Tuesday, August 4, 2015

Apa Yang Kau Makan?

Assalamualaikum..

Jom tengok diantara makanan yang I layan sepanjang tempoh seminggu ni. semua ni sedap! Bila fikir balik apa yang I makan rasa macam kejamnya pada diri sendiri, tapi sebab menggunakan kaedah 1 bijik lemon 1 hari, so dia macam ada back-up la kekononnya. Ni teori I sendiri je ni. Kengkonon kalau makan macam jilake disiang hari dan disudahi dengan minum pure juice dari sebijik lemon sebelum tido sampai ngilu-ngilu gigi, so semua lelemak babat babi kena absorb, hati ada tenang skek la. Hahaha. Pesan I, kalau nak buat rejim lemon ni kena istiqomah. Baru nampak kesan dia. Ok? And malam jangan makan apapa dah. Kalau nak makan jugak, ikut suka kau, yang gemoknya diri kau sendiri bukan I. Paham?



Ni Kari Ayam dekat Ampang Park yang Kedai Laksa sedap tu. Thorbaek! Sama macam Kari yang Kaklong buat kata ko! Makan dengan roti perrrgh perrrrghhhh. Tapi tadi masa Izy order kari ni tetiba I suruh dia order nasi putih. Padahal I dah makan Laksa. Habes pulak tu satu mangkok. I sangat hebat. Yesss!!!

Yang ni Sizzling Mee dekat Food Court Giant Melawati. Amek Mee, jangan ambik yee mee. Sebab yee mee bagi I ada weird taste. Dia kill the taste of gravy. Gitu. Jangan lupa mintak extra ayam (RM1.00) also black pepper. Tulur sekali. RM7.00 jer pon. Makan panas-panas sekali dengan cili potong. Punya la sedap sampai konsep dia, ‘Don’t call my name masa I tengah makan’. Gitu.




Ni sapa tak kenal. Lontong Goreng Fikcles. Malas nak explen apa. Kau kejam kau kejam!




Nasi Kandar dekat Subri Keramat. Dalam dia ada Ayam Goreng dengan Daging masak gulai. RM10.50 sebungkus. Sedap gilersssss!!

Yang Nasik Kandar tu, I dah makan kulit ayam garing tu, baru ingat nak amek gambar tu yang nampak dalam gambar togel je. Hahahaha. Portion Nasi Kandar ni memang makan untuk 3 orang. Intan, Dyba dengan I makan tak habis. Izzah makan habes. Dia memang terror giler. Sampai nak meletop perut Izzah I tengok. Si Intan pulak tamak, padahal I dah bagi dia at first, lepas tu dia mintak tukar nak yang bungkus besar. Hahahaha. Tak habes jugak pon. Yang Dyba pulak semalam puasa, lepas tu tak tahan bau sebab dia yang tukang distribute Nasi Kandar ni pada semua staff dengan I. Dapat pulak kawan-kawan macam syaiton menghasut suruh bukak puasa maka Dyba pon tertewas. HAHAHAHAHAHA. Nasik Kandar ni boss I yang belanja. Tenkiu boss!

Minggu ni memang jimat la dekat office. Almost every day ada makan free. Tadi kitorang pergi Ampang Park, beli sekali buah cocktail dengan susu cair. Nanti nak buat Khamis ni. Susu beli sampai 10 tin, aku pon tak paham nak buat minum ke nak buat mandi. Khamis ni makan Nasi Ambeng, Jumaat ada jamuan dekat office lagi. Woo hooo!!! Bestnya gemok!!!! Kbye.

-eNd-

2 comments:

Anonymous said...

gulai ayam is my favorite la..terliur tengok...

farae al-farafisya said...

Oh my, sedap gila nasi kandar tapau bungkus dlm kertas!
susah sgt nak jumpa kedai yg bungkus cenggini...