Monday, September 14, 2015

I love Lele Penyet!

Assalamualaikum..

Ko dah kenapa memalam buta update blog pasal makan jugak? Hahahaha. Sorry la sebab now I feel so hungry. So, macam biasa scroll gambar dalam henpon and I found this! Terus berlinangan air mata bila nampak Lele Penyet, Ayam Penyet and Ikan Kembong asam dari Ayam Penyet AP ni. Ni I, Kaklong, Intan, Sarah, Dyba and Izzah makan masa kitorang pergi JJ AU Setiawangsa Jumaat lepas. Memula memasing plan taknak makan sebab dah makan awal sebelum gerak, tapi bila masuk jer JJ and I nampak ada restoran Ayam Penyet AP ni terus la... 'Kaklong, aku nak makan Lele Penyet!' Kaklong dah rolling eyes, sebab dia tau dah kepantangan dalam hidup I ialah bila nampak Restoran Ayam Penyet sebab mesti I nak singgah sebab macam I cakap last time, I suka gilerrrrr makan makanan Indonesia. Hahaha

Bebudak lain pon sama naik. Ingatkan I sorang je nak makan nasik, tapi nampaknya memasing boleh tahan melawan. Kitorang amek lunch set yang ada Nasik + Ayam / Ikan + air Teh O Ice. Tak silap I harga dalam RM11.00 macam tu la. Kitorang mintak limau kasturi sebab I suka perah dekat sambal and masukkan dalam air so nanti air Teh O Ice Limau akan jadik Ice Lemon Tea. I order ayam sama dengan Intan and Izzah. Kaklong order Lele dengan Dyba and Sarabanon Alien macam biasa mesti la nak lain dari yang lain so dia order Ikan Kembong Asam. I found that, lately I lebih suka Lele dari Ayam. Tengok Dyba makan macam sedap je, sebab tu I pau Kaklong punya Lele. Dia baik hati bagi, tapi kepala je la. Isi dah takde. Blardihel.



Lele Penyet. Urrrghhh sedapnya! Kalau kedai Ayam Penyet kan? Lele dia mesti fresh and rangup. Tengok la ni, sedap kan? Tak sempat ambik gambar si Dyba dah makan isi ikan tu. Sedapnya lahai. Mana nak cari Lele Penyet memalam buta macam ni. Haha (Dah start meroyan pasal makan)


Ayam Penyet dah too mainstream kan? But still sedap. I tau dah, lepas ni kalau order makan nasik ambik 1, lauk I kena ambik both. Ayam dan Ikan. Bijak!


Ikan Kembong Asam also not bad

Now bersepah Restoran Ayam Penyet pelbagai jenama dekat KL ni. KLCC ada, Ampang ada, Pavilion pon ada. So tak menjadik masalah bagi I if teringin nak makan ni. Korang also boleh check out dekat Food Panda sebab tak silap I, ada delivery untuk certain area. I tak pernah try lagi. I ingat esok nak makan Lele Penyet lagi la. Ni kalau ajak bebudak ni mesti taknak sebab baru je makan last Friday. Sekarang ni kalau nampak muka I mesti nampak Ayam Penyet, muka Intan nampak Pizza, muka Dyba nampak Ayam Goreng Kunyit Mat Rock. Muka Izzah and Sarah pulak tak nampak apapa. Sebab dorang jenis boleh makan apa sahaja. Hahahahaha. 

-eNd-

2 comments:

FadMN said...

chis.elok jer bukak time lunch kan.terus nak p AP makan lala penyet.selalu memang makan ayam penyet ja.

aishah zaharin said...

su pegi makan kat taman dagagng, ampang. ada restoran ayam penyet wong solo. sedap nak mampus