Showing posts with label offiemate. Show all posts
Showing posts with label offiemate. Show all posts

Wednesday, July 17, 2019

FUTSAL yang menang dapat No 3

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu I joint company baru (lepas ni I akan sebut DOP) main futsal for company tournament. Masa training dah cakap dengan kawan-kawan, eh silap. Adik-adik yang kita target Juara Kumpulan and akan masuk final lawan dengan team Kanik. Juara kumpulan dah dapat cuma main final dengan team Kanik je tak dapat. Kitorang kalah masa semi final lawan Prodata and main lagi sekali dengan FASSB untuk tempat Ketiga/Keempat. Alhamdulillah menang la. Terkilan jugak tak dapat masuk final sebab masa First Half tu dah mendahului 1-0 tapi masa suku masa kedua, kena attack bertalu-talu, lepas tu kaaaaaaaaaaaaaalah 2-1 kentot betul but takpelah, kita kalah, kalah bermaruah. Hahahaha. Dah kalah tu kalah je la, banyak alasan. But then, I happy je. Walaupon ni Ibu Jari dedua kuku dah biru sebab darah beku, tapi happy jugak. Lepas ni memang buruk la kaki I 3-4 bulan sementara kuku nak keluar baru ni. Huwaaaaaaaaaa. 

Masa main dengan DOP ni I rasa happy.. Kenal dengan kawan-kawan baru but at the same time teringat je company lama. Teringat main Futsal dengan Dyba, Intan, Ezy, Dee, Tikah semua. Teringat Nape, Wan, En Khairi... Ya Allah rindunya.... Sebak sangat rasa but adik-adik lelaki kat DOP pon semua supportive.. Sokong masa kitorang main. But dalam hati tu tetap ingat Rubber. Ingat lagi dulu I pesan pada Dyba 'Dyba, Dyba lari kawasan ni je tau? Dyba jangan lari tempat lain. Duduk je sini'. Lepas tu terbayang Dyba macam anak ayam kejar bola tapi tak dapat. Hurm... Entahlah. Taktau nak cakap macam mana. Happy ke tak kat sini, susah nak cakap. I hari-hari rindu opis lama, boss lama. Kekadang terfikir, betul ke keputusan I ni... But then, I take it in positive ways. Bukan I mati, bukan Dyba mati. Kita tetap ada sama-sama kerja dekat same building. Although semua tak sama macam dulu but I believe that everything happens for a reason. Maybe Allah nak I kenal orang-orang baru ke... I pon taktau but I believe in Him. He know the best. Macam I, dekat company baru, takde la nak cakap kuat-kuat ke, or buat perangai berangan macam Stewardess ke, or main kedai-kedai ke. Takde. Setakat ni la. Haha.

Masa budget meeting semalam, masa kuih sampai I ada la nak main jual-jual kuih cakap 'Abang, nak kuih apa? Yang ni 2 singget'. Tapi dorang tak paham lawak I. So yeah. Mesti dorang cakap I sewel. Hahahahaha.


Ni la team Futsal I. Jap I try ingat nama memasing. Berdiri dari Kiri, Wani, lepas tu yang lelaki tu semua I tak kenal (I bet GMC company I kecuali yang baju kelabu tu, tu GCEO FGV and sebelah GCHRO tu is Airin. Duduk depan dari kiri : Nurul, Erna, Miza and Ina. Time ni Wanie Da'i dah balik. Yahooooo ingat semua nama! Semua ni I rasa lagi muda dari I. Hahahaha.

Monday, November 12, 2018

Birthday Ani and NZ Delicacy

Publish : 14/11/2017
Re-Publish : 12/11/2018


Throwback sikit last year punya entry... Happy Birthday Ani!
Assalamualaikum..

Office I now party je. Harini makan free, esok makan free lagi. Untuk minggu ni takde pulak tu birthday sesapa tapi semalam boss I baik hati belanja satu office makan Pulut Kuning sempena dengan anak dia tengah ambik SPM. Thank you Boss! Belanja selalu la, InsyaAllah murah rezeki. Macam last week on Friday, kita buat Potluck sempena birthday Kak Ani and Atiqah. Saja je suka-suka. Mintak contribution Boss sorang sikit, lepas tu daaaaaaaah dapat buat makan. Kata Dyba, dia organizer. Hahahaha. Haritu kita buat brunch la. So menu ialah Nasi Dagang and Nasi Putih (Sebab ada Ongtue nama Intan tak boleh makan pulut – angin) and lauk Gulai Ikan and Gulai Telur Kelantan Style. Lawan dengan Sambal Cuka + Jelatah. Pastu kuih kita order Seri Muka Durian and Kuih Koci sebab tak boleh nak move on dengan dua-dua jenis kuih ni dari Nz Delicacy. Masa petang tu Boss I tanya ‘Esok takde Ayam ke?’ Daaaaaaaaaaah kacau. So malam tu kitorang bincang dalam Group lepas tu I tanya la Nina (anak Tauke NZ Delicacy) boleh ke nak order Ayam Gulai? Terus dia cakap ‘Kaksu, BATU BELAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH’. Hahahaha. Ala, sorry la Boss. I tanya je. tak boleh kalo, takper la… Pastu Nina jawab ‘Ok, Boss Besar cakap boleh. Dia kataaaa naseb baik Siti Nohaliza order. Last minute pon boleh buat’. ALHAMDULILLAH. Thank you Kak Pah sudi layan Su.. Hehe. Su tak bersalah. Bebudak ni yang request suruh order jugak. Segan nak susahkan sebenarnya tapi kita cuba nasib. Naseb baik dorang boleh buatkan so esok ada 3 la lauk. OMG Sedapnyaaa Nasi Berlauk oii! Punah diet.            


Gulai Ikan Tongkol – Kelantan Style.

Monday, September 3, 2018

Izzy's Celebration

Assalamualaikum..

Happy Birthday Izzy! Padahal dah belated dah pon. Kitorang celebrate birthday Izzy ni before Raya Haji lepas pada 10 Ogos 2018 dekat Melur and Thyme KLCC. Ko tengok dekat sebulan baru nak up entry. Sorry sebab now I memang busy menyelamatkan dunia. Part time Power Ranger Merah (Dah naik pangkat dari Power Rangers Kuning) Hehe. Birthday Izzy sebenar 9 Ogos 2018 (yang ke 30 tahun) tapi sebab nak #izzycelebration so kita buat the next day lah Friday rehat lama sikit. Birthday Girl dah bagi notice awal yang dia nak theme 'Everyone have to look like me'. Baju kemeja kotak-kotak, tudung bawal RM5.00 tak boleh selempang belakang (kena pin depan or bubuh ring), tak boleh pakai accessories, seluar jeans dengan sport shoes. Lepas tu ada pulak yang menambah cakap tak boleh mekap la. Abes seluar jeans kena pakai seluar jeans besar la? Pastu berat badan pon nak kena sama dengan Izzy ke acane? Aje mampos. Hahahaha. Dyba takde masalah la nak pakai baju kotak-kotak sebab dia memang suka. Yang lain kena la mencari, tapi dalam banyak-banyak Kaklong la paling kesian. Rabu tu kitorang pergi cari baju kotak-kotak dekat H&M lepas tu dia nampak dah macam orang nak pergi menoreh dah. Tinggal pakai topi sawah dengan ikat ubat nyamuk dekat pinggang je hahahaha. Si Intan dah terkepit-kepit dah ketawa tahan kencing dalam H&M. Dalam banyak-banyak design, yang putih tu je sesuai dengan Kaklong. I pulak taknak mengalah nak jugak yang tu (sebab tak sampai hati nak pakai kotak-kotak macam Intan) so kitorang pon pakai la sama.  Pakai je la sama dari I nampak macam Bangla. Eeeeee cost la bebudak ni punya Celebration. Ni nanti Intan, dia request nak pakai Sari. Si Izzah taknak kalah, request nak pakai Denim Jacket YA ALLAH SEMUA TAKNAK KALAH. Hahahaha. Dyba kalau dengar je theme terus jerit. COST LAAAAAAA!! Hahahaha.


Happy 30th Birthday Izzy. Kitorang panggil Izzy CEO, last week dah naik pangkat jadik GP, lepas tu semalam Izzah cakap nak suruh Izzy jadik Chairman company terus. Hahahahaha.

Wednesday, July 25, 2018

Open House Port Klang Office

Assalamualaikum..

Last Open House Raya tahun ni kitorang pergi Port Klang punya office. I, Dyba, Intan and Izzah naik satu kereta. Sorang kena bayar RM3.50 dekat I sebab upah drive. Tu pon menyentan-nyentan Intan nak bagi I RM3.50, dia kata I kaya pon kedekut. Eeeeeh mestilah. Ni bizniz OK? Hahahahhaha. Sebenarnya I memang jenis berkira kalau I yang drive. Sebab rasa macam Driver. Tu pasal kalau naik kereta I ada undang-udang. If nak turun, kena I dulu turun baru semua orang boleh turun lepas tu kalau naik, I dulu naik baru orang lain boleh naik. If not I marah la. Dorang ni bila dah seronok sangat berborak nanti selamba turun, sapa yang perasan dah langgar undang-undang memang menjerit la. Sapa turun jugak, memang I takkan turun selagi dorang tak masuk balik kereta hahahahha. Si Dyba plak kongang. Haritu ex-boss I ada naik kereta I sebab kitorang pergi makan dekat Dolly Dimsum farewell lunch Dee, lepas tu masa nak  parking I suruh dorang turun dulu sebab sempit nanti nak bukak pintu lepas tu Dyba tanya 'Boleh ke ni nak turun dulu?' Hahahaha. One more, kalau I drive semua orang tak boleh tido, tak boleh busy dengan handphone. Kena talk to each other and alert I drive. Berbulu je kan? Banyak giler undang-undang. Tapi bebudak ni semua dah redha dah. Paham dah perangai I macam mana. Masa pergi Port Klang ni I rasa macam bangga sangat sebab drive dari KL sampai Port Klang. Semua orang bukak waze tu yang tak tahan. Tukang baca waze jangan bagi Dyba sebab dia selalu confuse kiri dengan kanan. Nama jalan pon main sebut je. Masa kitorang pergi tu ikut Kesas rasanya. Lepas tu lalu ikut jalan Kewajipan. Semuaaaa excited sebab Jalan Kewajipan kan selalu masuk dalam radio? Hahaha. I dok terfikir, masa dulu takde Waze dengan Google Map macam mana la eh orang nak pergi ke satu tempat. I cannot brain. I ni keluar je Ampang zaaaaaap Waze. Kalau tak, memang tak sampai. I tau area Ampang je. Ampang - Pavilion - KLCC HAHAHAHAHA.


Parking jauh sikit sebab kat tepi sana tu ada anjing. Izzah je yang garang dengan anjing. Sini la wei office Port Klang. I imagine, macam mana la kalau I kerja Port Klang. Nanti lunch nak makan dekat mana? Sini macam takde mall je.

Friday, July 13, 2018

Finally.... Dyba Celebration!

Assalamualaikum..

Yayyy finally ada #dybacelebration. Rasanya dah makan 3-4 tahun birthday Dyba kena time bulan puasa. So takde la celebration untuk dia. Makan hati je each time celebrate kawan-kawan yang lain. Setahun dua ok lagi, ni dah makan tahun dah kah kah kah. Masa tahun lepas I cakap 'Oklah, nanti birthday Dyba tahun depan kita makan dekat Burger and Lobster terus dekat Genting Highland. Sebulan simpan RM30.00, by the time sampai bulan Jun 2018 ada RM240.00 so cukup la nanti nak celebrate dekat sana'. Gitu cita-cita terus nak makan Burger and Lobster siap kena simpan RM30.00 sebulan sedih sangat hidup ini. Hahahaha. Untuk Dyba tahun ni, kita celebrate dekat Alexis GE Mall sebab dia dah lama cakap nak makan Pavlova dekat sini. But, takkan la sesenang tu je kan dia dapat? Behind that kitorang dah plan baeeeek punya sampai Dyba nanges-nanges la. Hahaha. Sian dia. Konon-kononnya hari Jumaat yang nak celebrate makan-makan untuk dia tu, Intan kena pergi Shah Alam ada jumpa Lecturer, Izzah ada jamuan raya Downstream, Izzy pulak meeting kena sambung lama and kebetulan Kaklong baru keluar hospital and tak kerja, so tak boleh la join. Yang available I sorang je. Masa dalam kereta, Dyba moyok je. Lepas tu I pon Makcik bawang 'Sian Dyba, time birthday Dyba takde orang pon available nak celebrate. Time birthday orang lain, Dyba ada je'. Time tu dia dah ketar-ketar suara cakap 'Takpe Kaksu, Dyba Ok je'. I tanya dia nak makan apa, dia cakap dia tak lapar. Tadi dah makan. Nak makan Pavlova je. (Padahal dah takde mood). I pon pegang tangan dia and cakap 'Dyba cukup kan kalau ada Kaksu je?' Dyba jawab 'Cukup lah Dyba ada Kaksu'. Anyonyonyo. So dari office terus kitorang gerak ke GE Mall.


Happy Birthday Dyba! Tengok muka baru lepas nanges. Hahahahaha.

Wednesday, July 11, 2018

Jamuan Raya Office I

Assalamualaikum..

Phewwww, Syawal almost habes and I pon dah gomok. Seteresssss tengok gambar masa Riang Ria Raya office I the other day. Dah la tragedy kain tertetas. Tertetas kali pertama, I pergi tailor and fix back lepas tu jadik semula. I rasa material soft chiffon ni tak sesuai untuk orang-orang yang macam I, jenis lasak meloncat sana meloncat sini. Sapa nak pakai soft chiffon kena macam Cikgu Muni tu, sopan santun je jalan pon slow je macam kesian sangat dia rasa nak pijak lantai. Haritu sapa entah cakap kain tu tertetas sebab I gemok. Berani dia kan? Hahaha. Actually bukan tertetas. Kalau tertetas tu dia benang kan? This one not, kain dia tu macam tercarik terus. Ahhhh dah la malas nak explain korang bukan faham pon. I dah buat pengaduan pada Lily Petuna and they are so kind nak replace new baju 1 set untuk I. Tapi I macam tak sampai hati pulak sebab yang rosak tu kain je. Dorang cakap design tu dah sold out and suruh pilih yang lain. Tengok nanti macam mana. Anyway, harini baru dapat share gambar-gambar masa Open House office I. I akan masukkan semua biarpon sampai dah abes Syawal pon sebab suka la tengok semula entry raya and jadik kenang-kenangan kekonon nanti I dah tua tengok balik entry ni lepas tu I happy la sebab satu masa dulu I pernah muda (tetiba). Semua ni kena simpan buat kenangan sebab Syawal is one of my favorite month sebab makaaaaaaaaaaaaaan semua sedap-sedap lepas tu gemok padan muka. Macam Sazli dia suka Ramadhan sebab boleh Terawikh and Kiamulai. Beza sungguh kita suami-isteri T___T Hahahaha. Anyway, office kitorang paling awal buat makan-makan for raya sebab sekali nak buat farewell untuk Dee (resign) and untuk Abang Azza (pindah khidmat) sekali dengan exchange hadiah for birthday April - Jun. Best kan office I ada makan-makan and majlis macam ni? Kita kalau ada majlis macam ni memang pagi-petang la sebok masing-masing jadi Mak Pengantin. I paling risau takot tak cukup makanan. Orang kata biar belebih makan, jangan tak cukup. Pasal takot tak cukup makan la ada satu tragedy telah berlaku. Jeng jeng jeng!


Kata Izzy, 'Yang peendek depan. Yang tinggi belakang'. Terus Boss I suruh Dyba berdiri depan. Lepas tu I asyik kena halau suruh duduk belakang. I buat bodoh je, sebab apehal pulak kan? Aku dah cantik-cantik Siti Nohaliza nak kena duduk belakang. Taknak! Dah lucut kasut pon tinggi jugak lagi. Cis! So I duduk la kat depan besimpuh macam tu, walaupon macam nangka je aku tengok, asal duduk depan I sanggup. Hahahaha.

Thursday, March 8, 2018

Cerita Makan Office

Assalamualaikum..

Opis I kalau ada birthday sapa-sapa usually nanti department akan belanja makan. Kumpul duit sorang sikit lepas tu order la apapa. Takde beria mana pon. Kekadang ada Nasi Lemak, Mee Goreng, Kuih-Muih etc. I kalau tau ada yang belanja makan nanti I tambah makanan apapa kasik lebih meriah. I kan suka tengok orang makan? Usually I order dengan wife En. Zul Hanif punya Mee Goreng. Dia masak sedap!  Bagi I, Mee Goreng dia paling sedap I pernah makan. I masak pon tak sedap macam tu. Biasa I confident I masak paling sedap. Hahaha. Mee dia macam kering tapi full of flavor. I suka makan dengan cili potong + kicap. I can really eat Mee Goreng. Sukaaaaaaaaaaaaaa. Tapi tu dulu la. Zaman I kuat makan. Now tengah diet, so hanya mampu memandang sepi. I peratikan aje Izzah and Intan makan beria bukan main. Abes Mee, makan Nasi Lemak pulak. Tak cukup tu makan pulak kueh macam takde perasaan bersalah langsung. Minum pulak Air Teh Tarik Subhanallah sugaaaaaaaar. Dah la kuih ada macam-macam jenis. Menyirap je I. Nanti kalau I dah kurus 55kg, I dah promise myself nak makan Mee Goreng sebungkus tu makan sorang je taknak share dengan sapa-sapa. HAHAHAHA. Lepas tu nak makan Nasi Kandar kuah campur letak Ayam Madu + Telur Sotong + Papadom sedapnyaaaaa. Huwaaaaaa. Kesian sangat I hari-hari makan overnight oats. I suka la office I ni. Semua orang baik. Abang-abang, Kakak-kakak, Bosses, Colleague. Semua baik. SEMUA. Office I takde Makcik Bawang. Kita semua macam hidup harmoni je. Semua pon baik. Lagipon I selalu rasa semua orang dalam dunia ni baik. Kalau dia jahat pon, dia mesti ada sebab kenapa dia jahat and kita tak boleh judge orang. Ok?


Semua ni order dengan Kak Siti. Kakak office I jugak. Dia punya Nasi Lemak makin lama makin sedap. Semua-semua ni dia masak sorang Ok? Ada  Sambal Tumis, Rendang Ayam, Sambal Telur Puyuh, Telur Dadar and Ulam Timun. Sedap! Ni kalau I yang masak, mau bangun pukul 2.00am

Tuesday, January 2, 2018

New Year and Wedding Dee + Khairul at Melaka

Assalamualaikum..

HAPPY NEW YEAR 2018! Alhamdulillah dah masuk 2018 maka bertambah lagi 1 angka pada usia maknanya makin tuwe. Tapi macam I, I OK jeeeee. Sebab I young at heart. Cecece. Apa azam tahun baru korang? Azam tahun lepas macam mana, dah tercapai tak semua? I untuk tahun ni azam banyak kearah Rohani je. Nak jadik lebih pemaaf, lebih sabar, taknak bersangka buruk and nak positive je. Lepas tu I berazam, sehari I nak buat 1 kebaikan at least. Takyah susah-susah. Ambik yang simple je. Contoh : Pagi maybe moody + bad day ke haritu tapi if jumpa orang I taknak muka ketat and lebihkan senyum. If orang buat muka balik or tak balas senyum, dari emos instead, I nak bersangka baik and I maafkan aje. I nak tolong stray cats. Maybe kena start balik letak makanan kucing dalam kereta. Bila nampak stray cat’s boleh bagi makan. Time drive pulak, I akan bagi way pada orang yang potong queue tanpa rasa bengang or mengamuk/merajuk macam biasa terjadik pada I kalau orang potong queue (kepantangan). Kisah Apam Balik sapa ingat? Boleh baca dekat sini. Hehe. Takpon if nampak ada sampah dekat my way ke mana-mana, I nak kutip letak dalam tong sampah semula tanpa makian dalam hati cakap pasal why orang takde kesedaran sivik or what not. Just buat je tanpa ada rasa marah. Eh banyak la kebaikan-kebaikan kecik yang kita semua boleh buat. Kan? Kita try eh? Why not kita mulakan dengan senyum. Semua orang senyum sekarang cepat! Nanti bila senyum, kita akan rasa our life at least akan little bit better. InsyaAllah. I doakan untuk semuaaaa readers, tahun 2018 akan jadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Ok? Intro je dah 14 baris padahal harini nak cerita pasal wedding Dee dengan Khairul. Wedding Dee dekat Melaka on 24th December lepas. Selamat Pengantin Baru Dee! 


Senang pakai baju macam ni pergi wedding. I ada beli banyak haritu. 4 helai kot? Buat stock nak pergi kenduri. Hehe. Sopan giler I. Awwwwww. Baju ni I beli dekat The Trove KL. I pernah share dalam entry ni. Sapa nak boleh Call/WhatsApp Miss Anna Fira dekat 019-3830282. Macam yang I pakai ni RM55.00 je pon.

Thursday, November 16, 2017

Happy Birthday Kak Siti and Kak Jue

Assalamualaikum..

Seronok tau kalau dapat kakak-kakak and abang-abang office yang baik-baik. Macam Office I jugak la. Although tak close sangat tapi bila ada makan-makan, ada sports activities kita kawan and gelak sama-sama. Macam Office I Al-hamdulillah takde puak-puak, takde yang double standard and all. Kita kawan je semua. Semua pon baik. Sebab tu kita semua close to each other. I pon rasa macam ni after dekat 10 tahun kerja. Sebelum ni memang buat hal sendiri je kah kah kah. Dulu masa I dekat previous company lagi la tak bercampur. Sebab ada bilik sendiri. Hidup dalam bilik je. Masuk kerja, keluar lunch, balik. Takde nak berkawan sangat. Orang cakap sombong tau pulak marah. Tapi sebenarnya bila ambik tau sikit-sikit ni best apa? Ada yang sakit, kita datang visit. Ada kenduri and jemputan apapa kita cuba support dengan hadirkan diri InsyaAllah nanti ukhwah tu dia akan terbina sendiri. How kita appreciate people, in return InsyaAllah kita akan dapat yang sama. Dalam 2 3 minggu lepas, every week kita ada makan-makan dekat Office sebab ada birthday. Minggu ni senyap pulak. Tengok nanti kalau dah senyap lama, I nak plan la dengan The Girls, kita buat brunch. Kali ni nak makan Mee Kari dengan Soto pulak lah. Daaaaaaaaaaaaapnyaaaaa. Untuk entry kali ni, I nak share gambar-gambar masa birthday Kak Siti and Kak Jue. Happy Birthday Kak Siti and Kak Jue! Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Amin.....


Kek Brule sedap dari Ana wife Nape. Sedapnya Ana! Boleh check Instagram Ana dekat sini.

Tuesday, October 31, 2017

Melaka Trip - MPO and Makan Sedap

Assalamualaikum..

Sebelum entry Melaka ni jadik kenangan, baik I masukkan cepat-cepat dalam blog time panas-panas lagi. Untuk birthday Intan ni dia tanya I, ‘Kaksu, entry birthday Intan ada berapa part? Intan nak banyak-banyak jugak macam Kaksu’. Ewah, senang je nak mintak-mintak. Pergi la update dekat blog sendiri. Yang I punya pon mau makan sampai Part 20 lagi dia pon nak banyak-banyak jugak. Hahaha. Ok sambung citer trip Melaka, kitorang masa nak pergi dah plan la nak pakai baju apa la, kasut apa la. I tanya Intan, ‘Intan, kasut Intan pakai kasut apa?’ Lepas tu dia cakap pakai sport shoes. I belagak cakap ‘Tapi bukan Adidas NMD kan?’ Kata Intan ‘Bukan, tapi Nike harga RM400.00 Ok Kaksu!!’ Terkeluar suara jantan dia time ni. Hahahah. Bongok la Intan. Baju pon kitorang pergi beli sama jugaaaaaaaaak yang tak tahan tu. Beli dekat H&M yang loose je so that nanti tak belengas and ketiak lecak sangat. Intan ambik warna lain sebab dia lantik diri dia jadik Ketua. Lantik diri sendiri, pon boleh jugak. I excited untuk this Melaka trip 1) Boleh jumpa Sarah 2) Makan sedap dekat Bandar Hilir. Selain dari tu, of coz la I happy dapat spend time dengan Dyba and Intan. Masa naik bas, ada la rasa takot sebab I kan memang penakut naik kenderaan. Memang macam tu. Kapalterbang lagi lah! Bas pon macam dah lama tak naik je. Dulu masa balik Jengka dari KL pon ada naik bas. Pon takot. Tapi yang Melaka ni, macam sekejap je dah sampai. 2 hours kot? Kitorang isi masa dengan karaoke lagu ongtue so tak rasa lama pon. Tau-tau je dah sampai.



Sebelum Bas bergerak. Photo taken by Abang Driver bas la. Dia pulak sporting je melayan.

Wednesday, September 27, 2017

Visit Baby Izzah

Assalamualaikum..

Semalam kitorang (I, Dyba, Intan, Robyn, Atiqah, Syira and Dee) pergi ke Hospital Sungai Buloh untuk visit Izzah and her newborn Babyboy debab yang takde nama lagi tu. Kitorang naik sebijik kereta je and pergi time lunch hour. Naik Robynn punya kereta. Ke Van eh? Hahaha. Tak ingat kereta dia jenis apa. Avanza ke Alza entah. Bawak macam jantan. Parking pon hebat je. I kalau bawak van, kalau nak potong ke parking ke aci lepas kepala je. Yang bahagian bontot lantakkan. Nasib la sapa duduk belakang. Hahahaha. Intan jadik co-pilot tukang bacakan Waze and sesekali berangan macam dia Pilot siap intro dekat kiri kanan ada apa, sekarang kelajuan berapa. Geram nak tunjal. Dyba duduk paling belakang so dia pening and diam je. Si Intan sekejap kang ‘Robynn you ok ke drive? You tak ok I drive’. I kalau Intan drive, dia turun je nak tukar driver, I turun sekali lepas tu naik Uber je. Taknak aku. I tak percaya la pempuan boleh bawak Van ni. Ni Sazli cakap nanti anak dah 2 kena beli van macam Abang Khatig. Tak ingat Velfire ke apa menda entah nama. Tapi Van eeeuww takkan I nak pergi kerja naik Van? Bila cakap macam tu Aliah and Atig marah dia cakap ‘Hoi Maksu, Velfire bukan Van la. Kerusi dia pon best macam kerusi urut tu’. Aaahhhh bagi I asal dia besar panjang nama dia tetap Van. Kalau 4wd nama dia lori. Tak kisah la berapa harga dia tetap I sebut lori. Hahahaha. Tachiu Robynn kasik kitorang tumpang and jadik Pengawal Lalu Lintas. This girl ha, crazy you know. Dekat Hosp Sungai Buloh punya kan susah nak dapat parking so kita parking tepi jalan je. Masa nak lintas dia boleh tahan kereta tengah laju tu lepas tu tunjuk jari telunjuk suruh berhenti and lepas tu suruh kitorang lalu. Dia ingat dia kebal? Hahaha. I masa lintas keras je kepala tak berani nak pandang dekat kereta tu dah takot kena maki. Bongok la Robynn ni.



Wuuuu Intan nampak kurus la. Ada yang tanya, belakang 2 orang tu sapa? Ahli baru ke? Itu I punya officemate. Belakang belah kiri is Dee and sebelah dia Atiqah. Tukang ambik gambar Syira sebab dia punya baju kaler hijau, dia la kena ambik gambar. Robynn tengah ambik kereta time ni.

Tuesday, September 26, 2017

Tahniah Izzah Dapat Baby Boy

Assalamualaikum..

Tahniah Izzah sebab selamat melahirkan baby boy seberat 3.12kg malam tadi dekat Hosp Sungai Buloh. Akhirnyaaaaaaaaaa Izzah bersalin jugak. I tengok dia punya hidung dah jambu dah. Nak bawak perut pon dah tak larat. Dari last week lagi asal nampak muka Izzah dekat office, I tanya dia ‘Izzah takyah la dah kerjaaaaaaa’. Mengengkang je jalan. Hahaha. Tapi dia kuat makan la wei. Last week masa I bawakkan Nasi Lemak untuk bebudak ni, Izzah makan banyak kot? Dulu masa I pregnant, masuk 7 bulan nak makan banyak sikit pon dah tak larat. Masuk sama banyak dengan keluar sebab sendat dekat dada. Tapi Izzah makan selera je. Last kita makan sama Izzah dengan Intan and Dyba dekat KLCC. Memula makan spaghetti, lepas tu waffle ice cream sama naik dengan Intan dia makan. Si Intan dari taknak makan apapa, tetiba makan pretzel, makan pulak burger, waffle lagi, air Boost lagi. Yang mengandung tu sekianlah kuat makan, yang tak mengandung tu? Intan jawab sambil makanan penuh dalam mulut ‘Kan Intan stressed study, biarlah Intan makan’. Hahahaha. Yerlaaaaaa. Makan la Intan…. Untuk Izzah, Welcome to the Motherhood Land. Lepas ni dah takde dah tau nak tido lena? Sekejap kang baby nanges nak susu, sekejap kang kembong. So mental kena kuat. Jangan stressed sangat. Nanti lepas dua bulan, Izzah akan biasa lah jadi Mama. Lepas tu nanti happy and nanti rasa pelik, kenapalah kita boleh sayang anak sebanyak ni. Tak pernah pulak sayang manusia sebanyak ni. Time tu baru lah rasa enjoy. Ok? Apapa boleh refer dengan Kaksu and Dyba. Kita pioneer jaga anak. Cecece.


Hi awak, tunggu nanti Auntie Su datang visit awak ok?

Thursday, September 7, 2017

Starbucks

Assalamualaikum..

Bestnyaaaaa dekat Office kitorang dah ada Starbucks! Dulu kalau nak Affogato kena beli dekat Dotty's. Mahal! Sebab skali tax ada la RM16.00 kot? Dekat Starbucks baru RM12.00. Lepas tu I suka jugak dia punya Butter Cake. Now Starbucks dah ada, I berdoa supaya one day ada yang bukak Sushi Zanmai pulak dekat sini. Kalau boleh bukak sekali la Boat Noodle dengan Dolly Dimsum. Senang la nak makan. Hahahahaha. Tapi ada Starbucks ni pon dah happy nak mampos! Today pon baru bukak. Now ada Opening Celebration Offer. Buy One Free One on Selected Frapuccino lepas if pay guna Starbucks Card boleh dapat 15% less sampai 15 September ni. OMG tetiba rasa macam batak rabbit sekejap. Eh biarlaaaaaaa. Office kita baru ada Starbucks ni. So memang la I happy. Kata Intan, lepas ni makin banyak la duit Kaksu habes. Hahaha. Duit kita pulak yang dia risaukan. Yang habes sebab I tu takper, tapi nak kena double the amount sebab Intan hobby pergi Sawari, myNews semua lepas tu duit taknak bawak and buat mata puss-in-boots la. I cakap NO. Today Only Kaksu belanja sorang 1 Ice blended. Lepas tu kalau nak apapa, Kaksu bagi RM5.00 je. Si Intan dia ni kekadang mengalahkan Shein. Dah janji masa masuk myNews 'You can take one ONLY', end up dekat Cashier ada la 2 3 benda dekat tangan dia. Tanya ada duit ke tak, kata takde. I now memang firm. Suruh dia letak balik and cakap ONE ONLY kuat-kuat. Budak tu kekadang mana paham bahasa orang marah. Dah immune dah kena jerit dengan Kaksu bak kata Intan. Si Dyba pulak perangai Sazli. Offer apapa, sampai nak gaduh pon taknak jugak. Itu taknak, ini taknak. Untung I jadik Mak Ayam kalau anak ikan macam Dyba and Sazli. Hahahaha. Tapi kalau perangai macam Intan, cukup sebulan pergi kerja pakai sependa je la. Abes kena kikis. Hahahaha.


Gitu muka Siti Nohaliza fikir nak minum apa

Tuesday, August 22, 2017

Bawak Ani Makan Japanese Foods

Assalamualaikum..

Last week on Friday Si Ani tetiba kasik I RM100.00. Dia cakap terima kasih sebab mekap dia cantik masa Jamuan Raya office haritu (boleh baca dekat sini) and sebab masa Khamis tu I bawak dia dari office ke tempat bowling and hantar dia dekat LRT. Haritu masa lepas mekap, dia ada nak bagi jugak duit suruh I belanja bebudak ni makan tapi I cakap taknak. This time dia insist so kata Dyba kita bawak la Ani makan sushi guna duit tu. Kalau tak cukup, kita topap la sorang sikit. Haritu Ani ada menyebut tingin nak makan Japanese Food. Ani ni memang kan? Orang cakap orang ikhlas mengembirakan dia tapi sebok nak kasik saguhati pulak. Kata Ani, dia happy dapat mekap cantik. Before ni tak pernah pon dia mekap macam ni and dia happy keluar bowling dengan bebudak office haritu and dapat jadik reporter masa game bowling tu. Semua team yang main ngelat, gossip-gossip dalaman semua dia tau hahahaha bongok la Ani. Ani ni I sangat impressed dengan dia sebenarnya. Born and raised in KL but very simple person. Mana ada dia sebok nak pakai cecantik pergi office. Kekadang baju corak, tudung pon corak aci boleh je. Geram tengok. WhatsApp group kawan-kawan sekolah, FB pon takde and life dia memang 100% family. Mana husband dia bawak keluar dengan anak-anak itu ajer lah. Keluar me time, coffee dengan kawan-kawan, tengok movie ke apa semua takde. Dia memang takde sosial life kecuali dengan officemate, tu pon setakat dekat office je. Sukan Company mana yang overnight mana pernah dia join. Itu I kagum tengok Ani ni. Very rare to find people like this nowadays. I love you Papa *tetiba. Hahahaha. Dah jom tengok apa yang kitorang bagi ani makan haritu. Kitorang bagi dia semua yang fully cook. Sushi kasik sejenis je tu pon muka dia dah biru masa makan. Takpe Ani, cuba lagi lain masa.


I order ni, Teriyaki Steak – Medium Rare. RM18.80 je harga beliau. Ni first time makan dengan Ongkaya Aliah. Sedap pulak. So this time order lagi and lepas pergi Sushi Zanmai pon order lagi. Sedap hoi!

Wednesday, August 9, 2017

Assemoga Izzy!


Assalamualaikum..

Happy 29th birthday Izzy. Assemoga!! OMG mudanya 29 tahun. I dulu 29 tengah jadik apa eh? Jap nak ingat. Ooo baru setahun kawen. Hahahaha. Now semenjak umur dah 35 tahun ni, asal dengar orang umur 20-an rasa alahai mudanyaaaaa. Aku pon pernah muda macam tu jugak dulu. Sedih giler statement. Now masa berlalu pantas sangat kan? Tapi biasanya kalau orang cakap I tuwe, I akan sambung. ‘Tuwe takpe, janji…….’ Isi tempat kosong. Kah kah kah. Itu ayat penyejuk hati sebab dah tuwe sebenarnya. Korang pernah tak rasa bila tengok orang umur 40 tahun rasa macam OMG tuwenya engkau, tapi bila kita sendiri meningkat usia and dah lalui sendiri rasa macam takde apa pon sebenarnya. Age is just a number gitu. Siti Nurhaliza yang betul-betul pon dah nak masuk 40 kan? Apa ada hal. Tuwe tu semua orang akan merasa kalau dia panjang umur. Berapa umur kita tak kisah pon sebenarnya, janji apa yang kita dah achieve dalam hidup kita tak kisah lah cepat atau lambat asalkan ada perubahan yang lebih baik dari sebelumnya, macam mana kita hargai hidup kita dan orang-orang yang kita sayang sebab mati tu tak kira tua atau muda dan macam mana kita nak berubah jadik yang lebih baik dari sebelumnya. Kalau umur dah banyak tapi hidup takde kualiti, perangai masih teruk, hati masih busuk dan suka buruk sangka and rasa this world is about you and your problem, lepas tu semua orang jahat itu lain cerita lah. Orang jenis ni, hidup 100 tahun pon tak guna sebab takde kualiti. So tua atau muda bukan ukurannya janji macam mana kita buat hidup kita menjadik lebih baik dari sehari ke sehari. Ok Izzy? I know you pon usaha nak jadik lebih baik dari sekarang. Kaksu doakan semoga at the end of the day, you akan dapat yang indah-indah sahaja dalam hidup you. Happy Birthday!


Birthday Izzy harini tapi yang paling excited ialah yang pakai baju biru. Kata dia, dia Neelofa harini sebab pakai selendang. Haha. Yerlaaaa Intan.

Monday, July 24, 2017

Make Over Ani

Assalamualaikum..

Hari Jumaat haritu kitorang ada Majlis Hari Raya. 2 3 hari sebelum tu I dah dengar Si Dyba cakap nak ajak Ani mekap-mekap. Dari kejauhan I dah dengar. Dah ni kalau nak mekap takkan la Dyba, mesti lah I. Amboi dia tuuuu kan? Memandai je. I ni dengan nak mekapkan Si Dyba, Intan (kalau sempat) lepas tu nak tambah sorang lagi Si Ani, pukul berapa nak datang office? 4.30am ke? Hahahahah. Tiba hari yang dijanji, sebab I bukan MUA professional, so I sempat mekapkan Si Ani je. Dyba I sempat mekapkan mata ala kadar je. Kata Dyba takper, dia takyah mekap beria. Natural beauty sama macam Intan. Confident bukan main kan 2 orang tu? Hahahaha. I pesan pada Ani, kena sampai office sebelum 7.30am kalau nak cantik, sekali 7.20am Ani dah sampai. Semangat betul ni. Kitorang mekap dalam surau. Sebelum mekap, Si Intan and Dyba dah pesan. ‘Ani, kalau ko kena tunjal ke, kena tolak kepala ke, kena marah ke diam, sabar and jangan melawan. Kaksu dia garang sikit. Kitorang dah biasa. Kena tunjal takper, janji hasil dia cantik’. HAHAHAHAHA. Bila dorang cakap macam tu, I teringat Yati. Dulu Yati pernah cakap sama jugak. Makeup Artist I tak boleh jadik, Cikgu pon tak boleh. Dulu masa I ajar Yatie buat excel I cakap ‘Highlight sini laaa!! Berapa kali nak ajar tak pandai-pandai?’ – sambil tunjal-tunjal screen PC. Hahahaha. Serious I tak perasan yang I garang. Tapi kalau Yatie tu, semua kerja I tak boleh buat. Kata dia, I kalau jadik cleaner pon orang sanggup batu karang tahan kencing dari kencing dekat toilet yang I dah cuci sebab garang. Lantai yang dah lap, sapa pijak kena tembak. Ngek la Yati! 


Ani Before and After

Friday, July 21, 2017

Office Hari Raya - TQ 9Kedondong!

Assalamualaikum..

Thank you to Haziq and 9Kedondong sebab sponsor prop untuk kitorang punya Jamuan Hari Raya office tahun ni. Semuanya last minute. Semalam petang baru decide. At first dorang taknak buat photobooth tapi tetiba nak buat. Memula fikir nak buat sendiri and memasing sanggup keluar duit untuk beli simple prop tetiba I tingat masa last time pergi 9Kedondong dorang ada baaaaaaaanyak prop untuk Ramadhan/Syawal yang ala-ala kampung so boleh la pinjam. Tachiuuuuuuuuuuu Haziq! Saya owe awak this time. Semua dekat office happy tengok prop ni and baru la semangat masing-masing ambik gambar. Paling Intan semestilah Pengantin, Intan Dayana and Liba (Dyba). Marah betul Dyba bila Intan panggil dia Liba. Kata Dyba, kalau Intan panggil dia Liba lagi dia taknak kawan sampai bila-bila. Hahahahah. Baaaaaanyak sangat makanan ada harini and semua pon sedap-sedap. I kalini tak bawak apa, bawak diri je. Kah kah kah. Bersesuaian dengan motto I ‘Ambik tau sikit-sikit je’.  Tapi I ada la orderkan Mihun and Mee Goreng dengan NZDelicacy on behalf of my boss so kira contribution sama-sama la tu. Hahahahaha. Today is my Boss Birthday! Happy Birthday Mr R. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat…. Harini I share sikit je la dulu gambar. Nanti next entry baru cerita detail ok? Harini pon banyak department buat Majlis Hari Raya sebab last week la. Eh tak last jugak, Isnin sempat lagi 30 Syawal. Tak sangka Syawal dah nak abes… Entahkan ada untuk sama-sama sambut Syawal tahun depan kan?


Asyik Team HR je amek gambar, mana aci! SO Liba and Lisu (Kaksu) tumpang sekaki. Dyba tu patut masuk je dalam periuk. Baru ngam. Tapi dia taknak pulak. Melawan!

Wednesday, January 25, 2017

Farewell Dato' H

Assalamualaikum..

Isnin bebaru ni during lunch hour kitorang satu office ada farewell lunch untuk Boss Intan merangkap Cluster Head office I ni. Dato’ H nama dia. Tak boleh kasik nama penuh kang nanti buat dia Google jumpa blog ni tak pasal je. Lepas tuuuu sesiapa sini sanak saudara Head yang korang bakal nampak dekat gambar yang I share ni please jangan peramah-peramah bagitau dekat dorang sebab I nak privacy dekat office. I nak mereka tau I ni as a Secretary yang tak suka campur hal orang and berkawan dengan kelompok yang sama ajer padahal rupanya Talent Blogger dengan Founder Product cecece. Dekat office, I nak keep low jer. Gittew. Padahal bersepah silent reader. Ni yang kerja sama building dengan I ni pon ramai. Ada yang sesenyap kirim suami tolong belikan corset. Haha. Padahal boleh je nak order dari I terus. Geram tau? Anyway, Dato’ H dah retired dah. Dia dah takde dekat office and Intan pon dah takde boss la sekarang. Lama Intan bekerja dengan Dato’ H, since 2008 lagi. Maksudnya dah 9 tahun. Kalau ada anak, dah masuk sekolah rendah pon. Now Intan dah masuk HR. Intan cakap dia dah taknak jadik PA. Dia nak cuba buat kerja lain. I je yang nak jadik PA sampai pencen. Kah kah kah.


Ni time baca doa. Izzy yang ambikkan gambar. Dia pesan, ‘buat la doa muka sedih sikit’ = sedih ke nampak dekat sini? Macam happy je terutamanya Dyba.

Friday, October 7, 2016

Izzy Is Off The Market - Part I

Assalamualaikum…

Ok, quick one before I share dengan korang lebih detail (lebih detail tu basically upload gambar-gambar dengan lebih banyak sampai 18 juta sebab biasa la pempuan kalau dapat bergambar paham-paham ajer la) Panjang pulak kurungan. Haha. So, harini kitorang manage untuk buat Lunch for bakal pengantin si Izzy. Buat dekat Brolly, bawah office kitorang je. Senang. Nak buat brunch apa semua time weeekend susah. Memasing ada anak/komitmen, so buat je time office hour. Best jugak and langsung tak rushing. Sempat makan dekat Brolly and sempat Dessert dekat Dopio. Seronok la Izzy orang celebrate untuk dia. Yang paling seronok Intan la. Gambar dia paling banyak. Lepas tu, kalau duduk dekat kerusi Izzy, tak jeling suruh bangun, taknak bangun. Geram je. Dah la dalam group WhatsApp dia pesan banyak kali, ‘Tema Pink + Black yer? Makesure pink ok? Bukan maroon’. Pesan macamkan dia pakai pink. Tetiba pagi tadi tengok baju dia pink belacan, tudung pink light nak mampos. Tarzan terus I. Intaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnn!! Member terus down, cakap nak balik tukar baju. Cakap je, Tak balik pon. Hahaha. I ni beria la beli pink lain sebab tudung yang ada pink light-light je. Kang tak ikut tema kang marah si Intan.  Dia kan Mak Pengantin? Anyway ni nak cerita pasal Intan ke Izzy? Geram je nak tunjal kan Si Intan ni?


Kena Pesan dekat Intan banyak kali, 'Ni Izzy punya ok? Intan jangan pakai'. Lepas tu dia punya muncungggggg hahahaha

Thursday, July 21, 2016

Secretary yang LLB

Assalamualaikum..

Sekarang ni kalau dekat office ada apapa majlis, I dengan Intan dan tak jadik Mak Pengantin dah. Kuasa telah beralih kepada Kak Jue and Izzah. Sukaaaaaa!! Imagine dulu I dengan Intan memang busy dia kalau ada Birthday Office or Majlis Hari Raya mengalahkan apa je. Teringat kes ada siapa entah letak kertas dekat pintu bilik Meeting, ‘Setiausaha berkenaan sila pastikan bilik meeting bersih selepas digunakan’. Time tu masa dekat Balai Felda, kan Si Imah tak ngam dengan Intan? Padahal kerja kemas bilik meeting tu dia. Tapi nak mintak tolong dia punya kecut tetek masing-masing. Haha. Dah la dia sukaaaa tido dalam surau lepas tu kalau nak mintak tolong apapa OMG muka masam je. I dalam office, selain dari Dato’, I memang takot Imah. Memang jaga hati dia sungguh. Kalau nak mintak tolong vacuum bilik ke apa, Nanti I cakap macam ni dekat dia lembut-lembut, ‘Kak, mintak tolong vacuum bilik boss boleh? Mintak maaf ye Kak kalau susahkan. Kalau akak taknak, bagitau je vacuum kat mana, saya buat sendiri’. Itu pon cakap dengan dia, kekadang macam cakap dengan dinding. No response. Ko tak tengok masa dia buat kerja lagi menghempas macam mana. Kekadang tong sampah jatuh-jatuh time dia kutip sampah. Haram nak diangkatnya. Haha. Tapi tu duuulu. Now cleaner office ni semua baik-baik. Asal selisih tunduk kepala kat kita siap panggil ‘Miss’. Haaaa kan ke bagus macam tu?


Padahal tak terlibat tapi mesti la LLB
‘Look look busy’. Haha