Tuesday, September 15, 2015

Pempek Palembang Yang Sedap Giler!

Assalamualaikum..

Bertemu kembali semua pemirsa Chooyaya Secret Garden bersama saya, Mbak Suraya dalam rancangan ‘Apa mau makan dong di Indonesia?’ Hahahaha. Teruk jadik Mbak. Tak menahan. Kan semua orang tau sekarang I meroyan makan Indonesian Foods? Taktau la sampai bila nak bosan. Ayam penyet la, Lele penyet la, Satay Madura la and now Pempek pulak. Macam-macam hal. Jangan la korang tu lucah sangat bila  dengar perkataan Pempek ni. Makanan ok? Bukan Pepek pon. Dush! Hahahaha. Bahasa Indonesia ni memang tau? Suka buat kiter Malaysian blushing. Kata KakLong, masa dia pergi Tangkuban Perabu dulu, Pak Supir dekat sana bagi arahan dekat dia macam ni masa nak amek gambar asap dari Gunung Berapi.

‘Mbak, ambik photo biar tungging. Nampak seperti asap keluar dari pantat’

Ha mampos. Hahahaha. Kata Kalong dia ketawa sampai sakit perut, meleleh air mata. Orang Indonesia sebut Pantat. Malaysia sebut bontot. Sebab tu kalau tengok iklan cuci pinggan dorang, dorang akan sebut, ‘Membasuh bersih pantat kuali sehingga berkilat’. Ajer mampos kuali pon ada pantat. Ada jantan betina ke apa? Hahahahahaha. Takper la, tolak tepi la pasal Pantat Kuali, asap keluar dari pantat what-so-ever or pasal Jerebu yang melanda Malaysia sampai viral #thankyouIndonesia dalam Instagram. Yang penting, I loveeeeeeeeeeeeee Indonesian Foods! This time, boss I bagi lagi Pempek Palembang masa dia meeting dekat sana.

Puas I makan sorang-sorang. Ada balance lagi separuh dalam esbok, nanti balik karang nak goreng lagi la sebelum Sazli nampak and musnahkan semua dalam perut dia. Hahaha. I start suka makan Pempek ni masa my Indonesia Friend yang belajar dekat sini dulu bawak I makan dekat satu Indonesian Restaurant (nama restoran dah lupa) dekat Sunway. Lepas tu, masa I datang rumah dorang, dorang bagi I makan yang dorang buat sendiri. Rasa kuah masam+pedas+manis gula kabung sangat la memikat hati. I suka giler. Waktu tu tahun 2005, mana la ada lagi segala-mala Ayam Penyet Wong Solo bagai dekat KL ni.



Pempek Palembang dengan kuah dia yang sedap gilers! Tu yang kuning-kuning tu ialah telur ye?


Actually nak makan dia, if yang dah siap pack macam ni korang kena kukus and kena bancuh kuah dia dengan air suam. Nanti kuah dia cair and consistency macam kuah popia tu la lebih kurang. Tapi I do it my way. I goreng semula, lepas tu kuah dia I cicah je macam kuah keropok. Poooon sedap! Sebenarnya malas nak bawak keluar tempat pengukus lepas tu nak tunggu air panas, dah bila yang boleh makan? Kalau goreng lagi senang. Panaskan mintak, masukkan pempek, goyang tetek lepas tu 3 minutes dah siap! Cepat dimasak, enak dimakan. Ni kalau Indonesian tau I makan macam ni mau kena sumpah. Hahahahaha.

Dekat KL, I tak berapa sure restoran mana yang ada serve Pempek Palembang ni. Yang pasti segala mala Wong Solo, Wong Jowo, Wali Songo atau Ayam Penyet AP belaka memang takde. Pepandai la korang carik. I pon dapat makan sebab belas ihsan boss I bawak dari Palembang sana. Dorang pack frozen siap-siap macam dalam kotak Ayam Goreng Mc D tu. And if you ask me macam mana rasa Pempek ni, bagi I bapak la sedap! Rasa macam keropok Ikan tapi dalam dia ada telur. Lepas tu kuah dia paling win. Pedas + Masam + Manis Gula Melaka. Peeeeerrrghhhhhhhhhhhhhh!! Menyesal la sapa yang tak makan.


-eNd-

P/s : Haritu ada reader tanya. 'Apa esbok tu Kaksu? Saya Google tak jumpa'. Hahaha. Esbok tu Peti ais la ngek!

6 comments:

Mommy Cici said...

kak su, posting kat su semua pasal makan. bukak je lapar bukak je lapar, hahaha .

Cik Siti Hajar said...

Kak Su.. nama dia mmg lucah sikit laa...

hahahahahaha...

goreng pon nak goyang tetek ke?? hahahahahaha

CikFa said...

Ok part esbok tu paling win. Siap gugel

..nOWa.. said...

Nak jugakkkkkkkk!

Azie Yana said...

sumpah i pn br tu esbok tu apa.hahahaha

CikFa said...

Yang sebenornya icebox. Org dedulu memang panggil fridge tu icebox. Tapi melayu kaan.. icebox icebox jadik esbok la. Hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...