Thursday, August 13, 2015

Potluck untuk budak raya (Dyba)

Assalamualaikum..

Sempena dengan hari ni Dyba dah raya (Dia dah habes puasa 6) so semalam dia ajak buat potluck dekat office. Kata Dyba dia boleh bawak telur dadar. Dia tak cakap pon suruh I masak apapa tapi dia cakap, ‘Sedapnya kalau dapat makan sambal tahun… Sedapnya Kaksu….’ Hurmmm.. Cenggitulah. Ko sanggup ke nak let down dia punya permintaan kan? So I pon cakap, Ok esok I bawak Sambal Tahun. For recipe klik sini. Izzah cakap, dia bawak sambal ikan bilis, Sarah bawak sayur, Izzy nak order dari Food Panda apapa, I bawak Sambal Tahun and Intan macam biasa goyang tetek tak bawak apapa. Dia memang macam tu. Habes-habes pun dia tukang basuh pinggan. Tu pon menghempas-hempas. Hahaha. Tapi semalam kata Intan, dia nak bawak kicap manis. Tapi banyak la dia punya kicap manis sebab semalam dia sleep over dekat rumah I. So Intan pon bagi jugak la contribution, dia tolong kupas bawang (jer punnnnnn). Haha.


Pukul 10.00am kitorang dah makan. Kira macam brunch la. Sebab dah tak tahan. Lagipon kebuluran. Memasing (kecuali Dyba) last makan masa lunch jer. So lapar boleh tahan. Kitorang party la dalam Pantry berlima. Si Izzy tadek. Dia MC. Demam. Padan muka. Semalam kemain gembira jumpa ehem-ehem yang jual mahal dengan dia tu masa open house (hope tadek orang opis sana baca blog ni) LOL. Masa makan tu tangan kitorang punya tangan bersilang-silang. Meja jenis macam bar tu. I secara tak sengaja duduk tengah, so kejap kang orang tu nak sardine, orang ni nak telur, orang ni nak sayur. Asyik bersilang tangan bilanya yang dapat makannnnn???


Tak jadik buat Sambal Tahun sebab dekat Max Value kerang dah habes. Si Dyba suka jugak Lemak Sardine, so buatkan dia ni jer la. Tapau sikit untuk Sazli bawak pergi office. Harap Tupperware dia bawak balik la. Haha.


Sambal Limau Kasturi omit Lada Besar. Lupa nak beli. Sedap jugak. Bebawang, lada tu semua Intan yang hiris. So dia consider Sambal ni dia yang buat. Tu timun jepun organic RM4.50 2 batang kecik. Palotak dia la.


Sambal Ikan Bilis by Izzah


Telur Dadar forever by Dyba.


Sayur by Sarah. Memang kontrak sayur dia yang akan buat. Dari dulu kalau potluck, Sarah handle sayur. Sebab dia je sebok nak makan sayur. Orang lain tak heran dengan sayur pon.


Keropok Cap 3 Ikan. Thorbaek!


Amboi, pinggan sapa paling meriah ni?


Izzah tukang amek gambar. Bukan main budak raya tu, suka betul dia. Dah la makan paling lambat siap. Memang balas dendam makan. Turut kelihatan Jam Tangan hadiah hari jadi.


Anak dara minum dalam kole. Ishk ishk. Hahaha.


Kitorang kalau makan ramai-ramai, memang minum dalam kole sharing. Senang takyah basuh cawan banyak-banyak. Senang kerja. Haha. Ni idea Intan la ni. Dia kan kerja nak senang jer.


Dyba and Intan


Dyba and Sarabanon


Dyba and Izzah


Konsep dia semua orang kena amek gambar dengan Dyba.

Siap makan, Intan kemas semua. Bagus. Dia setting meja, dia kemas. Boleh harap jugak Si Intan ni. Hahahaha. Dyba pon sangat la gembira dapat makan potluck. Memang dia suka makan macam ni. lagipon makan potluck ni jimat ok? Takyah keluar. Lagipon seronok. Cuma aku la yang penat. I yang kena masak lebih dari orang lain. Dorang kan tau mintakkkk je. Semalam Intan masa nampak I dekat rumah, dari balik kerja sampai la ke letak kepala atas bantal, baaaaru la rehat baru la dia tau and insaf. Lepas ni kalau nak mintak I masak apapa untuk dorang, suruh dorang fikir 2 3 kali. Sian Kaksu kerja tak berenti dari balik kerja. Kemas rumah, angkat kain, basuh kain sidai semua, masak, kemas dapur, tidokan Shein. Rehat time tido je. Baru dia tau, bukan senang jadik working mom. Tapi tu la. Citer pon tak guna, sebab ni si Dyba baru mintak Kek Batik dengan Sambal Air Mata untuk potluck esok. Tak guna betul. Cis!

-eNd-

2 comments:

dyba said...

thankyou kaksu..tunaikan hajat dyba..sorry buat kaksu penat tp xpe kaksu happy kan sbb dpt happy kan kitorg..dpt mkn masakan kaksu rasa kenyang smpai ke petang kot.. sedap dia tu mmg xleh ungkaap dgn kata2..kena makan br tau sedap sgttt..taksbrnya nk mkn kek batik dgn cheese cake pulak.. ^.^

safurara said...

kenapa sambl tu nmpk sangat menggoda?