Tuesday, September 29, 2015

Nasi Ayam, Capati, Sawi Cina Sos Tiram and Roti Telur Cheese

Assalamualaikum

Hari Raya Pertama Aidiladha dalam pukul 3.30pm kami dah sampai rumah Mak and Bapak. Kata Bapak banyak dapat daging korban. So Mak sort semua daging-daging tu mana yang elok and mana yang banyak urat and esok (Jumaat) nak buat Daging Bakar dengan Mee Sup Tulang. Sepatutnya nak buat Daging Bakar dengan Sup Tulang je. Tapi I mana tahan tengok sup, so mintak Bapak belikan Mee Kuning. Tapi sebab dah alang-alang Sazli, Bapak and Shein pergi Max Value, suruh la dorang beli taugeh, sawi dengan mee kuning sekali. Pesan mulut dah, lepas tu whatsApp lagi.

Orang lelaki kalau beli barang dapur, ko ghaser macam mana? Sudahnya depa dua beranak beli bahan-bahan macam nak makan 10 orang. Sawi tu I rasa RM10.00 apa depa beli and taugeh seplastik besar penuh! Masa Bapak cakap ‘Nah, Bapak dah beli yang Su pesan’, Mak pandang I, I pandang Mak. Pastu kami gelak. Sebeban OK? Kata Mak tahan la taugeh ni 2 bulan. Depa kan 2 orang je kat rumah? Makan banyak mana la. Hahahaha. Sabar jer la. 

Mee Sup Tulang and Daging Bakar cicah Air Asam Power by me lupa nak amek gambar. Tapi I bagi je la resepi kat korang, if nak makan daging bakar, cicah Air Asam Power resepi I ni ok?

Air Asam Power
2 biji lada besar, 10 biji lada kecik, seinci belacan – tumbuk kasar
5 ulas bawang kecik – dihiris
1 cawan air asam jawa
Garam dan Ajinomoto (optional) untuk perasa

Kalau I, I suka letak kicap manis pulak. Perrrrghhhh bapak sedap hoi! Instead of korang potong cili padi tu, cuba korang tumbuk sekali dengan belacan. Bawang pulak guna bawang kecik, hadoi. Kecur air liur. Dapat kat Sazli, member hirup je air asam ni. Dia cakap, ni air asam paling sedap dia pernah makan (Dia kata la) Hahahha.

Esoknya Mak masak Nasi Ayam pulak. I pernah share resepi dekat sini. Paling simple and basic yang I pernah cuba. Amazingly sedap! Takyah beria nak letak minyak bijan la, sos tiram la. Pon dah sedap! Korang kena cuba ok? I makan dengan sambal kicap belen makan Mee Sup Tulang semalam. Merana hidup sebab sedap sangat. Lepas I upload dalam IG, tengok ada yang masak Nasi Ayam jugak. Terliur la tu. Hahahaha. Mak tukang masak, I pembantu je. Tapi masa Bapak makan (Dia ketua juri la masa makan), Bapak cakap sedap cabai ni. Sapa buat? Mak cakap, ‘Su buat!’ Tenkiu Mak. Padahal dia yang buat semua, kredit bagi pada I. HAHAHAHA


Nasi Ayam Bunda nama diberi

Malam tu kata Bapak takmau makan nasik dah. Nanti gemuk macam hang! Wajaq Bapak. Dia kata nak makan capati. Mak la yang uli capati. Buat 9 keping. Bapak and Sazli sorang 3, I 2 keping, Shein suku keping and Mak makan belen Shein. Mak memang terror buat capati. Dia canai bulat je. I canai jadik 4 segi. Lulz. Gulai Sardine by me. Kata Bapak, ‘Sedap Su! Boleh bukak kedai’. Bapak you memang. Apa I masak semua sedap. Kalau sedap bak duit la.

Resepi nak buat gulai sardine paling senang. Tumis bawang merah and bawang putih. Bancuh 2 sudu serbuk kari dengan sesudu cili boh. Tumis sampai naik bau. Masukkan kentang and air. Tunggu sampai empuk. Lepas tu masukkan sardine and air asam jawa. Perasakan dengan garam and gula. Last sekali masukkan bawang besar. Setel. Takyah guna santan sebab takde. Hahaha. Tak letak santan pon sedap jer.  I suka makan macam burrito. Letak salad hiris, letak gulai sardine and balut. Ngap ngap ngap. Sedap! Setel 2 gulong. 
Capati Homemade by Mak. I buat gulai. Shein, Bapak and Sazli tukang makan. Untunglaaaaaaa


Oh, yang hari masak Sup Tulang tu, Mak cakap ‘Su, Mak ada bahan nak buat sawi cina masak sos tiram. Tepung jagung ada ni. Su buat na?’ I pon bersemangat waja, terus prepare la barang. Nak buat pon senang je. Panaskan air, masukkan sesudu kecik minyak. Rebus la sayur tu. Jangan sampai lenyur sangat and lepas tu tos. Meanwhile, tumis 5 ulas bawang putih yang ditumbuk dengan 2 biji cili padi. Lepas tu masukkan sos tiram. Bancuh sesudu tepung jagung dengan air. Masukkan dalam kuali and masak sampai kuah likat. Curah atas sayur. Setel!

Tapi tragedy Sayur Sawi I ialah, Mak sebenarnya bancuh tepung custard ok? Bukan tepung jagung. Patut la I ada rasa manis. LOL. Beria la aku impressed Mak ada stok tepung jagung dekat rumah. Padahal??? Hahahaha. Tapi still boleh makan la. Al-hamdulillah kami semua hidup lepas makan sayur ni. Bapak and Sazli cakap ‘Sedaaaaaappppp Su!’ Siap request buat selalu sayur macam ni. Dorang taktau padahal I guna tepung custard. Tak guna betul 2 orang juri ni. Hahahahahha.

Sawi Cina Masak Sos Tiram Bersama Tepung Custard. Haha

Jumaat petang tu Mak ajak pergi Ampang Point, dia nak beli spek baru. Spek membaca Bapak and Mak dah melambak kepak. Shein jahanamkan. Tak kena marah pulak tu. Untunglaaaaaaaaaaaaaaaa ko Shein. Mak kata dia ajak I sebab masa dia nak beli tu, pekerja dekat kedai spek tu cakap Mak pakai semua lawa. Dia cakap orang tu nak bodek dia. Skali masa Mak try, memang semua kena dengan muka dia. I hasut dia beli yang paling mahal. Kata Mak takot Bapak marah. LOL. Lepas beli spek, I ajak Mak beli bahan nak buat roti telur cheese. Tapi terambik mandian Shein, eskrem, yogurt drinks dan pelbagai makanan lain. Mak belanja. Tenkiu Mak.

Ni breakfast hari Sabtu. Roti telur cheese. Senang je. Amek roti 2 keping, tetengah dia letak cheese sekeping. Bancuh telur dengan pepper and celup roti ni. Goreng dengan sesudu butter. Sedaaaaap!! Masa panas-panas tu, cheese dia meleleh-leleh ko. Sex giler!


1 of 10 spek yang Mak try. Dia suruh bagi kat group kami anak beranak. Tapi Bapak and Sazli tak reply pon. Dorang tak layan. Dengki la tu sebab kena jaga Shein dekat rumah. HAHAHAHAHA

Dari Khamis ke Sabtu kami kat rumah Mak. Lepak, makan, main dengan Shein, layan TV cerita Tobot and Upin Ipin *rolling eyes. Ada masa main bola sepak, main hide and seek anak beranak. Shein pulak jenis main nak nanges je kalau kalah. Nyampah.  Tenkiu Mak and Bapak bagi kami makan sedap-sedap. Nak uweeeeeet!!

-eNd-

3 comments:

Nazima said...

kak su..resepi daging bakar please..

Zie Azi said...

terus dapat idea nak masak apa, yes NASI AYAM

Mommy Cici said...

sawi sangat menggoda . @,@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...