Wednesday, September 30, 2015

D O M E

Assalamualaikum..

Hari Isnin lepas Annie ajak lunch. Kata Annie, jumpa terus dekat  KLCC. Nak makan dekat mana nanti baru decide. Dah la pukul 12.30pm baru bagitau. Kelam kabut I pergi KLCC, tapi naseb baik la KLCC tu dekat Mak Enon dengan opis I. Sebesar-besar KLCC tu dah taktau dah nak makan dekat mana. Kalau petang-petang balik kerja, I suka la lepak La Cucur atau Nyonya tu. Boleh makan kuih traditional melayu yang sedap-sedap macam Bingka Ubi, Kuih Seri Muka, Kuih Lapis. Entah la semenjak peningkatan usia ni, tetiba suka kuih emak-emak. Intan tu kepantangan dia kalau kuih rasa pandan dengan kelapa. Kata dia macam ongtue. Dia tak sedar dia dah over 30 tu. Hahaha.

Sampai KLCC, Annie cakap ikut je mana kaki melangkah. Tetiba dia cakap nak makan dekat Dome. Annie ni, hantu coffee tapi semenjak ada orang dalam perut dia, kalau dia nak order coffee I kasik la jelingan maut. Hahaha. Lepas tu dia kalo nak makan kena ada sayur/salad. Annie makan sayur macam kambeng. Dia ni spesis macam Sarah la. Suka makan tumbuh-tumbuhan. Lagi green, lagi kurang dressing lagi dia suka. Patot buat sendiri pon boleh. Amek olive oil, letak garam and perah lemon or makan sayur dengan balsamic vinegar. Pon sedap jugak. Blardihel, teringat pulak Crab Salad dekat GreenHouse by Muir. Sedap giler dia punya sesame salad dressing. (Ko tu apa yang tak sedap?)

I cakap kat Annie, lainkali kalo nak makan sama bagitau awal. Sebab tadi dah makan keropok ikan yang Dyba bagi, so dah tak lapar. Kalau tak berapa lapar mana yang nak enjoy makan, kan? Tapi silap ye? Dalam pada tak lapar, bila Annie order Lasagna, tetiba I nak makan Spicy Olio Seafood. Sebenarnya dekat Dome ni, I dah taktau nak makan apa. Dulu masa Shein admitted, asyik makan Dome je dekat Hospistal sampai taktau nak makan apa. Habes segala Turmeric Chicken Rice I order. Annie pulak jenis kalau makan nampak selera je. Dia makan macam Yatie. Suka sumbat-sumbat macam tupai nanti mulut kembong-kembong. Omel.


I makan ni. Spicy Olio Seafood. Dalam pada tak lapar, tetiba I siap dulu makan. Habes licin pulak tu. Haha


Ni Annie punya. Chicken Lasagna. Sedap pulak salad dia tu walaupon simple.


Annie order Chai. Air Teh je padahal takpayah nak chai-cahai sangat la. Lepas tu letak spice. Tak sedap! Sebab ada rasa kulit kayu manis.


Kalau borak dengan Annie kitorang berlawan suara sapa lagi kuat. Tetiba perasan semua orang pandang-pandang. ‘Annie, aku cakap kuat sangat ke?’  Hahahaha. (Apa kena mengena caption dengan gambar entah)


Ramai jugak yang makan dekat Dome time lunch


Si Annie ni memang payah nak ajak amek gambar. Sama la macam Sazli. Lepas tu snap banyak-banyak kali, nanti dia yang pilih boleh letak gambar mana.

Kata Annie, korang blogger ni memang sawan amek gambar eh? Asal sampai makanan je nanti mula la menggelupur keluar camera. Ko diam la Annie, ko bukan Blogger, ko apa tau? Hahahaha. Jangan lupa cuba resepi Mee Suah aku tu. Senang je nak buat. Takat salin resepi lepas tu tak buat baik tak payah. Lepas tu kalau dah buat jangan lupa orang Ampang. Kbye

-eNd-