Sunday, August 9, 2015

Movie and Run

Assalamualaikum...

Esok dah kerja dah wei! Korang mesti kenyang giler weekend ni sebab dapat banyak jemputan open house kan? I semalam ada open house and today pon ada. Tapi dengan bantuan rejim sehari sebiji lemon, berat badan tak naik tapi tu la, masam lemon tu rasa macam nak mereput I punya gigi. Brrrrrrrr. Kata boss I, kalau minum lemon juice, keputkan mulut so that juice tak kena gigi. Tapi Kaklong lagi advance, dia guna straw minum juice lemon. Lagi kretip.

Sekejap lagi around 4.00pm I gerak la pergi Titiwangaa rumah Jeri and Aleeya. Kata Jeri, 'Su, bagitau Sazli ada kambeng!' Lol dia umpan Sazli dengan kambeng. Memang fav dia pon. Sazli cakap dia nak rehat kejap sebab baru habes lari pagi tadi. His first run. #aseanunityrun2015. Dia buat 5km je. Ok la for first time. Kata Sazli lepas ni nak buat 10km pulak. Kata Sazli dia letak number I dekat baju for emergency. Mana tau kalau dia pengsan ke? Haha. Tadi saspen jugak tengok henpon kot dapat call ke, tapi al-hamdulillah takde.




I, Dyba, Sarah and Intan tengok Mission Impossible dekat Tgv KLCC masa Jumaat after office. Plan dah lama only this time berjaya. Izzah and Izy tak join ada hal. Next time kena pergi ok? Intan kecoh giler ok? Masa movie nak start dia cakap 'wei wei henpon silent wei', I jeling Intan pastu cakap, 'ko ingat kitorang umur 12 tahun?'


Hari Jumaat malam Sazli buat night run. Dapat 10km, kata Sazli untuk training for today punya run. Perrrghhh.


Now perut pon dah surut banyak. Dulu I bengang jugak bila kawan yang bukan kawan rapat boleh je cakap pasal perut Sazli depan-depan. Make joke pasal his tummy macam kawan kenal 20 tahun. Langsung takde manners and biadap I can say. I hope my readers takde la yang jenis suka buat joke pasal fizikal orang tak kisahlah dah lama kenal or kenal dekat internet or kenal-kenal ayam. Bahasa jiwa bangsa. Kan? (Tonasi suara Opah dalan Upin Ipin)


John ni kawan Teknik Kulim Sazli. Sayang sungguh dia dekat John macam adik beradik. Tenkiu John bawak Li pi join lari macam ni.

-eNd-



4 comments:

Mohd Khairul Najmi said...

Tq kak long bagi saya 'jalan-jalan' ngan bang long..

kak long.. nak keta leh x? Xmo uweett dah..

Chooyaya! said...

Amboi John kemain nak keter terus. ok la, nak berapa?

ieda iedana said...

Mcm tu je kaksu. Terus end? Ingatkan ada la cite aktiviti kaksu dgn shein ke apa.....

Mohd Khairul Najmi said...

ok kak su.. nak sejibik ja dlu... bila leh ambik?

*sorry lambat balas.. almaklum busy..