Tuesday, September 22, 2015

Loco Gelato KLCC

Assalamualaikum..

So lepas makan Dry Curry Chicken Hor Fun yang telan and setel tak sampai 5 minute tu, I ajak bebudak ni cari dessert pulak. I memang cenggitu pon. Lepas makan kena end with dessert, kalau tak nanti rasa macam tak complete pulak makan. Kitorang jalan tanpa arah tujuan. Melepasi Auntie Anne’s, Gong Cha and Garret Pop Corn. Tetiba nampak Loco Gelato and ada 3 4 orang kakak tengah beli eskrem ni and I memang suka eskrem especially yang ala-ala praline and caramel. So boleh la cuba. Usually lalu sini tak pernah pulak rasa nak singgah but lepas ni, if datang KLCC wajib makan Loco Gelato! Sebab? Sedap and murah. 


Korang tengok, membuak-buak meleleh macam ni is only RM10.00 ok? Murah dari segala-mala jenis Baskin Robbin, Fruity Gelato la pendek kata. Harga bukan ikut weight, but ikut size cup and diisi penuh meleleh-leleh sampai macam ni.



I ambik yang Dolce Latte dengan Stracciatella. Sedappppp sangat! I suka la rasa vanilla + caramel sikit-sikit macam ni. Yang belakang kaler biru tu rasa macam bubble gum. Tiramisu, Cookies, Cappucino pon sedap jugak. Semua la sedap.


Dia punya Froyo (Frozen yogurt) pon sedap jugak. Tapi kalau eskrem I tak suka la perisa buah. Sebab macam healthy sangat. So not me. Haha.


Time nak rasa tu I cakap, ‘Abang, saya nak rasa dari sini sampai hujung sana!’ terus Abang Loco Gelato ni ketawa kuat-kuat. Hahahahaha. Memang kiter 3 orang je rasa eskrem ni. Orang lain takyah. 


Patut dah siap rasa semua, cakap je macam ni. ‘Ok la Abang, tak sedap. Tak jadi beli. Thank you’. Hahaha. Mau Abang Eskrem ni terbalikkan kedai ni. Oh btw, ni la Abang Eskrem yang ketawa kuat melebihkan kitorang ni.



Kasik up satu lagi gambar eskrem Loco Gelato, baru annoying. Amacam, tak terliur ke chuolds? RM10.00 banyak macam ni. Dah la sedap. Share 3 orang pon cukup. Sorang RM3.33 (Siap bawak keluar calculator) hahahaha


Happy la eh korang dapat makan eskrem sedap lagi murah? Terutamanya yang belakang tu.

Dalam kereta I makan share dengan Dyba. Intan tak berapa suka makan manis-manis  ni. Sebab tu if cake, ice-cream, donut mana-mana yang I makan, dia pandang sebelah mata je. Dia tak heran pon. Intan suka savory. Tapi dia tak suka makan yang ada kelapa atau pandan sebab kata dia, tu flavor ongtue. Kemain. Dia ingat umur dia 25 tahun? Sampai parking opis, Si Intan cakap nak duduk dalam kereta 10 minute sebab nak nap. Dah tu yang tadi beria nak sampai opis awal kenapa? Pang nak?

KLCC, Concourse Level
Suria KLCC, Kuala Lumpur
Phone 03-2166 3699 

P/s: Sebaris dengan Candylicious and Garret Pop Corn

-eNd-

3 comments:

InaYusoff said...

macam rupa akim stacy lak abang yang menjual tuu..

Mommy Cici said...

oh murahnyaa. lama dah tak jalan sampai belakang tu

Chooyaya! said...

In Yusof : tu yang dia nampak? hahahaha

Mommy Cici : ha, nanti boleh singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...