Monday, August 17, 2015

#IntanCelebration at Capricciosa Ristorante Italiano- Pavilion

Assalamualaikum..

Bersempena dengan Intan pass Exam Part 2 seperti yang dia tulis dekat sini, kata Intan dia nak belanja kitorang makan. Yayyyy!!! Tenkiu Intan yang murah hati. TAPI jangan nak happy sangat la sebab dia kata dia boleh bagi RM100.00 jer, so minum kena share yang bottomless or minum air kosong je. Haha. Air mineral pon tak boleh. Yang tu mahal. Lepas tu makan pon kena share je. Kalau lebih dari RM100.00 kena la bayar sendiri. Nak makan ni macam biasa la, MESTILAH PIZZA HUT KALAU INTAN PILIH. Maka, I pon dah meroyan sebab I benci giler Pizza yang crust dia tebal tu. Sebab I rasa pizza macam tu penipu. Dia buat tebal sebab nak bagi orang kenyang cepat. Lagipon dah bosan la dengan topping Pizza Hut.

Naseb la pagi ni baca review pasal Ristorante Italiano CAPRICCIOSA Pasta &Pizza dekat Blog Dayu, so I bagitau dekat dorang, jom kiter makan dekat sini je la. Taknak Pizza Hut. Kalau tak cukup duhet, I tambah dengan Izy (Buat decision tanpa refer pada Izy, tapi Izy ok jer LOL). So kitorang gerak ke Pavilion. Restoran ni ada dekat Level 1, sebelah dengan Pepper Lunch (Sekarang Pepper Lunch dah takde). Orang pon tak ramai. Baaaagus. Service cepat, pizza sedap and tak mahal. Selama ni pandang Capricciosa ni sebelah mata je. Rupanya lagi la bapak punya sedap dari Pizza Hut. Lepas ni kalau tingin nak makan Pizza yang sedap and murah, datang sini je la. Next time nak try dorang punya Pasta pulak.

Dah jom layan gambar #intancelebration ni. Over minah ni. Asyik suruh ambik gambar dia jer. Lepas tu I cakap, ‘Intan nak suruh ambik gambar Intan banyak-banyak ni kenapa?’ Intan kata suruh I letak dalam blog I. I cakap suruh dia letak dalam blog dia la yang reader 15 orang sehari tu. Sebok nak letak dalam blog I kenapa? Lepas tu dia paksa ok letak dalam IG? Siap special hashtag la apa la. Padahal Law dapat C jer, dia punya celebrate macam birthday dia. Siap nak kek bagai. Kecik besar kecik besar je I pandang muka Intan tadi. Nak je aku tampar muka dia ni. Haha.




Ni Bolognaise Pizza. Family Size. 12 inch. Sedap gilerssssss. I suka pizza dekat Capricciosa ni sebab dia punya crust nipis. Cheese dia banyak and salad dia segar. Urugula salad on top tu is one of my favorite. I rasa this salad paling sesuai makan dengan pizza. Harga dia RM28.90 untuk Family Size.


Yang ni pulak Marinara Pizza Seafood. Poooon sedap. Also family size. Harga dia RM33.90. Korang kalau datang sini, kena order this Pizza. Makan dengan Chili Flakes and Tabasco Sos. Kata Izzah, Chili Cornflake. Pon boleh. Bebudak ni memang aci boleh je kalau nak sebut. Capricciosa ni pon kejap jadik Capiosa, kejap jadik Tapioca. Hahahaha. Konsep dia janji ada bunyik sudah.


Kitorang order 1 personal size pizza. Yang ni Margheritta. Personal size is 8 inch. Makan 3 orang pon boleh. I suka rasa tomato and masam-masam sos hijau on top tu. Semua order yang I suka je. Padan muka semua orang. WAHAHAHAHA


Si Intan kesian dekat Sarah sebab dia spesis kambeng. Kalau makan, kena ada salad. Padahal dia nak belanja RM100.00 jer, lepas tu Intan cakap. ‘Ha BB, you nak order sayur apa order jer la’. Muka half ikhlas. Hahaha. So Sarah orders this Smoked Salmon Salad. Share la 6 orang. RM19.90 harga dia.


Sebab minum air nak jimat so kitorang order la Special SOD (Special soup of the day) package dengan soft drink. So dapat la soup dengan bottomless soft drink. Harga set ni RM8.90. Hahaha. Order 3 set so 1 set share 2 orang. Memang bagus sebab portion just nice for 2. Air dia gelas besar! Soup harini is Tomato Soup. I je dengan Intan besungguh makan. Yang lain macam tak berapa suka. Tak suka sudah nama ko bedah tetep ke sebelah. Haha.


Dessert order  1 je. Patut tak payah nak dessert bagai. Bukan birthday sapa pon tapi BIASALAH INTAN KAN? Yang ni nama dia Affogato. Harga dia RM9.90. Dalam dia ada vanilla ice cream dalam coffee. Top with whipped cream dengan caramel sauce. Tapi I tak berapa makan la sebab caffeine. Kiter kan makan Transgluta, mana boleh amek caffien. Kata Intan Transgluta tu ‘Glatupas’. LOL


Ok. Ambik gambar la dulu sebelum makanan sampai. Izy, Siti Nurhaliza and Sarabanon the kambeng’s. (Sebab dia suka makan tumbuh-tumbuhan)


Dyba, Intan and Izzah. Izzah dalam percubaan untuk besarkan mata time ambik gambar ni. Sebab dia jenis kalau senyum, mata tak nampak dah. Bebudak ni cakap kuat-kuat wei, malu giler kat oghang. Dyba tu volume suara dia bukan boleh nak low kan dah. Haha.


Kiter up la lagi 1 gambar Intan eh? Kasik chance. Sebab ni kan celebration untuk dia?


Congrats Intan sebab pass exam!


Sayur ni kena bahagia enam. Smoked Salmon makanya ada 3 helai, so gigih la agih-agihkan. Hahahaha.


Budak ni la makan paling banyak. Masa pizza ada balance lagi 3, Intan dah jeling-jeling I. Si Sarah tak cakap banyak zaaaaappp ambik lagi sekeping yang Bolognaise Pizza. Intan pon menanges dalam hati. Hahahah.


'Intan suka la Kaksu ice-cream neeeyyyy' – Sambil suara jantan keluar ketar-ketar. I saspek dia taknak kongsi.



Ehem. Dah pandai pakai satin shawl sekarang? Sesapa nak sponsor tudung lepas tu dapat free advertisement, sila email I. (Gurau)


Izy suruh crop gambar ni sebab dia nampak besar. Padahal dia kurus ok? Ni budak kedai ni la ambik. Patut kalau nak nampak kurus, kena ambik gambar dari sebelah sana. Kena la lompat pagar. Hahaha.

Service dekat sini memang cepat. Sekejap je makanan dah serve dekat meja. If sejam pon cukup je untuk lunch kalau korang datang during office hour. Dah la semua sedap. Ni semua kami makan cuma RM133.20 je. Kalau ada kek sebijik da boleh celebrate birthday. Makan macam ni la syok sebab rebut-rebut. Just nice je untuk semua orang. Tak membazir and tak la terlalu kenyang. Intan je la rasa tak cukup. Dia kata tak puas makan. Tak puas makan Intan korang jangan kira sebab dia ni memang hantu pizza. Bagi 2 dulang pizza pon dia boleh habeskan. Anyway, untuk Intan, congratulation sebab dah nak masuk Part 3. Semoga Intan berjaya menggenggam segulung Ijazah. Ok? Jangan lupa cepat-cepat kawen.

-eNd-

1 comment:

Anna Dayana said...

THANK YOU FOR WONDERFUL CELEBRATION.. HAHAHA.. PIZZA TU TAK CUKUP!!!! NAK LAGI SEBENARNYA TAPI MASA TAK CUKUP.. NEXT CELEBRATION OK?

THANKS JUGA SEBAB SELALU SUPPORT INTAN..

LOVE U ALL..

TODDLES
INTANLAWDAPAT'C'