Assalamualaikum…
Kepada sesiapa yang follow blog Safiyyah Osman
mesti ada baca pasal Adik Adam yang sekarang tengah struggle melawan penyakit ‘Kanser Neuroblasma Stage 4’. Usia Adik
Adam now is 4 tahun. Korang boleh baca kisah Adik Adam dan penderitaan dia di
sini, sini and sini. Dah makan setahun jugak Adik Adam sakit since Doktor
sahkan dia kena kanser ni last year. Walaupon dia punya progress nampak baik,
tapi sebenarnya harapan dia untuk sembuh adalah amat tipis, so selagi ada masa
ni, Mak Ayah Adik Adam memang nak bagi keselesaan pada dia setakat mana yang
mereka mampu. Tapi rawatan semua tu nak kena bayar bukan murah. Ayah Adik Adam
now kerja dekat JPJ and Mak dia dah kena buang kerja sebab banyak sangat cuti
untuk jaga Adik Adam.. Kesiannya…
Adik Adam start sakit awak tahun lepas
Imagine, Adik Adam disahkan kena kanser ni masa
usia dia 3 tahun. Allah… Tak sanggup nak bayangkan macam mana kalau semua ni
berlaku pada diri I. Mintak Allah jauhkan semua ni. Budak-budak sakit, mana la
sanggup kiter nak tengok. Sedang Shein kembong pon I sama naik nanges, inikan
pulak kanser. Berat Adik Adam turun mendadak masa dia memula sakit. Bayangkan
sampai dia mengadu sakit kaki tak boleh nak jalan. Budak-budak ni hati tulus,
mana la nak tau menipu kan? Selepas setahun dan menjalani beberapa rawatan
kimo, doktor sahkan yang saraf telinga Adik Adam dah rosak teruk. Disebabkan saraf telinga dia rosak, jadi Adik
Adam dah tak boleh nak bercakap dengan clear. And now dia dah tak berapa nak
dengar.
Keluarga Adik Adam. Dia disahkan kena kanser ni masa Mak dia dalam pantangkan adik dia. Bayangkan betapa kuatnya Mak Ayah Adik Adam nak face semua ni
Untuk membantu Adik Adam supaya boleh mendengar
semula, mereka memerlukan RM6,800.00 untuk buat dedua alat pendengaran untuk
telinga dia. Duit simpanan Mak Ayah Adik Adam pon dah berkurangan sebab spend
untuk berulang dari hospital ke rumah selang sehari untuk suntik nipogen. Ayah
dia pon dah buat permohonan untuk mintak bantuan dari majikan, tapi dah almost
3 months macam takde apapa progress pon. So dekat sini, sebagai masyarakat yang
prihatin, kalau ada sesiapa yang nak menghulurkan bantuan kepada Adik Adam
sekeluarga, korang boleh bank in sejumlah wang (seikhlas hati) untuk membantu
Mak Ayah Adik Adam beli alat bantuan pendengaran dan jugak untuk rawatan
susulan Adik Adam.
"Masa hari Adam test alat pendengaran tu, Mama Adam kemain seronok sebab Adam boleh cakap dengan jelas dan dengar dengan jelas. Berkobar-kobar dia balik cerita ke aunty piyah,acu,nanny dgn paklong." - Ni I copy dari caption Safiyyah. Time ni doktor bagi Adik Adam test alat bantuan pendengaran pada Adik Adam.
InsyaAllah semoga apa yang kiter tolong, dapat
membantu sedikit sebanyak beban keluarga Adik Adam. SIkit pon takpe. If ada
yang nak membantu, Korang boleh bank in seperti detail dibawah.
Ni no acc :- Bank :
Maybank
A/c No
: 512370401004
A/c
holder name : Nur Safiyyah Binti Osman
Tolong tulis dekat
recipient reference : Derma Adam.
Reason guna account
Safiyyah sebab dia guna current account. Oh btw, Adik Adam ni anak menakan
Safiyyah sendiri. Bank usually akan block account kalau banyak sangat duit
masuk. So korang boleh guna account yang I bagi tu untuk menderma. Or korang
boleh direct email pada [safiyyahosman@gmail.com] or WhatsApp +60192609886 (safiyyah). Segala derma yang
diberi, Safiyyah akan bagi direct kepada Mak Adik Adam. Semoga dengan bantuan
yang diberikan dapat membantu keluarga Adik Adam dan semoga Allah memurahkan
rezeki anda sekeluarga dan dihindari dari segala kesulitan. Amin….
-eNd-
1 comment:
Beratnya dugaan dia...insyaAllah..sama2 kita bantu
Post a Comment