Wednesday, September 16, 2015

Brunch at Green House by Muir

Assalamualaikum..

Selamat Hari Malaysia! So korang cuti Hari Malaysia ni buat apa je? Avoid la outdoor activity sebab jerebu boleh tahan teruk. I lemas giler kau dekat luar. Berbau kot asap? Ni tekak pon dah kering. Waktu-waktu macam ni korang just makesure drinks lotsa plain water. Ok? Kitorang anak beranak brunch dekat Green House by Muir harini. Sazli dengan Shein tak pernah datang sini sekali so boleh la try. Lagipon I rindu nak makan set nasik dengan Saba Shioyaki dorang. Bagi I, sedap and murah la Bento dekat sini. At first nak ambik breakfast set tapi biasalah Suraya. Dekat rumah cakap nak makan lain, dalam kereta nak makan lain, dah sampai makan lain. Jenis taktau apa yang dia nak dalam hidup dia. Hahaha.


Shein jugak yang cool. Janji ada wifi setel la dia. Dia suka tengok colors dekat Youtube. Wifi password dekat sini, 'nowifitalktoeachother'. Sentap sangat.




Kemain menekun tengok iPad. Naseb la line ok. Kalau slow memang Shein campak je iPad ni.


Shein memang suka Japanese Rice. Favorite dia. Makan macam tu je pon dia boleh habes semangkok. Harini setel 2 bowl. Dah habes dia punya, selamba menyeberang ke pinggan Mama.



Tawa dalam kesedihan. Member frust Wakdan kalah malam tadi lawan SuperLawak Fc.



Sempat ambik gambar ni je. Shein dah huru-hara nampak nasik. I ambik set nasi + miso sup + sayur RM6.00 and Saba Shioyaki ni RM12.00 kot? Shein pon suka!



Sedap giler Lemonade ni. Florida's Natural. The best I pernah minum so far. Korang try la ok?

Shein punya mood ok so dapat la kitorang makan dengan aman. 2 minggu kebelakangan ni I tengok Shein kurang dah tantrum dia. Al-hamdulillah. Yerla, budak dah besar kan? December ni dah 3 years old lepas tu January tetiba 4 tahun dah. Semalam Principle sekolah Shein cakap, dia dah boleh dah palai Tae-kwando punya baju. Makin galak la dia berlawan dengan I lepas ni. Hahaha.

-eNd-



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...