Monday, July 6, 2015

Shein oh Shein

Assalamualaikum..

Bulan puasa ni jarang kan citer pasal Shein? Asyik citer pasal makan je. So takper la, today kiter bagi laluan citer pasal anak jantan Mama cowang ni. Weekend bebaru ni, 2 hari Abah babysit Shein dari pagi jejak ke malam sebab Mama bizi layan Atok shopping. Dari mandi, ke makan, ke tido semua Sazli setelkan. I tinggal nak tidokan dia jer. Tu pon tak jugak, sebab Shein yang tidokan Mama sebenarnya. Dia yang tepuk peha, sapu-sapu perut. Shein is romantic like that. Jangan jeles. Hahaha. Penat wooo melayan Mak shopping dekat KL. Skali la dengan De and Kaklong. On Saturday tu kitorang pegi Kenanga Wholesale dekat Jalan San Peng sana tu. Keluar rumah pukul 10.30am, sampai Kenanga parking dah limited. Ya Allah dorang ni datang sini pukul 8.00 pagi ke apa?

Kenanga ni ada 8 tingkat. Kitorang konon nak ukur dari Ground Floor sampai tingkat paling atas. Harap maklum, sampai tingkat 3 I dah ajak dorang balik. Mana ada apa sangat pon. Sebesar-besar Kenanga tu, yang I tengok ok sikit cuma kain duyung printed tu je. Biasa dekat Ampang Park I tengok dorang jual RM79.90, dekat sini if beli sehelai RM22.00, kalau beli 6 helai minima dapat RM16.00. Palotak la wei amek untung sehelai sampai RM64.00 eeee geram jer! Untuk Kaklong, lepas ni ko jangan ajak aku dah datang Kenanga ni. Grrrrrrrr. Nak patah pinggang rasa jalan lama-lama macam ni. Eh jap, tadi kata nak citer pasal Shein kan? Hahahahah. Ok ok citer pasal Shein balik.

Untuk bulan puasa ni, Shein sekolah half day je. Lepas Zohor, Baba and Maktok dah datang ambik dia dekat school. Usually, Mr. David if kitorang ambik Shein, dia takkan bagi kami do things for Shein. So dari ambik beg sekolah, lepas tu ambik water bottle letak dalam kocek beg, ambil kasut and pakai kasut Shein kena buat sendiri all alone. If dia ada mood Alhamdulillah semua setel, sekejap je. Siap hug and kisses the teachers lagi. Tapi kena hari dia tadak mood, kekadang sampai sedu-sedu dia kena buat semua sendiri. Pandang I mintak tolong tapi David cakap, ‘No Mommy, you have to let Shein do by his own. You just stay there’. Ada sekali, I sebak giler sampai meleleh air mata tengok Shein tak dapat nak masukkan water bottle dekat tepi beg dia. So dia menanges yang bengkok-bengkokkan kaki macam nak joget tu. Ya Allah. Tak kuat sangat hati I ni. Tapi takper la, biar dia berdisiplin and tak manja sangat.
Ni masa Sabtu yang dia buat perangai taknak duduk dekat meja time kitorang nak berbuka dekat Johny's Alpha Angel Wangsa Maju. So, Sazli bawak dia naik dekat tempat permainan dekat atas tu. Happy la dia.




Time ni Maktok tengah tumbuk bawang nak buat sambal ayam dekat Sazli untuk sahur. Shein sebok nak tolong. Datang-datang terus kongker lesung batu. Dia suruh Maktok bangun, lepas tu dia yang take over. Boleh?

Yes. Shein memang tantrum, kaki manja, kuat merajuk, jenis ikut kepala dia je. I taknak compare dia dengan bebudak sebaya dia. Takper la. For me it’s ok. Ini bahagian masing-masing la. Asalkan dia sihat mental and fizikal dah syukur sangat dah. Apapa pon semua depends on his mood. Sebab tu nak bukak puasa dekat luar dengan kawan-kawan, I dengan Sazli fikir 10 kali kot? How if Shein moody and cranky and buat orang lain also tak selesa? I taknak spoil mood by that. So baiklah duduk dekat rumah je, bukak puasa dengan family. Masing-masing dah tau nak take part. Kau tengok muka aku, aku tengok muka kau. Kekdah dia macam tu.

Sazli tu kekadang dah naik phobia nak bawak Shein jalan-jalan makan dekat luar. Sebab Shein punya perangai ni laaaaaaaaaaa. Muka dah comel, rambut dah kenting, ketiak dah masham, nama dah Shein, tapi perangai manja yang semua nak ikut kepala dia tu nauzubillah and  as manusia biasa yang bulan puasa ni semestinya lapar, I rasa memang kekadang nak je cubit dia. Tapi sabar… Shein pulak jenis kalau I tepis dia, dia tepis I balik. Dia bajet orang ajak lawan. Sebab Shein suka main himpap-himpap. Sakit la badan. Dia dah la namblas kilo!

Pasal perangai tantrum Shein, imagine, tengah tunggu nak makan time tu la dia tantrum nak keluar kedai. Macam masa bukak puasa Sabtu lepas dekat Johny’s, dah semua orang pandang dia. Mana tak, dia menggelupur buat badan lembik tu. Dukung taknak apa taknak. Sazli kalau nampak macam tu, dia dulu ambik Shein. Suruh I makan dulu. Sometimes, bila letak dalam stroller payung dia tu, dia diam la. Tapi bila dia dah bosan nak tau Shein buat macam mana? Dia berdiri je dari tempat duduk stroller tu. Kan ada belt? So dia tak dapat la nak keluar. Tapi pedulik ke hapa dia? Dia jalan je dengan stroller masih attach dekat badan dia. I dari nak marah terus ketawa. Hahahaha. Ngek la Shein ni. Dalam pada geram dia mengacau makan time berbuka, tapi bila dia elok duduk depan tv layan Upin Ipin, terasa sunyi pulak. Dok panggil dia ajak makan sama. Ituler. Ada geram, tadek sunyi.

I tanya Kaklong, bila Shein nak ok and behave. Kata Kaklong masa dia umur 6 tahun. Maknanya sekarang tak masuk 3 tahun lagi, so lagi 3 tahun lebih lagi la T____T  Matila.


-eNd-

1 comment:

intandayani said...

Bertabah la mak..hahaha dapat bayangkan layan ank camni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...