Friday, September 4, 2015

Makaaaaan dekat Tony Roma's

Assalamualaikum..

Dorang ni beria la bincang dalam group cakap nak makan Pizza harini dekat Pavilion. (Tak habes-habes Pizza), tetiba Dyba kata tingin nak makan Tony Roma’s pulak. Semua setuju tapi dengan syarat boleh makan Tony Roma’s tapi minggu depan 3 hari tak boleh lunch, kena puasa sebab portion Isnin-Rabu dah guna habes untuk harini. Si Intan dengan Dyba la deal, sehari boleh belanja RM10.00 je, tak boleh lebih. Dua orang tu kalau buat deal memang bersungguh. Tu yang kekadang seminggu kena 2 kali makan Ayam Goreng Kunyit Mat Rock sebab situ nasik banyak, ayam banyak, siap boleh delivery if order more than 10 packs, lepas tu RM5.00 je. Hahaha. Mati la belanja hari dah macam budak sekolah.




Harini takde adegan bergaduh nak berebut duduk depan sebab harini kerusi depan ada seat Shein. I bawak dia jumpa Dr. Adrian today, dia macam dedar skek badan. Kata Dr. Adrian, sebab nak adik. Takde kena mengena langsung. Hahaha. ‘Izzah tak ikut sebab dia nak tido, penat jaga Abah dia dalam ward malam semalam, Kaklong jauh di Balai Felda so memang dia dah keluar dari group (temporary) and Ezy pulak jiwa kacau. Dia taknak makan. Taknak makan sudah. Jangan menyesal sebab harini kiter makan sedap. Kitorang order 4 dish and share 4 orang. Kitorang warning Sarah, jangan makan Steak sebab mahal. Kalau dia nak makan Steak, dia pergi makan sorang-sorang. Hahahaha.


Steak and Wild Mushroom Flat-bread. RM35.90





Kena order tumbuh-tumbuhan sebab Sarah kalau tak makan sayur dia boleh tukar jadik zombie. Yang ni Strawberry Walnut Salad. RM19.90


Chicken Tenderloin Platter. RM29.90


Shrimp Scampi Pasta. RM38.90


Geng kuat makan kena letak satu baris. Ni la 2 orang kawan I yang makan macam lembu tapi kurus jeeeeeeeeeee. Jenis makan nasik 3 kali sehari tapi takkan naik badan. MANA KEADILAN DALAM DUNIA NI?


Anyonyo manjanya Intan. Nak berkenalan? Tinggal number henpon diruangan komen.


Setel kata ko! Lincheeeeennnnnn.

Makan semua ni + 2 ice lemon tea + 2 warm water is RM168.10. Share 4 orang, so sorang RM42.00 tu yang Isnin  - Rabu dah tak boleh makan sebab dah over budget. Hahahaha. Dyba tu siap ada tabung ok? Sehari amek RM10.00 je. Kekadang kalau nak beli barang dekat Watson ke apa, kena makan siap-siap dekat café office kitorang ni sebab KLCC makan mahal. Takpon order set Ayam Penyet, air bawak dari office punya taknak lebih RM10.00 Hahaha. Makan nak kira budget, tapi memasing kalau pergi Watson memang lupa diri. Semua menda nak beli. Macam Si Intan, siap Tiger Balm pon beli. Merapu-rapu je. Pantang ada promotion, zaaaaapppp dah sampai ke Watson. Tapi bagus Watson sebab kekadang dia sale Innershine murah. Time tu memang berbaloi kalau beli sedozen terus.

-eNd-


Teka perut siapa? Hahahaha.

5 comments:

dyba said...

hahahahhaa..kemain siap ada tabung makan laagi..mggu dpn mkn nasi ayam kunyit la 3 hr..xpon tapau mkn kat kentin nasi+telo kicap+ayam kecik seketol= rm4.50..haha

cik nur said...

amboi sedapnnya alahai..lama pulak tak makan kat sana mih mmh pendorong nak makan kat sana nih :)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

sronok makan ngan geng.. akak kalo teka perut siapa tu menang dapat hadiah tak?? hahahaa

CikPuan FiDa said...

gase gase cm perut ka dyba ni kak su... ye ke idok....

Mimy Hamid said...

perut dyba eh eh eh hahaha