Assalamualaikum…
Happy Birthday in advance to Izy yang ke -27 (Omg muda
giler!) Birthday dia sebenarnya 9 August. Ahad ni. Asssemoga Izy…. Semoga panjang
umur, murah rezeki, menten kurus and jodoh sampai dalam masa terdekat. Jual mahal
sikit takpa, baru exclusive and rare gitchew. Game nak ngorat ni kena mantop.
Jangan risau sebab kawan-kawan ada banyak tips nak handle lelaki ego macam
mana. InsyaAllah sukses! Hahahaha. Tapi tips dari Intan jangan pakai. Sebab dia
jenis cepat goyang. Day-1 dah berjaya eksyen, masuk hari kedua, sekerat hari dia
dah tewas. Acane? Hahahaha. So harini macam biasa, kiter buat la sessi
photoshot dengan camera iPhone Dyba and pakai monopod. Dah setarap Bangla dah
amek gambar bersuka ria dekat KLCC Park tadi. Kahkahkah.
Paling banyak komplen and banyak ‘masalah’ sapa
lagi kalau bukan Intan. Panas la, basah ketiak la, nak terkencing la, jalan
kaki jauh la. Terus dapat gelaran ‘Mak Datin’. Tema kami kali ni ‘maroon’,
SEBAB Intan kata baju raya dia kaler maroon so tema maroon la harini. Kebetulan
harini kan kami ada sambutan hari raya dekat office so semua kena pakai baju
kurung/kebaya. So beria la dalam group bincang nak pakai kaler apa. Intan tu
memang, orang punya birthday dia yang sebok tentukan warna apa and nak makan dekat mana.
Tu yang Dyba menyentan tu. Dyba pon sekarang dah sama naik dengan Intan, asal
tak puas hati maka keluar la suara jantan. Dengan Sarah dah pandai melawan.
Sabar ajer la.
Memula dekat office kami pakai guna DSLR Izy, tu
yang gambar cantik. Si Izy la tukang ketua amek gambar sebab dia je tau macam
mana nak setting henpon dekat monopod and pakai Bluetooth shuttle tu. (I saspek
dia ni lelaki yang terperangkap dalam badan pempuan). Dia pegang monopod tu and
buat scan dekat tanah macam nak scan emas. Bangang. Hahah. Ikutkan ada DSLR tapi
masa sessi photo-shoot tak boleh guna sebab sapa nak jadik tukang ambik? Dari Menara
Felda – KL Park – Traders Hotel and minum coffee and makan tiramisu dekat OnTheGo and balik Menara Felda by Taxi. Kena
RM12.50 ye? Padahal sekentut je jarak. Dekat meter tulis RM6.25 je pon.
Berlatar belakang Office kitorang. Izzah mata mana Izzah?
Ni dekat area KLCC Park. Tu beg Sarawak tu tempat isi segala mala purse and henpon. Intan tugas tukang usung beg tu.
Intan dia memang memula dekat belakang, bila nak snap gambar je tetiba dia ada dekat depan. PALING DEPAN.
Izzy cakap, 'Buat bulatan semuaaaaaa'. So ikutkan ajer.
Tetiba Dyba berdiri sorang-sorang dekat belakang. Haha.
Berebut-rebut nak duduk paling depan. Si Dyba tunjal-tunjal je kepala Intan kalau dia tak puas hati. Hahaha. Sarah pulak selalu ketinggalan. Kang nanti Intan jerit, 'Sarah mana Sarah???', padahal Sarah dekat sebelah dia je. Dia taktau Sarah punya tektik nak duduk depan jugak. Diam-diam je dia.
Time ni Izy bagi arahan, 'Duduk jauh-jauh', Intan macam biasa tak boleh nak made up mind. Kejap nak depan, kejap nak belakang. Huru-hara!
Wow, Intan and Sarah macam model catwalk posing. Baju dah lawa, sekali beg 'Sarawak'. Haha. Time ni hingaq giler, macam kera masuk bandar. Original people sangat perangai.
Amboi
Dah sampai 'On The Go', coffee house dekat Traders Hotel. Birthday girl yang belanja SEMUA.
Tiramisu
Strawberry Yogurt
Birthday girl, Izy!
Semua dah kenyang so minum je, dessert kongsi-kongsi. Macaroon yang 2 ketul tu jugak yang bebudak ni berebut.
Happy Birthday Izy!
Kitorang naik Taxi jenis Serena yang letak vontot
je dah kena RM6.00. Takper la, takyah komplen bayar mahal ke apa sebab semua
perbelanjaan harini Izy yang belanja. Konsep untuk birthday Izy, sapa punya birthday dia yang bayar
semua. Tapi konsep ni only applicable untuk Izy seorang je. Kitorang
tak payah. HAHAHAHA. Dah jom tengok gambar yang kitorang ambik.
I duduk depan masa ni. Memula rebut dengan Intan. I dah naik dulu, pastu Intan nak duduk depan jugak. Pastu Abang Hotel cakap, "Depan sorang je boleh duduk', Hahahaha.
Actually kitorang tak cukup corum. Sebab Kaklong
tadek. Dia kan dekat Balai Felda lagi? Sian dia, asyik ketinggalan je. Masa
birthday Kaklong haritu pon tadek photoshot. Lekas la pindah Menara
Kaklonggggggggg. Cian dia cowang-cowang dekat sana. Ni kalau ada Kaklong ni,
mau terkencing dalam seluar la kitorang sebab Kaklong kan suka buat lawak
bangang. Anyway, I mewakili izy (Memandai-mandai macam biasa) nak ucapkan
terima kasih kepada Dyba, Intan, Sarah and Izzah sebab sudi basah ketiak
sama-sama menjayakan photo-shoot ala Bangla sempena Birthday izy ni. Ni kalau
Azwan Ali nampak kami usung monopod ni, mau dia bunuh diri sebab dah setarap
dia. HAHAHAHAHA.
-eNd-
Ni gambar indoor dekat Office guna DSLR Izy. Tapi I edit la sebab nak masukkan dalam Instagram I.
4 comments:
so cantik.. Intan suka sangat konsep warna baju kita ni... next besday kak su... kita pakai baju warna kuning jagung...
Happy bekeday Ize.. Assemoga!!!!
happy bday IZZZY!!!
thn depan bday dyba kena buat photoshooot jugak.. bday dyba sorg je xda photoshoooot :(
happy birthday IZZY ! =D
Anna Dayana : APER HAL PLAK????? Birthday kaksu, kasku la decide. grrrrrrr
Dyba Dbuh : sian dyba, lambat plak tu nak tggu tahun depan. hahahahaha
Joannfoca : Izy said, tq
Post a Comment