Wednesday, September 9, 2015

New Template and Unifi

Assalamualaikum..


Nak muntah dah hari semalam and harini I dok edit and mengadap blog ni sebab nak tukar template. Dengan bantuan Illy Ariffin, maka template I dah 70% done. Ada lagi nak touch up here and there baru siap. Bahagian About Me, Contact semua tak masukkan lagi. InsyaAllah by this week, semua siap la. Naik berpinau bijik mata I mengadap PC. Illy relax je, I yang kemain stressed. Apa yang I mintak dia ubah semua dia cakap ‘Oh Kaksu, that one can be done. No problem’. Perrrghhh hebat giler Illy. Tu pageview tak center, rasa macam nak alih guna tangan je. Time buat template baru ni tetiba rasa kagum dengan Programmer. Dorang tak muntah ke nak buat coding-coding semua ni eh? Naseb baik I kerja Secretary je. Takyah buat coding. Haha.



I happy dengan new template ni. Thanks Illy tolong Kaksu!




Dalam ramai-ramai yang tengok new template ni, cuma Intan je yang tak puas hati. Dia tanya, kenapa dah tadek gambar Shein, Abang saz and Intan? Intan tak setuju Kaksu buat macam ni. Kenapa ada gambar Kaksu sorang je? Kaksu nak supaya orang pandang and fokus Kaksu sorang jer la? Macam tu? (Lepas tu blah pergi tempat lain). Hahahahaha. Bongok Intan.


Malam tadi macam biasa la, Shein sebok nak amek henpon I. Dia suka bukak Youtube tengok kereta, cartoons, lagu kanak-kanak etc. Dia buka Youtube tu, macam henpon I ni tak run data. Nanti kalau buffering dia campak je henpon tu. So I pon beli lagi data. Sebab tu la dah setahun ni I punya data kekadang up to 20GB/month. Bulan ni la paling win sebab bil mencecah RM430.00 Yayyyyyyy!! Suka sangat-sangat rasanya *rolling eyes. So disebabkan tu, kitorang I decide nak  masukkan Unifi dekat  rumah. Nanti time kitorang nak tengok berita dari pukul 8.00pm – 9.00pm Shein boleh la bukak Youtube dengan gembira pakai wifi.


Memula Sazli macam tak berapa setuju masuk Wifi dekat rumah, dia cakap nanti Shein makin naik lemak la dengan Gadget tapi I explen and cakap, dah setahun lebih I tak tengok berita dekat TV, dah lama tak tengok cerita masak-masak. No more ‘me time’ layan program TV yang I suka sebab we both know, if Shein ada maka TV dia punya. Tak habes-habes Upin-Ipin sampai kekadang rasa macam nak tendang je TV tu. Kekadang time dia tido boleh la layan sekejap Tv, but lagi 30 minute nak habes cerita and time climas tu Shein dah jaga. Lepas tu hulur remote. Kalau tak bagi dia marah. So dengan linangan air mata maka terpaksa la mengalah tengok Upin Ipin jugak. Menyirap ok? Ko larat tank tengok dia nanges guling atas lantai?


I cakap pada Sazli nak masuk Internet dekat rumah ni supaya I boleh kurangkan Bill Handphone I and boleh bagi Shein tengok Youtube waktu kita really need to watch TV. I promise him yang kite takkan jadik Family yang Gadget Freak. All the time Gadget ada dekat tangan. I nak tengok jugak TV masa cuti sesambil lipat kain. Sebab now kalau cuti If duduk rumah berehat, bila Shein dah bosan main dia nak tengok TV. So memang tak boleh buat apa. Nak main dengan dia takkan la dari pukul 9.00am – 6.00pm kan? Tak payah la cakap tak elok bagi anak tengok TV ke apa sebab kitorang tadek maid, so time Shein tengok TV tu je la waktu I nak mengemas, basuh kain lipat kain semua and we know that everybody need ‘me time’ tapi masalahnya Shein ni, ‘me time’ dia, kite sekali dia drag. Pepandai la bahagi masa and guna kemudahan yang ada wisely. Kan?


Tak sabarnya nak tunggu orang TM datang pasang Unifi. Kesian sangat kan? Orang lain ada internet dekat rumah dah 20 tahun, kitorang baru nak pasang. Hahahaha. BTW I ambik package Unifi VIP 5. RM149.00 sebulan. FREE Installation, Free calls to all TM Fix line, Download 5Mbps and Upload 5Mbps. Cukup la untuk Shein nak tengok Youtube and moga-moga berkurangan la bill henpon I start dari bulan depan. Aminn… Untuk tengok Unifi punya latest promotion, klik sini.


-eNd-

5 comments:

Mimy Hamid said...

apa2 problem unifi inform aku ye...aku mmg unit produk hehe

Mommy Cici said...

hahaha sebijik macam family kita. lama betul tak tengok berita atau apa apa lah kat tv sebab dari celik mata sampai nak lelap balik dok upin ipin , boboiboy and entah apa kids song la. semua tu kita download frm youtube (kat office) sebab kat rumah memang tak dapat line internet. rumah dalam hutan T_T kang tukar melalak meraung sampai jiran bawah atas kiri kanan depan semua boleh dengar. adoi

Ayue Idris said...

Yeay! ade tenet da..hehe..ayue pun pakai unifi kak..so far bagus n xd mslh..alju je..plan yg sama dgn akak :)

Happy watching!

Eh, kita da tak dlm bloglist akk..waaaa :(

Athirah Aziz said...
This comment has been removed by the author.
Chooyaya! said...

MimY Hamid : Ok Mimy, apapa hal nanti aku carik ko jer

Mommy Cici : ala, tadek line internet ke? hahaha. takpe, download la banyak2. kaksu pon dah menyampah tengok upin ipin tu.

Ayue Idris : ok, kaksu dah masukkan balik :) lupa dah mana2 link yang kaksu pernah link dulu

Asliza : Pepenat Kaksu ngan Illy buat :( susah ke nak baca? Kaksu tukar font yang paling senang nak baca. template kena tukar sebab ramai client komplen cakap messy sangat. so kaksu kena ubah, biar nampak professional sikit. nanti lama2 awak biasa la. ok? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...