Thursday, August 20, 2015

Reminiscing Memory With Sizzling Mee

Assalamualaikum..

Dulu masa memula datang KL, Kaklong bagi I try macam-macam makanan yang I tak pernah makan masa dekat Jengka. Biasala ongkampung. Dulu masa kat kampung habes-habes pon makan Mc Donald, Pizza Hut dengan KFC jer. I remember within 6 months I kerja dekat KL, berat I dari 49kg naik ke 65kg. Hebat tak hebat la kan? Hahaha. I makan KFC and McD seminggu tu ada la2 3 4 kali kot? Memang jakun dot com sangat. Lulz. Sebab dulu masa dekat Jengka kalau nak makan KFC kena pergi Temerloh. Susah nak dapat and jauh tuuuu. Skali dah duduk KL ni, jalan kaki 20 tapak dah sampai ke KFC Setiawangsa. Mananya la tak gemok kan? Ada 1 time ni, KFC buat promotion Chicken Chop, I makan wajib habes 2 pinggan. Kalau makan set ayam, mesti order diner plate yang 3 ketul ayam tu. Habes ok???

Lagi.... Kaklong bagi I makan Nan Cheese &Tandoori, Sizzling Mee, Songtam, makan Nasi Claypot. Tak masuk lagi 1901 hotdog dengan kek dekat Secret Recipe etc. Semua I makan macam takde hari esok. I remember berat I time tu is 49kg dalam tahun 2003 and memang I takkan dapat balik dah berat tu. Sobs. I tak pernah kisah to get fat. Konsep dia, makan ajer. Gemok ke apa blakang kira and tak pernah menyesal if makan banyak. Never.  Makan la banyak mana, lepas tu relax je tak exercise. Lepas makan, tidoooooooooooooo. Mana la tak gemok.

I ingat lagi each time pergi KLCC mesti makan Sizzling Mee. Sedapnyaaaaaaa. Memang akan makan yang ni je la. Tu dah terpaling sedap dah tu. Sushi? Sashimi? Steak? Memang tadek dalam kamus. Bangga ni citer dekat kekawan pasal Sizzling Mee. If kawan dari Jengka datang, I bawak dorang makan dekat Food Court and order Sizzling Mee ni. Taaaapi, lepas setahun and I dah mantap, mula la belajar sikit-sikit makan dekat Nando’s, Chilli’s. Steak dulu kalau order, ambik Sizzling Steak ajer. Dah terpaling sedap dah tu. Takder der nak masak medium well, medium rare ke. Mesti well done. Air pon manjang la fresh orange. Sebab kalau dalam drama tv, dia mesti mintak fresh orange. Tu yang I ikut. Haha.


Sizzling Mee dekat KLCC Foodcourt


Lately ni selepas almost 8 -10 tahun tak makan Sizzling Mee, tetiba I tersuka balik. Sambil suap, sambl terkenang masa umur 23 tahun dulu. Bila muda and sangat kurus. Sobs. I remember pergi Interview Air Asia dekat Renaissance and tak datang 2nd interview sebab Arwah Ayah tak bagi. Kata Ayah stewardess sosial. Naseb baik la kan tak jadik stewardess? Kalau tak mesti tak kawen dengan Sazli. So, tak dapat la Shein. Heeeeeee. So, untuk reminiscing balik memori 10 tahun lepas, I pon makan la Sizzling Mee dekat Food Court KLCC. Minggu ni dah 2 kali makan. Sambil makan, sambil memory lama berputar dalam kepala. Tengok how makanan boleh relate I dengan memory? Those days kan? Kelakar kalau ingat. Tu yang aku masuk Gadis Metro tu, time tengah galak makan Sizzling Mee ni la. HAHAHAHAHA.

-eNd-

No comments: