Monday, August 24, 2015

Roti Jala Sedap Dan Cantik Dari Maklong Kitchen

Assalamualaikum..

Korang kalau lepas ni ada buat pot luck office ke, atau nak buat jamuan minum-minum dengan kawan-kawan ke, birthday party atau apapa la acara makan-makan, boleh la consider untuk order #rotijala dengan Sambal_Maklong Kitchen sebab I dah order and dah rasa haritu. Bapak la punya sedap dia punya gulai daging. Roti jala dia sangatlah cantik and kemas buatannya. I sampai rasa macam alamak sayangnya nak makan. Rasa macam tak sampai hati sebab comel sangat. Haritu I mintak Maklong buat kalerful. So dia buat hijau+putih dengan pink+kuning. Lawa giler ok??? Size dia pon cantik, tak la besar gabak. (Rish kalau baca ni mesti dah terliur, dia tu bukan boleh)

Seriously tak pernah lagi I jumpa roti jala yang secomel macam ni (^_^) and terus terfikir, nanti birthday Shein, I ingat nak buat tema macam Despicable Me ke, so boleh la buat roti jala kaler kuning+biru. Tapi tu berangan jer la. Bila yang nak buat tak tau lerrrr. Hahahaha. Korang nanti if nak order, boleh customize kaler. Zaman dulu memang orang buat kaler kuning je, tapi jaman ni ari macam-macam kaler ada. Actually rasa dia sama je. Kata Intan, yang kaler hijau perisa pandan. Yang kaler pink perisa strawberry. Dah tu kaler kaler biru, perisa dynamo ke apa? Haha. Imagine la roti jala perisa strawberry cicah gulai kari? Tak ke sewel? Tapi I rasa if yang ada flavor, cicah dengan kuah durian tu menarik jugak kan sebenarnya? Ke tak? Okbye.


Roti Jala Colorful and Gulai Ayam dari Maklong Kitchen


Roti Jala Maklong sangatlah cantik, sedap dan kemas buatannya. RM0.40 ssatu.


Gulai Ayam Maklong Kitchen. RM35.00 seekor.


Roti Jala Hijau+Putih (Tema PAS)


Roti Jala Pink + Kuning (Tema Selangor) Tapi selangot Merah Kuning kan?


I order sekor ayam gulai + 100 pcs roti jala. Cukup sangat-sangat buat tambah-tambah makanan bagi ada variety sikit.


Gulai ayam ni RM35.00 untuk sekor. Cukup la kalau nak buat makan untuk 50-60 orang. Buat tambah-tambah makanan yang ada. Kalau jamuan tu makan roti jala semata memang la tak cukup. LOL. Gulai dia, kalau ikut tekak I memang sedap. Sama sedap macam masakan emak. Kuah pekat, rempah dia terasa and ayam dia pon sedap. Roti Jala pulak, seketul empat posen. Kira murah sangat dengan buatan yang sedap and kemas macam tu. Delivery charge area KL RM5.00 jer pon. Nanti dia hantar sampai depan pintu rumah. Siap susun lawa-lawa dah. Ishk, I citer pon rasa excited. Memang looking forward nak order roti jala dari Maklong lagi lepas ni.

HP : 013-7478044 / 019-6758044

-eNd-

2 comments:

Afidah Azmi said...

sedapnya tengok gulai ayam...so menu haqi ni haruslah gulai ayam..

Rodiah Amir said...

as salam..dah pernah rasa memang sedap..thumbs up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...