Assalamualaikum…
Pejam celik, harini dah Ramadhan yang 19 kan?
Sekejap je rasa. Seronok la rasa bulan Ramadhan ni. Hari-hari rasa macam ada
yang kiter tunggu-tunggu. Best kan? Bila dah nak masuk 10 hari terakhir rasa sayu
pon ada. Sazli la paling sedih, sebab Ramadhan is his favorite month. I also
suka tengok dia always occupied. Dari pagi bangun nak pergi kerja, siapkan
Shein, balik kerja beli Murtabak Abang Azhar dekat Ampang Jaya, berbuka,
bersiap ke trawikh, moreh dengan abang-abang dekat bawah ni lepas tu baru balik
rumah. Everyday kalau tadek apapa program bukak puasa dekat luar, macam tu lah
routine dia. Now dah masuk hari ke-19, sekejap je rasa kan? I pulak risau
tengok dia takot dia exhausted ke apa tapi Sazli cool je.
Semalam masa timbang berat badan dia, tak sangka
dia dah lose 12kg! Perrrrghhhh. Ko tengok orang jenis tak pungpang pasal diet,
running exercise mengaku athlete semua (macam I). 3 bulan turun 12kg hoi! Now
Saz dah get back dia punya berat asal masa sebelum kawen dengan I. 84kg
perrrghhhh perggghhh perrrghhhhh. Saz memang jaga makan dia. Untuk bulan puasa,
dia berbuka dengan murtabak and air. Lepas moreh baru dia jamah makanan berat
sikit but definitely dia avoid ambik nasik. Sahur then only dia makan nasik but
small portion. Kata Sazli, ambik nasik masa sahur dia ada la energy. Rokok pon
I peratikan dia memang kurang dia hisap. Perut pon dah susut. Muka pon dah
kurus. Eh. Hensem pulak. Hahaha.
Rahsia dia simple jer. Jaga makan, avoid nasik and
lari. Masa sebelum puasa, konsisten Sazli lari dalam 5-6kilo seminggu at least
3 time. I ingat lepas raya pon I nak buat yang sama la. I ni kekadang sampai
nak pitam diet, tengok turun 6kg je. Yang Sazli selamba turun 12kg. Cibet
sungguh! I nak menjadikkan Saz idola I la. Kata la dapat balik angka depan 5
pon I dah syukur which I kena turun lagi 5kg. Dapat 58-59kg berat, I agak I
jalan guna lobang hidung sebab poyo. Hahaha. Ko nampak niat dari awal untuk
belagak, mana la Allah tak marah. Hahahaha.
BTW, harini I nak share la gambar makanan. Sian kat
korang. Semua meroyan je bila I tak citer pasal makan. Kan? Ni teaser je ni.
Ada lagi 6 gambar lagi. Tapi today I nak share only dua. Ni yang I makan
semalam dekat G3 Kitchen & Bar dekat Jalan Telawi 3, Bangsar. Ad-hoc plan,
tetiba petang tu I boleh join Nadia + bridesmaid Iftar dekat Bangsar. At first
ingat tak boleh join sebab GF ada dekat KL, tetiba dia nak balik Ahad jugak.
Dah rindu ayam, kucing dengan bunga dia. Sabar jer la. So boleh la join IFTAR
ni. Masa nak parking dekat Bangsar Village, I terbangang-bangang je. Sebab
Bangsar bukan I punya territory. Sini semua ongkaya. Kiter rakyat marhaen je.
Parking memang hazabedah zabedah sabariah maimunah. Becinta la nak dapat
parking. Restaurant pon belaka-belaka full house. Semalam masa lalu kat kedai
Daun Pisang Nirvana tu, I sikit lagi nak nanges sebab terliur. Hahaha.
Tapi dekat G3 ni pon best. It’s Italian Restaurant.
I paling suka dia punya Squid Ink Pasta. Sedap la. Nak ambik banyak macam
segan. Semalam 7 of us dapat get together. Jaja je takde. Kitorang order je
apapa nak makan, lepas tu share. Semua ambik main dish. Harga tak la mahal
sangat untuk restaurant macam ni. Ala-ala harga Alexis. 7 of us makan+minum
dalam RM360.00 jer. Sorang RM50++ jer. Korang kalau datang Bangsar, tingin nak
makan Italian Food boleh singgah sini ok? Halal semestinya. InsyaAllah.
Murah! Orang bayam buat masak air, ko buat
pizza. Tapi sedap Pizza ni. Tetengah dia ada telur. Kuning dia cair, I dah nak
tikam dah. Skali Nadia ckp jangan pecahkan kuning tu, dia tak suka. Terus tarik
garpu. Pizza Itali memang best. Sebab tepung dia tu tak tebal macam Pizza Hut.
Korang kalau nak rasa different taste of Pizza boleh la try yang ni. Ok? Ada
rasa creamy sikit. Just nice pada tekak I. I bagi 5 bintang! Keep up the good
work! (Tetiba)
Ni
la Squid Ink Pasta. Harga dia RM35.00.
I suka la spaghetti ni. Yang squid ink cuma pasta
dia jer, gravy dia tak squid ink. Kalau spaghetti hitam tu I meloya sikit.
Tingat masa makan dekat Venice dulu, sikit lagi I nak muntahkan balik dalam
pinggan. Pakkal la orang ramai ada dekat keliling. Spaghetti ni sedap! Kuah dia
rasa macam marinara. Dalam dia banyak seafood and clam dia pon fresh je semua.
I makan bruschetta cicah dengan kuah dia. Buat macam cicah cekodok dengan
sambal. Saja buat perangai kampong. Hehe.
So, cukup 2 je gambar untuk setakat ni. I taknak
dera korang sangat. Nanti esok lusa, I share la the rest ok? Lepas tengok
gambar ni, confirm ada yang tingin nak makan pizza dengan spaghetti marinara. Korang
tu bukan boleh caya. I letak apa pon gambar makanan, semua nak tingin. Untuk
orang Ampang kalau nak makan Italian Food yang sedap boleh pergi La Risata.
That is one of my favorite jugak tu. Tapi bila tingat makan squid ink risotto I
nak meloya. Time tu punya nak poyo dengan Intan, I pudat-pudat jugak dalam
mulut. Padahal punya la seksa nak telan. Hahahahaha. Anyway, kalau tingin nak
makan dekat G3, below is the address ok?
G3 Kitchen & Bar
No. 19,
Jalan Telawi 3,
Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
03-22828019
-eNd-
No comments:
Post a Comment