Assalamualaikum..
Masa I update dalam IG and Facebook pasal a few
dish yang I makan dekat Don’s Diner, ramai yang excited nak tau dekat mana,
berapa harga etc. Especially the Chocolate Grenade. I pon masa Ellis cakap ‘Kiter kena pergi sini. My friend cakap
semua sedap makanan dekat sini. Lagipon ni tempat favorite Nora Danish dengan
Nedim tau? Konsep ala-ala gangster siap ada cigar, kite kena pergi jugak!’ Amboi,
bagitau ada cigar macamkan dia isap cigar pulak. I was like oklaaaaaaa, kalau Nora
Danish suka, mesti sedap. Kalau tak sedap, memang ko carik pasal la Ellis.
Haha. Lagipon I macam dah muak makan makanan raya. I nak makan steak yang sedap
and berkualiti yang rasa juicy and tender. Fuh!
Ellis confident promise dengan I yang Don’s Diner
ni sedap. Ok, we see how. Dah la jauh ni nak datang dari Ampang sebab Don’s
Diner ni dekat area Petaling Jaya sana tu. (Cakap jauh macam la datang jalan
kaki LOL) Naseb masa kitorang datang tu traffic smooth jer. Pada korang yang tak familiar dengan area PJ jangan
risau, korang guna jer Waze and taip Don’s Diner, nanti dia hantar bebetul
depan pintu kedai. I pon memang tak pernah jejak dekat area sini sebab kiter
memang Ampang rulessssss LOL. Area restaurant ni dekat kawasan perumahan lepas
tu macam ada shop lot yang penuh dengan fine dining restaurant. So kalau ada
yang nak date dengan GF taknak tempat hingaq macam dekat Mall, boleh la datang
sini. I suka la. Sebijik macam kedai-kedai shop lot macam dekat Sorento Itali
dulu.
I suka la interior Don’s Diner ni. Dia ada 3
seksyen, 1 dalam restaurant, 1 dekat luar yang boleh sapkok, and 1 lagi dekat
sidewalk. Dekat sidewalk ni ok la kalau korang nak lepak for cakes dengan
coffee sebab dekat sini cake dia pon banyak yang sedap-sedap. Masa yang
kitorang datang, I duduk dekat luar sebab dekat dalam FULL HOUSE. Duduk luar
pon ok jugak, cuma tak la sejuk macam dekat dalam yang ada aircond tu. Masa
tengah makan, I tengok meja sebelah order Chocolate Grenade yang tadek dalam menu.
Memang carik pasal la. Terus order jugak. Ni padahal makanan depan mata dok ada
lagi dah sebok nak order lain. Budak meja sebelah ada 3 orang. Dari Setiawangsa
katanya. Nak celebrate birthday kawan lelaki dia. Tapi kawan dia sebok main game.
Giler peramah I habes semua I tanya. Haha.
I nak makan steak, Ellis nak makan lamb. Ok bagus.
Lepas tu kitorang share dessert Chocolate Grenade and minum fruit juice. Jom
tengok gambar.
Yang
ni Grilled Ribeye – Australian Chilled Rib-Eye steak serve with rocket salad,
cherry tomato and balsamic reduction. Harga dia RM58.00
Ni I punya. I mintak medium rare. Sedap nak mampos!
Memang rasa juicy and tender just like apa yang I nak and imagine masa tak
sampai sini lagi. Dia punya rasa memang setaraf Steak yang I pernah makan dekat
hotel sebab dorang guna daging yang berkualiti. Makan ni teringat dekat Sazli
and Bapak sebab depa memang jenis suka daging yang macam ni. Portion dia besar
and memang kenyang! Dia punya Rib-Eye sebesar penampar tangan orang lelaki.
Haha.
Yang
ni pulak Ellis punya. Grilled Lamb Rack – Grilled Lamb Rack serve with Eggplant
Capponata, roasted potato and mint sauce.
Daging dia lembut jer…. And rasa kambeng sebenar
yang tak diperasakan lebih-lebih. Sekelip mata gone. Hahahaha. I suka la dorang
bagi Lamb ni dengan Eggplant Capponata. Tak pernah lagi I makan macam ni dekat
mana-mana. That’s make Don’s Diner Lamb Rack ni special.
Ni
la dia Chocolate Granade. Harga dia RM19.90
Nyummmmmmsssss #chocolategrenade at @dons.diner Pj. Sedaaaaaap gilers and so dramatic! @surayaell @yusrymuhammad @aliyahbarakbah #donsdiner
Check
out this video. Tengok macam mana chocolate ball tu cair. Tipu la kalau tak
terliur. Hehe.
Chocolate Grenade ni tadek dalam menu. So kalau
korang datang sini, kena cuba this one ok? Nak makan pon memang dramatic giler.
I jeling je masa orang meja sebelah ambik video. Actually Chocolate Granade ni
dalam dia ada chocolate cake and vanilla ice cream, di ‘tudung’ oleh chocolate
ball and makan bersama buah-buah masam macam strawberry and anggur untuk potong
rasa manis dari chocolate and caramel sauce yang kena curah dekat atas sampai
tudung chocolate ball tu cair. Perrrrrrghhh sedap nak mampos! Patut tak payah
share. Sebab macam tak cukup nak makan sorang. Hehe.
Siti Nurhaliza and Ellis
Tengah makan, I nampak sorang brother rambut
panjang badan tough ni tengah check on customer. I ingat tu la ‘Don’, sebab ‘Don’
ni ialah Ketua Gangster. So Ellis panggil dia. Tanya dia, dia ke’The Don?’ Dia
cakap dia Don Kecik je, Don besar ada dekat dalam. Nanti dia panggil. So masa
dia panggil tu, I imagine yang keluar tu nanti mesti badan besar, pakai
sleeveless and key dekat kepala iras-iras Hulk Hogan sekaaali bila keluar……
The Don's Diner Family (Except I dengan Ellis la)
Ni la dia owner Don’s Diner. Encik Fauzy Abdullah ‘The
Don’ dengan wife dia. YES. This restaurant is own by Melayu. Tak sangka giler
ok? Dengan nama and konsep restoran ni, I ingatkan own by Mat Saleh. Tengok Mat
Saleh dok keluar masuk dalam restoran ni. Borak punya borak, En. Fauzy bagitau
yang dia ada 1 lagi restoran dekat Ikea. Yang jual Lontong and Laksa Johor.
Lepas tu dulu dia ada 1 restaurant ni dekat KLCC nama Vienna (tapi sekarang dah
tutup sebab partner dia dah balik ke negara asal) and ada 1 lagi restoran fine
dining dekat Jakarta. Perrrghhhhhh very successful businessman la En. Fauzy
dengan Wife dia ni. Salute giler I!
So korang, kalau tengah mencari-cari tempat baru
nak makan boleh la datang Don’s Diner ni. Boleh datang untuk coffee and cigar
also. Dia punya tagline, ‘WE SERVE
FOOD YOU CAN’T REFUSE’ Giler Bapak gangster. Haha. Actually ada banyak
lagi makanan lain yang sedap-sedap. For more photos korang boleh check dekat
Don’s Diner Instagram. Dorang ada almost 10k follower since operate less than 6
month ago. Nanti dorang nak expand restaurant ni kasik besar sekali ganda lagi
sebab tak boleh nak tampung customer yang ramai especially on Friday – Sunday night.
Untuk En. Fauzy, semoga berjaya. Lepas ni sila la belanja I dengan Ellis makan
lagi Ok?
Don’s Diner
22, Jalan 17/54, Seksyen 17,
46400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Phone :+60 3-7932 3430 (Please call for reservation)
Email : mydonsdiner@gmail.com
Operation Hours :
Mon-Fri (12.00pm – 12.00am)
Sat – Sunday (9.00am – 1.00am)
-eNd-
No comments:
Post a Comment