STICKY POST
*Please scroll down for new entry*
Assalamualaikum..
Pada 6 Ogos 2015, bertempat di 1 Utama
Petaling Jaya, I berkesempatan untuk join siri jelajah the ‘Future of Safety with Ford’. Sebenarnya.
tujuan Ford menganjurkan siri jelajah ni adalah untuk meningkatkan kesedaran
orang ramai mengenai tabiat pemanduan yang selamat, serta mengajak pengunjung untuk
memandu dengan selamat demi mereka yang tersayang. I admit, lepas I join team
Ford and spend 40 minutes with them, I rasa lebih bertanggungjawab untuk menjadi
pemandu yang berhemah dan mementingkan ciri-ciri pemanduan yang selamat diatas
jalan raya serta I sangat tertarik dengan technology dan ciri-ciri innovative yang
mampu memberi manfaat kepada pemandu dan penumpang yang terdapat pada kesemua
model-model Ford yang terbaru.
Siri
jelajah ‘Future of Safety with Ford’
ini menampilkan sekumpulan pakar dari Ford yang berkongsi nasihat dan topik berkaitan
keselamatan pemandu dan penumpang dan menitik beratkan soal keselamatan
kanak-kanak yang sering dipandang remeh oleh pengguna jalan raya di Malaysia.
Mr. David
Westerman, Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun
Asia Pasifik, Ford Motor Company memberi penerangan kepada kami tentang tujuan utama siri jelajah ini diadakan. Kata Mr. David Mesterman, “Keselamatan jalan raya merupakan satu isu yang
sangat serius. Dengan membawakan siri jelajah ini ke Malaysia, kami harap dapat
berhubung dengan rakyat Malaysia, sekali gus berbincang mengenai gaya pemanduan
lebih selamat, meningkatkan kesedaran berkaitan aspek keselamatan kenderaan, di
samping mendidik mereka supaya membuat pilihan bijak untuk diri sendiri dan
buat mereka yang tersayang,”
Lepas habis sahaja penerangan dari Mr. David Westerman, kami terus dibawa untuk menyaksikan dengan lebih dekat bagaimana Team Ford melakukan ujian keselamatan pemandu dan penumpang serta ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada kesemua model Ford yang terbaru. Waktu ni, penonton yang terpilih berpeluang untuk mengaplikasi tip-tip dengan mencuba sut-sut yang direka khas oleh Jurutera Ford untuk memenuhi keperluan pemandu yang mengalami masalah mobiliti spesific seperti 'Empathy Belly', serta 'Sut Warga Emas'. Sut-sut ini memberi gambaran sebenar macam mana keadaan Ibu mengandung dan warga emas memandu dan menjadi penumpang. Part ni memang fun habes!
Sut yang dipakai oleh penonton ini memberi gambaran sebenar macam mana keadaan seseorang ketika mabuk dan memberitahu penonton bahayanya memandu dalam keadaan mabuk kepada pemandu dan penumpang. Ada pemberat dekat kaki dengan tangan serta cermin mata khas yang memberi visual kabur. Nak jalan straight pon tak boleh macam mana la boleh memandu kan?
Yang ni pulak, seorang penonton mencuba 'Empathy Belly', iaitu keadaan sebenar kepada seorang wanita yang sarat mengandung. Suit ni terdiri daripada 'payudara wanita mengandung', dua biji bola 3.4kg setiap satu yang mewakili anggota badan dan janin, berat terampai 0.9kg yang meniru pergerakan janin serta poket pundi seberat 2.7kg yang dipasang pada bahagian bawah perut sebagai simulasi kepada kepala bayi ketika ia berehat dan memberi tekanan pada pundi.
Disini I sertakan sekali Tip Pemanduan Selamat Ketika Mengandung.
- Pakai tali pinggang keledar dengan betul. Pastikan tali pinggang keledar diletakkan dibawah abdomen dan merentangi pinggul anda. Tali dibahagian bahu perlu berada di atas payudara.
- Gerakkan tempat duduk kebelakang untuk mendapatkan jarak yang selesa ketika memandu. Baringkan tempat duduk juga boleh membantu. Langkah ini boleh melindungi perut anda jika beg udara diaktifkan.
- Letakkan sebiji bantal berbentuk bulat atau gulungan tuala untuk menyokong bahagian bawah belakang anda bagi meningkatkan keselesaan ketika memandu
- Berehat jika penat. Gerakkan kaki anda perlahan-lahan, pusing buku lali dan goyang-goyangkan ibu jari kaki bagi mengelakkan kaki membengkak kerana kurang aliran darah.
- Sekiranya menjadi penumpang, tempat duduk belakang ialah tempat yang paling selamat. Jika duduk dihadapan pastikan kerusi ditolak kebelakang sejauh mungkin.
- Bawa kad rekod kehamilan kemana sahaja yang lengkap dengan maklumat perubatan, keputusan-keputusan ujian dan nombor-nombor kecemasan.
Kakak ni pulak mencuba 'Sut Warga Emas'.
Suit ini terdiri daripada palam telinga yang menghadkan pendengaran, cermin mata yang menunjukkan kesan penyakit mata seperti kataraks dan glaukoma, binaan kyphosis yang menghasilkan postur membongkok, pelindung leher yang menghadkan jarak pusingan kepala, pendakap pada siku yang mengurangkan pergerakan dan menghalang pemakai untuk memegang dan mengangkat barang, jaket yang memiliki berat 10kg untuk menghadkan pergerakan dan fleksibiliti, sarung tangan khas yang menunjukkan rasa sentuhan yang terhad untuk pesakit diabetes serta sarung tangan tanpa jari yang untuk merasa tangan yang tidak bertenaga, pendakap dikaki untuk menyukarkan untuk berdiri dan menghadkan pergerakan serta beban pada bahagian kaki untuk kesukaran mengangkat kaki yang biasanya menghalang warga emas daripada menggunakan pedal.
'Sut Warga Emas' ini dibangunkan oleh Ford dan direka khas untuk mengurangkan pergerakan untuk dipakai. Ia membuatkan pasukan jurutera dan pereka muda agar lebih empati kepada keperluan warga emas. Sut ini juga membantu mereka untuk membentuk kenderaan yang lebih selesa serta mudah digunakan oleh warga muda dan warga tua.
Kami dapat memerhatikan dengan lebih dekat bagaimana keadaan ibu mengandung dan warga emas memandu dalam keadaan sebenar. Cantik kan Ford Mondeo ni?
Ford Motor Company kini merintis jalan dalam membangunkan teknologi-teknologi keselamatan aktif dan pasif, serta teknologi bantuan pemandu aktif demi manfaat jutaan pelanggannya pada hari ini. Inovasi-inovasi ini merupakan langkah penting untuk pemanduan akan datang. Diantara inovasi-inovasi yang telah dikongsikan oleh Team Ford pada siri jelajah '‘Future of Safety with Ford’ ialah:-
- Tali Pinggang Keledar yang boleh dikembungkan
- Patung Pelanggaran termaju
- Mykey
- Bantuan Radar
- Active City Stop
- Curve Control
- Lane Keeping Technology
- Active Park Assist
- Pintu Belakang Bebas Tangan
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web media.ford.com. Dekat situ ada keterangan yang lebih terperinci bagaimana kesemua inovasi tersebut berfungi. Seriously I sangat tertarik sangat dengan teknologi yang terdapat pada model terbaru Ford. Rasa macam nak beli Ford Mondeo ni esok jugak.
Next, para pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman dan demonstrasi FORD SYNC 2 yang membolehkan pengunjung kekal berhubung, pada masa yang sama kekal fokus diatas jalan raya.
Ford memperkenalkan tali pinggang keledar yang boleh dikembungkan untuk meningkatkan pelindungan penumpang ditempat duduk belakang. Produksi ini buat pertama kalinya diperkenalkan dalam industri automotif.
Menerusi simulasi dan media interaktif yang menyeronokkan, kami belajar bagaimana ciri-ciri teknologi yang canggih dapat membantu pemandu berdepan dengan kondisi trafik yang mencabar.
Active Park Assist - Menggunakan sistem pengesan berasaskan ultra-sonik dan sistem bantuan kuasa elektrik (EPAS) so kalau kiter nak park kereta, sistem ini akan mengawal serta mengemudi kenderaan masuk ke parking bebas tangan. Teknologi PALING mendapat tempat dihati I sebagai pemandu. Senang sangat. Tak perlu dah nak beluh-peluh ketiak sebab susah nak agak jarak kenderaan depan dan belakang. Life so much more fun and easy with FORD.
Active City Stop - Direka untuk membantu mengelakkan berlakunya pelanggaran pada kelajuan rendah (bawah 30km/j). Dalam ujian-ujian yang telah dijalankan, sistem ini secara konsisten berjaya menghalang pelanggaran dimana perbezaan kelajuan diantara kedua buah kenderaan adalah sekitar 15km/j atau kurang. Bagus kan? Lepas ni takde la dah situasi 'cium kereta depan'.
Lane Keeping Technology - Direka untuk memastikan kenderaan sentiasa berada dilalulannya. Apabila kenderaan keluar dari laluannya secara tak sengaja, Lane Keeping Technology akan memberi amaran kepada pemandu menerusi getaran pada steering. Labe Keeping Technology akan membawa technology ni jauh kehadapan dengan menggunakan kuasa tork pada stering untuk memimpin kenderaan kembali kelaluannya. Biasanya off-lane ini jadi kalau kita memandu dalam keadaan mengantuk. Bagus kan teknologi ni?
Hands Free Tailgate / Pintu Belakang Bebas Tangan - Boleh didapati pada model Ford Kuga. Alat-alat pengesan membolehkan anda menggunakan pergerakan kaki untuk membuka [intu belakang tanpa sentuhan jari. Anda tidak perlu lagi mencari-cari kunci atau meletak barang sebelum memasukkannya ke dalam kenderaan.
Turut dipamerkan
ialah MyKey, teknologi pertama dalam industri itu membolehkan pemiliknya
memprogramkan kunci untuk diri sendiri atau pemandu lebih muda. MyKey berupaya
menghadkan kelajuan, mengurangkan volum maksimum sistem audio, mematikan radio
sehinggalah tali pinggang keledar dipakai, serta menghalang penyahaktifan
teknologi keselamatan dan bantuan pemandu.
“Para jurutera kami
meletakkan diri mereka sebagai pengguna bagi lebih memahami kehendak seorang
pemandu dan penumpangnya. Dari situ, mereka mula membangunkan ciri-ciri dan
teknologi yang dapat menjadikan pengalaman di atas jalan rata lebih selamat dan
pintar"
Ini ialah Mr Pete Hardigan. Pengarah Kejuruteraan Kelestarian, Alam Sekitar dan
Keselamatan, Ford Motor Company, Asia Pasifik.
Mr Pete berkata, dalam beberapa tahun akan datang, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem komunikasi 2 hala V2V. Sistem ini
membolehkan kenderaan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain tentang
aspek pemanduan dan kondisi trafik, biarpun ketika kenderaan itu sudah jauh
dari pandangan. “Dalam jangka masa
lebih panjang, kami harap dapat melihat penggunaan sistem V2I yang lebih
meluas. V2I membolehkan kenderaan berkomunikasi dengan infrastruktur dan sistem
pengurusan trafik. Hasilnya, jalan raya akan menjadi lebih selamat, aspek
mobiliti boleh ditambah baik serta emisi dan penggunaan bahan api dapat
dikurangkan.”
Ok, lepas dah siap 'tour', masa untuk I tengok model-model Ford terbaru yang dipamerkan pada hari tersebut. Diantaranya ialah Ford Mondeo, Ford Fiesta dan Ford Focus. Semua cantik-cantik. I paling tertarik dengan Ford Mondeo. Dalam dia very spacious and design sangat elegant.
Ford Mondeo dari pandangan depan
Ford Mondeo dari sisi
Cantik sangat Ford Mondeo ni. Paling penting, ciri-ciri keselamatan yang ada didalamnya seperti yang I cerita panjang lebar dekat atas tadi disamping reka bentuknya yang sangatlah menarik.
Ford Fiesta
Amboi Sam. Dah macam model dah. Yang ni Ford Focus.
Lepas dah habis tour, kami dijemput untuk tandatangan dekat wall ni sebagai sokongan kepada Ford - I Pledge To Drive Safe.
Terima kasih Ford kerana telah membuka mata I untuk menjadi pemandu yang lebih berhemah serta berkongsi teknologi dan inovasi-innovasi terkini yang terdapat pada kesemua model terbaru dari Ford. Untuk maklumat lanjut,
bolehlah korang layari website http://www.ford.com.my/.
-eNd-
4 comments:
OMG Kak Su, Sam nie look ugly.. HAHAHAHAH.. =P
Sammy : Nooooo, you look good!
terus tetiba verangan nak beli ford tgk sangat bagus ciri keselamatan..lagi2 yg parking tu. kikiki
OMG KAK SU... U LOOK SO PRETTY WEARING SHAWL IN THAT STYLE... IGTKAN RETIS MANA TADI :)
Post a Comment