Tuesday, September 8, 2015

Apa Salahnya Jadi Orang Jawa?

Assalamualaikum…

Kiter kan, tak baik la kalau nak kutuk someone lepas tu attack dia punya fizikal or personal. Tak bagus and sangat kejam bagi I. Sazli paling pantang kalau tengok orang gaduh-gaduh dalam sosial media etc lepas tu cakap something macam ‘Woi, ko tu dah la pendek, leher takde, hidung pulak jambu. Muka macam Jawa ada hati nak belawan dengan aku???’. Or attack personal orang macam, ‘Kau tu sedar la diri sikit. Dah la anak Peneroka datang dari Jengka tempat Jin bertendang. Belajar pon takat darjah enam. Lepas tu nak ada hati nak nasihatkan orang. Macam la ko tu baik sangat? Pakai tudung dulu la baru nak nasihatkan orang’. Gittewww.


Haaaaa nampak tak? Menyerang orang/membahasakan orang dengan attack fizikal dengan personal sangat la tak baik. I pulak, dalam banyak-banyak tu yang I paling PANAS sekali if guna perkataan Jawa or kutuk orang Jawa punya fizikal and hidup orang Jawa macam:-

‘Tak payah nak poyo sangat la nak speaking bagai. Muka Jawa ada hati nak cakap omputih. Sedar la diri sikit’ – Dah tu kalau kiter orang Jawa takyah cakap omputih la eh? Ke acane? So kena cakap Jawa je la all the time? Iso ngomong Jowo opo orak? Shadapyu la… Ra’I ye koyok ketek! Cilit Mu mambu lecit! (Paham??? Tak paham naseb la).

Or

‘Buruk sial muka balak/awek lu. Gila low class taste kau! Muka dia Jawa habes!’

Udah la dikutuknya orang tu muka Jawa, lepas tu no mercy pulak. Kalau dia Jawa so dia tak boleh pakai BMW, tak boleh duduk rumah ada Swimming Pool, tak boleh shopping dekat Pavilion, tak boleh travel ke Oversea and kerja pulak mestilah cleaner and segala mala kerja paling busuk macam bawak lori sampah, waiter gerai ayam penyet dekat Kolej Telekom AND MOST IMPORTANT jangan cakap omputih. Sehina-hina dilabelnya orang jawa.

Persoalanya… Hina sangat ke Jawa ni? Manusia jugak kot? Allah jugak yang cipta. So kalau korang berleluasa suka-suki hina orang Jawa yang langsung tak bersalah pada korang, so sama la macam korang menghina ciptaan Allah. Puteri Gunung Ledang pon Orang Jawa ok? Bukan buruk pon dia. Mestilah dia cantik, kalau tak tadek la Sultan Melaka jatuh centa dekat dia kan?  So just stop hina Orang Jawa will ya?


Bukan semua orang Jawa tak handsome





And ada jugak Orang Jawa yang cantik-cantik. So?



Sekian terima kasih.

Yang Ikhlas
Suraya Sulatin (who obviously orang Jawa)


-eNd-

8 comments:

Shima Ahmad said...

Hahaha terbaik su..i pon x paham kenapa la yg buruk2 tu semuanya jawa. I pon jawa belah mak n perak belah abah. Xde la pure sgt tapi tau la jugak sikit2 ckp jawa sepatah2. Tapi kalau buat ayat pjg2 mcm ayat su kat atas tu, errr tak paham!

Dyba Dbuh said...

sape yg buat kaksu ni???dia tau tak kaksu ni ketua menari ofis kite.....

Hani said...

Err yg lelaki ni sape su? org Jawa ke?

!EFIL said...

Handsome la sebab tu i kawen org jawaaaaaaaaaaaaa.. Dapat anak mix wei

cik nur said...

tuh la sis bukan sbb jawa jer sbb lain jugak sis lelki kelantan malas la tapi kalo dah malas tk kira la bangsa apa pndah mlas nak kata apa geram betol rasa

ASLIZA said...

KAK SUE....adakah saya sendiri susah nak baca blog ini? tulisan dia lain maciam sikit...huhuhu..nak yang dulu tu, blog yang mesra rakyat tu;)))

Chooyaya! said...

Shima Ahmad : actually yang i tulis tu, tu je la yang tau pon. hahahaha

Dyba Dbuh : dyba la buat kaksu. hahahaha. bak duit

Hani : ha a. dia orang jawa yang tak bersalah

IEFIL : kan? kacuk jawa Scottish. jgn memain

cik nur : racist. kan?

Asliza : Pepenat Kaksu ngan Illy buat :( susah ke nak baca? Kaksu tukar font yang paling senang nak baca jap lagi. template kena tukar sebab ramai client komplen cakap messy sangat, selalu kena reject. so kaksu kena ubah, biar nampak professional sikit. nanti lama2 awak biasa la. ok? :)

ASLIZA said...

hahahaha...dh ok dh kak sue...aritu je tak boleh baca...hidup kak sue untuk rakyat Malaysia!!1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...