Assalamualaikum..
Hari Raya Ke-18 ni acane korang? Dah gemok ke
belum? I setakat ni menten lagi (nada riak). Kikiki. Tadek la turun, tapi tidak
la naik mencanak. I memang tak makan malam. Memang elak makan malam. Metabolism
I low. Jenis makan malam portion ala kadar pon selamba je naik gile-giler. Palotak
dia la. Dah tuwe-tuwe ni cenggini la. Badan senang betul nak naik. I Ingat nak
turunkan 5kg pon jadiklah, tapi nak istikomah diet and makan lemon sebijik
sehari amatlah hazab. Kata Kaklong I, dia dah turun berat sejak amalkan minum
lemon ni. Gigi pon dah naik ngilu. Kata dia, cakap memang senang. 1 hari
sebijik lemon. Tapi nak menten tu lahai! Sudahnya gigi mereput, badan tak
kurus. Hahahaha. Bongok.
I now tengah usaha ambik Zenia Collagen secara konsisten
also Transgluta. Makin seronok bila ada kekawan yang dah mula tegur kulit makin
cerah and nampak glowy. Also bila nak apply night cream, I tengok naked face I,
I dah nampak beza sebelum consume Zenia Collagen + Transgluta ni. kata Big Boss
Zenia, dorang teruskan promo RM89.90 sebotol sehingga further notice. So sapa
yang nak try Transgluta dengan harga promo, korang still boleh grab sekarang.
Ok? Ikut saranan, InsyaAllah nanti korang akan dapat kulit yang cerah. Ada yang
cakap, ‘Semestinya ke kulit cerah tu
cantik? Kulit gelap tak cantik la?’ Itu korang punya pasal. Taknak kulit
cerah dah. Pergi main jauh-jauh. Hahaha.
Actually harini I nak share gambar masa Majlis Open
House opis I on Friday last week. Sebenarnya jemputan 1 Syarikat tapi dalam
entry ni korang akan nampak yang Open House ni macam dihadiri oleh I, Dyba,
Intan, Sarah and Izzah ajer. Tahun ni tak syok la makan macam last year. Orang
ramai sangat and queue panjang. Lagipon tadek soto. Makanan lain masa kitorang
sampai around 1.00pm tu pon tinggal ala kadar jer. Untuk yang datang lagi
lewat, I rasa dorang dapat makan kerak lemang je kot? Tapi bagus jugak tadek
makanan favorite I macam Apam Balik. Kang nanti tetiba ada lagi drama merajuk
sebab orang potong queue. I ni bukan boleh percaya sangat. Hehe.
Time
ni Intan ajak I ambik gambar dengan dia sebab dia dah berbulu tengok Dyba
dengan Izzah tak habes-habes selfie. Memula Dyba amekkan kitorang gambar lepas
tu Intan mintak henpon Dyba terus selfie sepuas hati dia. Hahaha. Sarabanon
takde time ni, dia pergi bersosial dengan group mana entah. Dah la orang semua
dah jeling je, pesal la 4 orang ni tak gerak-gerak dari tadi. Seat dah la semua
penuh.
Izzah
ni berapa kali dah ajar, kalau ambik gambar mata tu takyah nak stim sangat.
Kata dia, dia tak pandai senyum mata besar. Nanti mata dia mesti jadik kecik.
Ala padahal stim kena peluk dengan Kaksu. Ada rasa suam-suam tak Izzah?
HAHAHAHA
Gambar
ni diberi nama ‘Potret Keluarga Bahagia’. Sebab nampak macam Suami, Isteri dan
Anak. Hahaha. Actually asalnya Dyba dengan Intan je berpegangan tangan. Lepas
tu I tak puas hati, ‘Pehal tak ajak Kaksu
pegang tangan sekali?’ Terus zaaaapppp kami berpegangan tangan 3 orang so
jadik la ‘Potret Keluarga Bahagia’.
Gambar
ni pulak suppose I dengan Izzah je, tapi biasa la. Kalau amek gambar berdua,
mesti ada yang tak puas hati SEBOK nak masuk. Haha.
Intan
tak bersedia. Takper. Masukkan ajer jugak gambar ni. Yang penting Dyba paling
cantik. (Dyba cakap).
Masa
ni dekat lift. Sarah dah kembali ke pangkuan kitorang. Hahaha. Dia tu memang
perangai Mak Pengantin. Kalau ada Majlis, mana nak duduk tempat. Sebok melayan
tetamu macamkan dia host. Tidak kelihatan Intan dalam gambar ni. Kitorang
cecepat snap gambar lepas tu I cakap, ‘Hahahaha
gambar dia tadek’. Saja dengki.
Oh,
ni actually 1 out of 20 keping gambar yang snap. Semua Intan tak puas hati.
Nampak gemuk la, tak cantik la, salah position la, muka minyak la, taknak flash
la. Dia memang macam-macam hal. Kalah Neelofa dia punay Diva.
Dyba
tu tengok la dia. Orang cakap gambar sopan nak jugak cekak pinggang bergaya.
Dia memang. Izzah tadek dalam gambar ni sebab dia tukang snap.
Petang ni dekat office memasing dah lapar balik
sebab tak puas makan. Hahahaha. Yang paling ada win dalam badan ialah Dyba la.
Dia tu kalau pagi makan Nasik Lemak, tengah hari makan Ayam Penyet, malam
selamba boleh heavy dinner. Jenis tak kenyang-kenyang. Haritu dia beria cakap
dekat Sofea punya nanny, ‘Kak, kalau nak
perut tak buncit pakai la bergedil’. Lepas tu Nanny Sofea cakap, ‘Bukan bergedil tu makanan ke? Akak rasa
makanan’. Lepas tu Dyba cakap, ‘Bukan…
Tu memang jenis pakaian’. Nanny dia pon malas nak gaduh agaknya, dibiarkan
aje Dyba. Sekali masa Intan cakap, ‘Akak
kena pakai girdle, kalau tak buncit perut nampak ada kembar 3’, terus Dyba
gelak kuat-kuat. Kata Dyba, ‘Betul la
pengasuh Sofea cakap bergedil tu makanan. Dyba mati-mati ingat bergedil tu
girdle’. Boleh tak? T___T
-eNd-
2 comments:
bestnyer office buat open house...
hahaha...girdle ku bilang begedil..blkg dia kn same2.dil dil..haha
dil to pagal hai dil divana haiiiii....
Post a Comment