila dah sebati, korang bulat-bulatkan macam size guli. Nak besar pon boleh. Cepat sikit siap. Haha. I suka kecik-kecik macam ni sebab banyak sikit nampak. Yang jual dekat Bazaar Ramadhan harga singgit 1 tu, size dia ada sebesar penumbuk Shein. I tak suka macam tu. If korang nak penyetkan pon boleh. Ikut suka. Tadek sapa marah. Begedil je pon.

Dah siap tu, I masukkan dalam esbok. Jap lagi tinggal goreng je. Takde la bekuntau sangat dengan nak buat sup la, nak rebus ketupat segera la, nak racik ayam la. Jadik lambat. So jimat masa. Sazli suruh goreng malam tadi I buat dek je. Dia kalau dengan begedil, makan sepinggan macam ni pon tak cukup. Kang tak pepasal harini nak kena menggentel begedil lagi. Haha. Cicah ngan sambal kicap. Perrghhh perghhhh. Ada orang tak masukkan telur dalam adunan, cuma celup masa nak goreng nanti. Tapi kata Kaklong nanti berderai kalau tak masukkan telur.

Nak goreng tu kena minyak bebetul panas. Lepas tu jangan nak paling-paling macam buat cekodok pulak. Biar masak sebahagian, lepas tu baru alih belah sana. Kalau tak nanti hancur. Lagipon kalau paling-paling nanti soggy. Dah jadik begedil minyak pulak. Cecece cara pesan macam pro sangat je masak. Kah kah kah. Ala kasik chance la. Pada yang terliur dah boleh buat begedil kejap lagi. Korang tu bukan boleh kalo I share apapa resepi. Nanti ada je yang tingin. Ok la bye. Nak sambung tido. Selamat Berpuasa hari terakhir semua!

-eNd-

5 comments:

Unknown said...

Sedapnye...senang juga nk buat...bole la try nant..

Unknown said...

fuhhh sedap! saya suka begedil :D

Jeffri Rahman said...

mula2 cari info pasal nak join nuffnang, nampaklah blog ini as a 'Blogger of the month of May'. Syabas tuan tanah! Makin mahal nampaknya harga tanah di keliling kawasan secret garden ni..dan terbaca pulak entri pasal begedil ni..dahla memang minat begedil. Sekali lagi kelasss!!!

p/s: nak mintak resepi wade boleh tak? thehehe...serius ni..

!EFIL said...

Baru tahu pecah telur siap2 ok ok tq k su

NINA FARHANA said...

Jalanjalan cari rsepi begedil. Tq.nak try lah 😊

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1