Friday, August 14, 2015

White Peach and Uni at Ozeki

Assalamualaikum..

Saiko giler pepagi I Google gambar buah Peach dengan Peach Picking dekat Japan sebab semalam aaaarrrrr punya pasal. Semalam masa makan dekat Ozeki, dorang rekemen makan Peach Salad. Bapak la sedap ok? Buah peach tu ialah yang TERPALING sedap I pernah rasa! It’s white a peach from Japan. Kata dorang peach ni setahun sekali je ada. Memang musim dia setahun sekali je pun. Sebab tu rasa dia sangat lah manis, sangat la sedap dan wangi. Urrrggggghh taktau nak put into words macam mana sedapnya peach semalam. Nikmat dunia Allah bagi makan buah peach yang sesedap ni, Alhamdulillah.. Untung la sapa duduk Japan boleh petik buah peach ni dekat ladang.

Actually that is one of my dream. I dah cakap dekat Sazli, please one day bawak la I petik apple, orange, anggur or peach dekat ladang mana-mana dekat oversea. I teringin sangat-sangat. Nanti bulan 10 pergi Korea, I nak cari la mana-mana ladang buah yang dekat (accept strawberry), if sempat I nak pergi jugak petik buahhhh. Bukan nak makan sangat pon, tapi macam syok giler. I kalau dalam tv ada iklan orang petik apple/orange or tengok dalam AFC ada orang petik lemon bergenang air mata. Memang teringin sangat. I sangat simpati pada I. I harap Bapak, Mak and Sazli akan tunaikan permintaan I nak petik buah ni one day. (Tetiba semua orang dah kena drag masuk dalam ini cerita) Hahahaha.


Peaches


Sedapnya kalau dapat makan fresh from tree


Tumpang pinjam gambar minah Jepun ni. Besar ni la semalam peach yang kitorang makan. Sebesar tapak tangan kata ko!


Semoga one day dapat la petik buah peach dari pokok yang macam ni.


Ni la white peach yang bermusim dari Japan. Sama macam yang I makan semalam. *telan ailio


Peach Salad dekat Ozeki. Simple je, tapi sebab peach tu sedaaaap maka salad ni pon terus jadik sedap.


Uni Sushi dekat Ozeki, dah rompong skek sebab Sarah nak rasa secoet.

So, semalam I makan Uni Sushi ni. this time, I menikmati Uni ni betul-betul. Telan slow-slow and kunyah. I found that, I suka Uni ni. Rasa dia lemak sangat. Tadek pon fishy ke apa. Fishy lagi telur ikan yang besar-besar tu. Uweeek! Ada yang describe Uni ni macam rasa longkang and air kencing. LOL persoalannya pernah ke rasa air longkang dengan air kencing? Memacam sangat perangai masing-masing. Hahahaha. Ni dekat Ozeki, harga dia seketul ni RM30.00. Ada Readers dari Sabah cakap, dorang makan uni ni macam ulam je. Sebab murah! Senang nak dapat pulak tu. Takde la sampai beratus harga macam dekat KL ni. Actually semalam ada la Uni sashimi, tapi tengok harga sampai RM160.00 tak sampai hati pulak nak makan.


Matcha Ice cream with Red Bean

Semalam makan banyak sebenarnya. Bento yang siap macam ada rumah, ada atap semua. Macam main pondok-pondok pon ada tapi kena la behave, makan dengan boss, beria nak amek gambar nanti kang perangai original people sangat kan? Hahaha. Tapi apapa pun, hero of the day is definitely ‘WhitePeach la’, sedap giler hoi! Kepada yang teringin, padan muka diucapkan. Kalau korang merajin nak cari, pergi la Isetan. Maybe dekat sana ada. Sebijik RM20.00-RM30.00 memang sudah pasti tapi sekali makan, korang akan terus mereng macam I. Sebab seeeeeddddaaaapppp giler! Sekian, terima kasih.

-eNd-

3 comments:

safurara said...

alamak, mengidam sejenis apa ni.hehe.nmpk sedapnya buat peach dr pokok.salam kenal =)

SP N said...

Mmg sedap giler...last week i balun 4 bijik terus..muahaha.. pastu nampak peach jepon yg kaler kuning..sebijik je dah rm45 kt isetan klcc...bapak sekali ganda mahal dr yg white peach tu..tp rs bese2 je..mmg sejak mkn peach jepun ni peach bese i pndg sipi2 je..ecece.. sekian..(stalker blog u yg dh lame=p)

aishah zaharin said...

aaaaaargh! peach tu memang sedap. last 2 weeks makan dekat ozuki jugak, dia offer rm48 hinggit sebijik. i baru balik dari jepun, duduk sana setahun, peach tu murah je kat sana. n memang sedapp sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...