Monday, August 3, 2015

None-Bake Oreo Cheesecake (Lagi) Haha


Assalamualaikum..

Sabtu malam, I buat lagi 1 Nonebake Cheesecake lagi. Semangat berkobar-kobar sebab masa Sabtu siang tu, I dah dapat beli spring form. Untuk ukuran 20cm harga lebih kurang dalam RM17.00. Ada yang ukuran lebih besar. I actually nak carik yang 10cm tapi tadek. Kata Kaklong dekat ‘BAGUS’ (Kedai menjual peralatan baking) dekat Melawati maybe ada jual. Tapi biasa la, tak sabar. So beli je la dekat Giant ni. End up kena pergi jugak dekat Bagus sebab nak carik gelatin. Dekat Giant ada jer, tapi nak belinya 1, nak beratur panjang so malas. Carik je la dekat Bagus.

Pergi Bagus tu meroyan sekejap sebab semua menda nak buat cake/cookies ada. Oreo yang siap crush pon ada. Spring form yang 10cm  pon ada. Harga lebih kurang jer dengan kat Giant. Tapi seriously kalau korang kaki buat kek, cookies and suka masak dessert, datang la Bagus ni. SEMUA menda ada. Harga pon lebih murah dari tempat lain. Sediakan ajer la duhet. Macam I haritu dah beli awal-awal whipped cream dengan cream cheese. Shein dah lambung-lambung buat main sikit lagi dia nak koyak kotak tu. Dia memang kaki peti ais. Semua menda dia ubah dalam peti ais tu. Ridsect yang I carik 2 minggu lepas pon, masa kemas-kemas peti semalam baru jumpa. Sabar jer la. Hahaha.

Semalam I guna resepi yang I share dekat sini. Cuma I double kan ingredient sebab resepi kata bahan tu elok untuk bekas 10cm, I nak cheesecake I tinggi and cantik. I kurangkan gula 1 sudu. Patut 1 adunan 3 sudu gula castor, tapi untuk 2 adunan I guna 5 suku. Result : Kurang manis, tapi still sedap. (Ko giler aku buat tak sedap?) So lepas ni jangan memandai nak ubah resepi. I also guna gelatin untuk bagi texture tak lembik sangat. Korang kena hati-hati guna gelatin sebab ada gelatin yang tak halal. Yang dekat Bagus is ‘Halal Gelatin’, RM2.50 satu botol. Nak guna 2 sudu je. So ada banyak lagi lebih. Result : Cheesecake punya texture lebih firm and dah boleh potong and jadik bentuk cake. 



None Bake Oreo Cheesecake kali ni buat dalam spring form. Padahal semua orang dah ada bekas ni, I baru je nak beli. Sian sangat.





Next time I nak try yang bakar pulak. Oven ada jer dekat rumah. Dapat hadiah kawen, tapi I buat perhiasan. Ada 2 kali guna, tahun 2010 dulu Go and Asma buat Apple Crumble, lepas tu I ada buat steak. Lepas tu dah tadek guna dah. Kali ni I nak guna la. Cuma tak tau bila. Sebab usually I punya mood nak masak ni ikut musim. Kalau rajin, nala punya rajin yang jenis balik kerja terus buat nasik lemak. Kalau malas, lantak la kat situ. Tido dalam kelaparan pon I sanggup. Lagi ni ha Sazli dah kemas dapur lawa-lawa. Kemas memang kemas dengan cantik, tapi tu la. Habes segala asam keping, asam jawa, barang-barang kering I menda ntah dia dah buang. Dia kata ‘Ingat dah tak nak guna’. Hai, perli nampak? Wajaq. Haha.

Korang mana yang baru nak cuba-cuba buat kek, I rekemen korang buat la Oreo Cheesecake ni. Shein suka makan. De pon makan semalam kata dia sedap. Cuma nak buat Cheesecake ni I rasa macam mahal. Lagi la buat 2 adunan. Ada la dalam RM50++ nak beli bahan je. Untuk first time masak lagi la jadik mahal sebab kena beli extra macam esen vanilla, gula castor etc. Padahal bukan nak guna seplastik pon. So no wonder cheese cake yang orang jual tu mahal. I nak habeskan semua bahan yang ada dekat rumah ni. Sazli dia kurang suka cheesecake ni. Dia suka brownies, tapi semenjak dah poyo turun 12kg ni semua dessert dia tak nak makan. Taknak makan sudah. I boleh makan dengan Shein. Jangan menyesal Cik Salmah!


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...