Sunday, September 27, 2015

Selamat Hari Raya Aildil-adha

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidil-adha kepada semua yang baca blog ni. Rasanya macam dah lama tak online. Kan? Rindu I tak? Ke tak rindu? Ok. Tak payah jawab. Hahaha.

I start cuti hari Rabu. So, Rabu pepagi dalam pukul 4.30am macam tu, kitorang dah gerak balik Jengka dari Ampang. Alhamdulillah smooth perjalanan. 2 jam setengah dah sampai rumah Mak dekat Jengka 1. I dengar malam tu jem start dalam pukul 8.00pm sampai midnite. Jem teruk dari MRR2 membawak ke Bentong also pagi Rabu around 10.00am dah start jem. Memasing update dalam FB cakap stuck 2 3 jam dekat Tol Gombak je. I rasa, if korang nak balik Pantai Timur masa cuti perayaan tak kisah la Raya ke, CNY, Christmas or Deepavali, yang paling penting is merancang perjalanan anda.

Yang I praktikkan since forever is keluar rumah seawal pagi yang boleh. Tido puas-puas malam tu, siap pack semua. Bangun pagi around 4.00am, mandi bagi segar lepas tu mulakan perjalanan. InsyaAllah memang takkan face jem yang teruk. Tak kisah la Jengka - KL, KL -  Jengka. Both mesti kami balik seawal pagi yang boleh. Sampai KL, boleh lepak Kayu layan roti canai. If korang boleh buat macam I ni, InsyaAllah badan tak letih and otak tak stressed sebab jem. Jangan dilayan sangat mata tu nak tido, sebab kalau ikut mata alamat pukul 9.00am belum tentu nak bangun jugak kan? (Banyak pulak bebel).


Abah and Shein recycle pakai baju masa Raya Puasa. Jimat. I pulak tak kuasa nak berdress bagai, pakai macam ni je. Janji warna kain sama tema dengan Sazli and Shein. Tetiba sama tema dengan kerusi Mak sekali. LOL


Kemain GF siap bertongkat dagu, bajet comel la tu. Dia tak tau muka dia yang nampak paling kecik. Haha. Shein tangan tak lepas dengan 'bulu' (bahulu). Memang favorite dia. Satu hal pulak nak kutip repah bahulu tu. Ni kalau makan dekat rumah Mama ni, memang Mama tak approve.


Shein tolong fokus dimasa akan datang kalau ambik gambar. Kaklong tak yah nak notty sangat muka. Mak tu, usaha lebih sangat nak bagi nampak comel sampai tudung herot (sila check balik), lepas tu yang belakang tu amboi.


Jom jom ambik gambar yang pempuan-pempuan je?
Kata De, 'Panggil la Mak', sebab dah malas nak tunggu dia, maka I jawab 'Pempuan muda je'. Naseb Mak tak dengar. Kalau tak, tak pepasal kena halau.
Hi Kakyang. 'Assemoga'

Macam biasa, bila dah bizi memasing sampai lupa nak ambik gambar makanan. Kali ni Kaklong buat sambal kacang campur sotong kering. BAPAKLA SEDAP. Lepas tu ada Kari Ayam Pencen, Rendang Daging Kerbau Campur Jantung dan Lempong and makanan wajib kegemaran Mak, Lemak Lodeh letak udang besar-besar. Beli ketupat palas and rebus ketupat segera. Setel. Memasing mengadap pinggan 2 3 round. Sazli paling banyak makan. Habes diet dia bila time raya ni. Kata dia nanti dia jogging balik and cover makan yang banyak-banyak tu. Yerlaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tuuuuu.

Lepas solat raya, kitorang ziarah kubur Arway Ayah, Arwah Kak Ngah and Suami (Al-fatihah). Habes ziarah kubur, terus ke rumah Mak Saudara I yang sama Jengka dengan Mak. Sekejap je dekat sana sebab 'kawan' Kakyang ada nak datang beraya dekat rumah. Sesambil mak packing makanan, kitorang pon pack baju and gerak balik ke KL dalam pukul 1.00pm. By 3.00pm dah sampai Ampang. Jalan langsung tak jem. Woo hooo!!! Sampai dekat rumah Mak Tok and Baba sambung makan pulak sebab Mak ada masak Kuah Kacang campur daging. Perrrghhhhh mana tahan. Setel 4 ketul lagi nasik himpit. Lepas makan, salin baju. Leeeeegaaaaaaaaa.

Acara makan-makan di rumah Maktok berterusan sampai la Hari Sabtu. Alhamdulillah semua smooth and berjalan lancar. Hari esok kerijaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

-eNd-

No comments: